" ...The beauty of a woman is not in the clothes she wears, the figure that she carries. or the way she combs her hair.... The beauty of a woman must be seen in her eyes, becouse that is the doorway to her heart, the place where loves resides...."

Followers

Saturday, April 24, 2010

Masihkah ada hari esok....

Today... we have more degrees but less common sense... more knowledge, but less judgement.. we have multiplied our possessions but reduce our values....
Today... we talk too much, love to little, and lie to open...
Everyday, every hour, every minutes is special coz you don't know if it will be you last.....

Petikan ayat yg aku baca dari sebuah majalah. Terasa menusuk tangkai hati aku. Terasa kebenaran ayat2 tu. Dan aku ingin berpesan pada kawan2 juga pada diri aku sendiri.... sayangilah keluarga anda, ibubapa anda, sahabat2 anda, kekasih anda @ sesiapa saja ...  Dn ingatkan pd diri walau marah mcmana pun anda pada org yg anda syg, jgn sesekali anda berkasar dgnnya, jgn hempas telefon, putuskan line, off hp @ menghilangkan diri... kerana kita tak pernah tahu ketentuan Ilahi... Apa yg akan terjadi padanya @ pada diri kita sendiri. Masihkah ada hari esok utk mereka dn diri kita sendiri. Dan jgn biar amarah kita itu menjadi penyesalan sepanjang hidup kita....

Saturday, April 10, 2010

Sahabat

Sahabat.....
Tidak lain yg aku ingin kan selain dr melihat kalian bahagia.
Tertawa gembira. Bahagia meniti jalan2 dn liku2 hidup.

Sahabat....
Terlalu banyak cerita yg kita kongsi bersama.
Ada duka dan ada suka. Ada tawa dan tangisan.
Indahnya bila dpt berkumpul, bercerita, bergurau senda.
Lupa segala derita. Penuh dgn cerita....

Sahabat
Aku cuba menjadi sahabat yang setia
Sahabat yg sentiasa di sisi kalian
Ketika senang dan juga duka
walau adakala hati ini yang terluka....
Kerana terlalu banyak hati yang perlu ku jaga
terlalu banyak cerita yang perlu ku simpan
terlalu banyak rahsia yang perlu ku genggam
Sahabat...
Kenapa aku?
Kenapa aku yang kalian pilih?
kenapa aku yg kalian mahukan untuk menyimpan segalanya?
Hingga kadang kala kalian lupa aku juga ada hati
Ada perasaan... aku juga manusia biasa...
Seperti kalian juga....
Sahabat....
Terbebankah aku dgn semua ini?....
Tidak sama sekali...
Tidak terbeban andai hanya untuk aku menjadi pendengar
Kerana aku akan terus mendengar dan mendengar
tidak mungkin akan berpaling dari mendengar
setiap cerita kalian....

Sahabat....
Tapi kini aku tidak di beri pilihan
dan ianya telah jadi bebanan
kerana kalian mahukan lebih dari seorang pendengar
lebih dari sepatutnya yg mampu ku lakukan
terjerut aku dalam kelukaan dan kesakitan
lebih sakit bila lebih banyak yang aku tahu
dan aku perlu simpan....

Sahabat....
hatimu.... hati dia... hati mereka.....
semua perlu ku jaga.....
hatiku.... semakin sempit ku rasa
sempit yang menyesakkan dada....
Aku takut aku tidak mapu bertahan lagi
Aku hanya manusia biasa...
tiada yang istimewa...

Sunday, April 4, 2010

Kurniaan Ilahi - Baby Farisha Syaura 12 January 2010


Princess baby Asyaura

Siapa dia? She's my sweet baby girl. Anak kakak angkat aku. Macam tak percaya je bila Mummy (panggilan utk kakak angkat aku ni) call n tanya aku nak tak jaga baby Asyaura bila dia outstation or bila dia ada pementasan drama. Mummy selalu berlakun teater. Aku cakap betul ke ni Mummy. X cayalah. Klu Mummy outstation mestilah baby kena tido ngan aku kan. N Mummy kata yup, tido ngan Aidil...... Apalagi melompat2 kesukaan lah aku. Terus aku ckp ok Mummy. Aidil suka sgt2.... Bila balik rumah terus aku bgtahu laling n Noan yg kita dpt baby baru. Cerita lbh kurang laling n Noan pn suka. Yelah rumah tu pun dah makin sunyi. Noan dah besar. So sekali sekala bila baby ada kn meriah sikit. Rindu tangisan baby kt rumah ni.




Ni masa baby Syaura 1st time dtg rumah. Try bela kejap. Setengah hari je. Baiknya baby ni. X meragam lansung. Dah lah comel. Putih gebu kulit dia. Geram tul Mama. Nangis bila nak susu je. So sweet n cute.... Kekok jugak aku sbb dh lama x jaga baby kan. Noan pn dah 9 tahun. Lama kan...



Baby Asyaura tido sepanjang perjalanan balik kampung.

Malam Jumaat lepas, Mummy outstation n htr baby kat aku. Tapi aku bgtahu Mummy awal2, aku balik kg mertua minggu ni. So aku nak angkut baby sekali. Mummy kata ok. Xpe. Dia trust aku leh take care baby ngan  baik. Sukanya aku. So aku bawak lah baby balik kg mertua. Terperanjat Mak Mertua aku. Yelah xde angin xde ribut... tiba2 muncul bwk baby. So mcm2 lah dia tanya. laling tukang jawab sbb dia tanya dlm bahasa jawa. He3x. Aku mmg tak faham sepatah pun. Malam pertama baby tido dgn nyenyaknya. Yelah kg kan sejuk, sunyi, nyaman.... Tp bila bgn siang tu, baby x nak tido. Tido pn kejap2. n then x nak tinggal. Mesti nak ada org kt sblh dia. So mlm kedua tu sbb siang dia dah berjaga, ptg tu kul 6 dia dh tido. N aku dh agak dh yg tgh mlm nanti mesti dia bgn. Dan btl anggapan aku tu. Pukul 2 pagi dia ajak aku borak. Smp kul 5 pagi. Huhuhu.... x tido aku di buatnya. Nasib baik aku biasa berjaga. So tak lah terasa sgt. Lgpn sblm tu aku dh curi tido awal2. Hehehe. 

Baby Syaura comel sgt2. Aku, Laling, Noan terhibur ngan kehadiran dia. Wlu bkn sepenuh masa tp masa yg ada tu amat kami hargai. Doa aku agar dgn kehadirannya, Allah akan kurniakan Noan adik pula nanti. InsyaAllah.. amin...

Selamat datang Baby Syaura.... Mama, Papa n Noan sayang Syaura... Muah! Muah! Muah!