Hari ini hari jadi mak yang ke 64 tahun. Seawal pagi, aku dah telefon mak dan ucap happy birthday. Suara mak membuat kan aku rindu sangat2 kat mak, Serasa ingin aku terbang balik kampung peluk mak.
Mak.....
Seorang yg tegas dan garang tapi mempunyai hati yg sangat lembut. Seorang yg sgt penyabar dan sgt tabah. Hidup mak sedari kecil penuh dgn liku2. Aku sendiri tidak tahu dari mana kah kekuatan tu datang. Aku sendiri tak rasa aku mampu melaluinya.
Mak....
Kehilangan ibu kandung ketika berusia 1 thn 8 bulan. Ketika masih belum mengerti apa erti hidup. Hidup dgn nenek dan abang sedara. Banyak yg mak ceritakan kenangan mak masa kecil2 dulu. Antaranya lawn ludah plg jauh. Rumah kampung tingkap nya tinggi. Jadi mak n abg sedara mak main lawan ludah sape paling jauh. Dan sebab mak tak nak ngaku kalah, mak sanggup panjat tingkap. Tapi mak jatuh. Mak cakap sakit sgt2. Merangkak mak masuk kolam tahan sakit. Nak ngadu ngan nenek takut nenek marah. Mak tinggal ngan nenek sampai nenek meninggal. Lepas tu mak tinggal ngan ayah mak (arwah tok wan) n mak tiri mak (arwah tuk).
Bermula lah hidup mak dgn mak tiri. Aku tak akan bercerita bgmana hidup mak ngan mak tiri ni. Sbb mak tiri tu kan tuk aku jugak. Yang aku boleh kata kan, mak tiri tetap tak sama dgn mak kandung. Dan mak tiri mak seorang yg sgt garang. Jd faham2 sendirilah kan. Mak selalu membawa diri dalam dusun durian sorang2 bila hati dia sedih. Dan kawan mak adalah sekor kambing. Dh x ingat nama dia. Kambing ni mak kata, manja sgt ngan mak. Klu mlm2, kambing ni x nk tido sorang2 kat luar pondok. Bising n memekak. Bila mak bawak masuk pondok baru dia diam. Dia nak tido ngan mak. Agaknya dia mmg nak teman mak sbb dia tahu mak tgh sedih. Tapi yg x bestnya bila tgh2 malam dia selalu kencing kat mak. Bayangkan pukul 2 pagi, mak kena mandi sungai sbb kena kencing kambing. Masa tu umur mak baru 10 tahun. Mak lansung tak rasa takut tinggal kat dusun tu sorang2. leh mandi sungai lak pukul 2 pagi.
Mak....
Seorang budak yg bijak. Walau mcm2 kerja kena buat lepas balik sekolah tp mak selalu dapat keputusan priksa yang bagus. Dan mak kecewa sgt bila tuk bising kat tokwan, tak bagi mak sambung belajar kat sekolah menegah. dia kata banyak nak pakai duit. membazir n mcm2 lagi. Tapi mak kuat semangat. Tokwan pun faham masalah mak. Tokwan mmg sgt pentingkan pelajaran anak2. Tokwan hantar jugak mak masuk sekolah menegah kat bandar. Kata tokwan klu mak duduk kg mesti mak susah nak belajar. Tokwan cari rumah tumpang untuk mak tinggal. Mak tinggal ngan org India. baik orang tu. Cuma yang tak bestnya, bila dia dapat tahu mak 1st time datang bulan, dia blh buat kenduri mcm yg doarng selalu buat bila anak2 dorang dtg bln kali pertama. Mak belajar menjahit melalui buku, n apa yang dia jahit dia jual, utk menampung hidup dia, Dia tak nak susahkan tokwan. Mak berhenti sekolah masa ting 3. mak kesian kat tokwan sbb asyik kena marah ngan tok pasal dia. Mak merajuk n xnk sambung beljar wlu mak dpt keputusan yg bagus. Dan mak mula bekerja. mak jadi cikgu sekolah buta huruf. Cerita mak, susahnya nak mengajar org2 tua yg lidahnya dah keras membaca. Tgk saje cerita pendekar Bujang Lapuk. Jenuh kan nak mengajar.
Mak bawa diri ke KL....
Tak lama kat kg.. mak merajuk lagi n bawak diri kat KL. Mak tinggal ngan nenek sedara mak (kakak mak... mak) kat Kg Baru. Tinggal beramai2 dgn anak2 buah atuk n nenek. Peristiwa yg plg mak tak dpt lupakan ialah masa 13 Mei. Peristiwa berdarah. Pergaduhan perkauman. Darurat semua org tak di benarkan keluar. Masa tu mak kerja kat area Chow Kit. Bila semua di arahkan balik, mak pun kelam kabut balik. Org ramai berpusu2 n berebut2 balik. Dan mak terpaksa jugak berebut n dpt naik bas last utk balik. Atuk ngan nenek punya lah risau masa tu. Takut apa2 terjadi kat mak. Alhamdullilah mak sampai jugak rumah nenek.
Bertemu jodoh.....
Jodoh mak kat rumah nenek jugak. Mak anak buah nenek. Abah pulak anak buah atuk. Anak2 sedara atuk yg turun dr kg plg ramai tumpang duduk rumah atuk. Tp anak sedara nenek, mak sorang je. Masa tinggal ramai2 mak cukup anti ngan abah. maklumlah bila dah tggl ramai2, lelaki bujang pulak tu. Main campak2 je baju, seluar. kadang2 seluar kecik pn main campak2. Pinggan mangkuk x yah cakap lah. Tu yg buat mak anti tu. tapi bak kata org... dah jodoh kan. Org yg selalu kita anti tu lah yg selalu jd jodoh kita. He3x... Mak dpt rmh kat Flat Cheras. So nenek risau sgt ngan mak. Yelah anak buah dia tu je lah sorang. So nenek selalu srh abah tgk2 kn mak. Bila abah selalu tgk2 kan mak, atuk ingat mak ngan abah ada apa2. Terus atuk masuk minang. Mak pun tak tahu. Tiba2 je dpt call dari kg, tanya mak, abah masuk minang n tokwan terima. Lgpun masa tu umur mak pun dah 27 tahun. Agak lewat klu masa tu. dan tulah jodoh mak. Org yg mak anti... He3x... abah aku lah tu.
Selepas kahwin....
Mak kerja kat Shipping Company. Dari jurutaip sampai mak naik pangkat jadi secretary. Satu sbb mak cepat belajar n mak cekap. Otak mak kan mmg bijak cuma tak berkesempatan nak melanjutkn pelajaran je. mak jadi kesayangan Boss, sbb tu mak cepat naik pangkat. Tp biasalah bila mcm tu, ramai lah yg dengki kat mak. mcm2 jugak yang mak lalui. Boss mak, mat saleh. mat saleh kan x suka org yg lembab bila buat kerja. Mak kerja sampailah anak yg ke 4. Adik aku lah tu. Masa tu kita org tinggal kat rumah setinggan kat Kg Pandan. Masa mak kerja, kita org tinggal kat rumah pengasuh kat depan rumah kitaorg. Pastu mak dapat naik pangkat jd pegawai. Tp mak kena selalu keluar daerah. Bila mak fikir2 balik, mak tak sanggup nak tinggal anak2 dia. Lagipun masa balik kerja pun anak2 macam kebulur tak makan. N mak tahu pengasuh tu mmg garang. So mak pun ambik keputusan berenti kerja.
Mak jadi pengasuh...
Mak tak pernah mengalah. Mak tahu nak besarkan anak seramai 4 org bukan senang. banyak duit yg nak kena pakai. Mak tanam sayur, bela ayam. Bila xde duit, mak tangkap ayam, kutip sayur buat lauk. Tiap bulan abah beli barang kat kedai india. Beli banyak sikit. Bila xde duit nak makan, mak tukar lah brg yg mak beli tu ngan ikan, sayur. Tak lama lepas mak berenti, mak mula jaga anak orang. Anak org yg pertama mak jaga dah berumur 31 tahun. Dah kahwin n dah dapat anak pun. Masa dia kahwin, mak datang. Dia nangis sebab tak sangka mak akan dtg. Ramai sangat anak angkat mak. Aku sendiri pun dah tak ingat sbb ramai sgt.
Keluhuran mak....
Masa kecik2, bila raya kitaorg selalu balik kg abah. Sampailah nenek meninggal, atuk ikut tinggal ngan kitaorg klat KL. So beraya lah kita org kat KL n Kg Baru. Emak tak berapa nak bawak kita org balik kg sbb layanan tuk kat kita org tak berapa best sgt. Sbb tu kitaorg byk raya kat KL. Mak jaga bapak mertua mak, (ayah abah), sampailah ke hujung hayat atuk. Mak dapat rasa atuk dah tak lama. Atuk teringin nak makan anggur. Mak pesan kat abah. Abah mtk tlg adik2 abah beli. Tp tak sorang pun yg sempat nak beli. Bila mak dah terasa yg atuk tak lama, mak pesan kat abah, tak yah tggu adik2 abah. Mak srh jugak abah beli. Abah beli anggur tp malangnya atuk x sempat nak makan. Terduduk abah dgr berita tu. Terkilan sbb anggur kat tangan abah masa dpt berita tu. Atuk meninggal masa tidur.Adik2 abah menangis x henti2.
Mak pergi umrah....
Mak tak prnh menyangka yg mak akan dpt tunaikan umrah sbb masa tu mak xde duit simpanan pn. Pak Anjang (adik mak lain ibu) ajak mak kerjakan umrah. Teman tokwan n tuk. Dia sponsor semua. Tulah yg di namakan rezeki. Dan mak tunaikan umrah selepas lepas tanggungjawab mak pada anak2 perempuan dia iaitu kakak n aku. Bila kedua2 nya dah kahwin. laluan mak kat sana mudah sgt. Mak dapat cium batu hajarull aswad dgn senang sedangkan pak anjang lansung tak dpt nak dekat. Dari situ pun kita dah tahu, keikhlasan hati mak buat perjalanan mak kat sana mudah. Alhamdullilah...
Usia tua mak.....
Bila abah dah pencen, mak ambik keputusan utk tggl kat kg mak. Mak kata mak nak jaga tokwan. nak habiskan usia tuanya berbakti pada tokwan. Abah terima keputusan mak walau pada mulanya berat abah nak terima. yelah kg tu kan kg mak. Tp Alhamdullilah, Allah bukan hati abah utk terima keputusan mak. mmg betul pun niat mak tu. Bila mak dah tinggal kat kg, Tokwan selalu sakit. Mak n Abah lah yg ulang alik hantar tokwan ke hospital. Jauh tau dr Kubu Gajah nk ke Hospital Taiping. 40km jln mcm ular. Mak berbakti pd tokwan smplah ke hujung hayat tokwan. Dan kuatnya mak, bila tokwan meninggal, mak tak menangis. mak sgt2 tenang. Mungkin sbb dia puas dapat tunaikan t'jwb dia. Tp kami anak2 mak tahu mak sedih. Bila tokwan selamat di kebumikan, balik mak solat, masa tu barulah mak nangis. Hanya air mata yg mengalir masa mak sedekah kan yasin. Kuatnya mak.... Aku sendiri tak sanggup nak tgk kekuatan mak mcm tu,
Luhurnya dan ikhlasnya hati mak bila tok pun makin x sihat slps pemergian tok wan. Dan mak jugalah yang jaga tok. Walau ada anak2 yang lain, walau tak larat, tok tetap nak jalan dtg rumah mak. Rumah tok ngan rumah mak selang sebuah je. Hinggalah tok sakit kuat, tok minta maaf kat mak. Masa tu, barulah adik2 mak (lain ibu) baru tahu selama ni tok buat mcm2 kat mak. Tok kata sbb dia marahkan tokwan. Dia cemburu ngan mak. Dan selama ni adik2 mak tak tahu lansung sbb mak tak prnh cerita pape kat dorang. Mak turut jaga tok sampai hujung hayat tok. Maknanya dalam hidup mak, mak dah berbakti pada bapa mertua, bapa kandung dan mak tiri nya hingga akhir hayat mereka. Ya Allah... tulusnya hati mak. Aku tak rasa aku mampu buat seperti yg mak buat. Tiada lansung dendam dalam hati mak. Keikhlasan mak sgt jelas. Kesabaran dan ketabahan mak sgt tinggi. Aku berdoa agar keluhuran, keikhlasan, kesabaran dan ketabahan mak dapat aku warisi. Aku terlalu kagum pada Mak. ampukah aku jd mcm Mak?
Keistimewaan mak....
1. Mak boleh tahu anak2 dia buat satu kesalahan yg besar dgn hanya membaca Al-quran. Bila smp sesuatu ayat, air mata mak akn tiba2 mengalir dan dari situ mak blh tahu ada sape anak dia yg bermasalah.
2. Mak pandai masak. Sbb mak dr umur muda nenek dah ajar mak masak, sbb nenek kata nanti klu duduk ngan mak tiri dah x susah. Mak pandai masak mcm2 especially kuih muih melayu, lauk pauk. Mak jugak pandai buat roti n roti canai. Ingat lg masa kecik2 kitaorg tak beli roti tp mak yg buat. Ramai yg suka n order roti canai segera mak tp skrg mak dh tak larat sgt nak uli tepung. Karipap mak plg best. Mmmmm mak mmg pandai masak mcm2.
3. Mak kreatif. Mak pandai menjahit. jahit baju, langsir, cadar.... tangan mak sgt seni.
4. Mak terlalu byk keistimewaan yg tak mampu utk aku coretkan lagi.... Mak terlalu istimewa. Mak bukan saje di sayangi anak2 nya, tp jugak menantu2 nya dan cucu2nya. Anak2 buah pun suka bertandang rumah mak. Mak ada banyak anak angkat. Ramai yg dah kenal mak pasti takkan lupakan mak. Mak terlalu baik. Bukan aku saja yg kata begitu. Menantu mak, anak2 angkat mak dan kawan2 aku yg kenal mak pun cakap macam tu.
5. Tiada kata yg mampu aku luahkan lagi pada mak. Mak sgt2 istimewa....
Selamat Hari Lahir Mak.... Angah sayang dan rindu mak sangat... xde apa yg boleh menggantikan mak sbb mak lah syurga bagi angah......
p/s : InsyaAllah nanti aku akn kongsi cerita memori2 indah aku ngan mak......
I never though that in order to live, I have to bear so much pain.... The sorrow of life has tought me, to accept many new beginnings... To smile even though it hurts...
" ...The beauty of a woman is not in the clothes she wears, the figure that she carries. or the way she combs her hair.... The beauty of a woman must be seen in her eyes, becouse that is the doorway to her heart, the place where loves resides...."
Followers
Saturday, May 8, 2010
My artwork
Khas buat hero tersayang.... Muhammad Nurhan Fitri.
Tarikh lahir : 10 January 2001
Nilah hasil nukilan ku. Beberapa hari tak cukup tido sbb nak siapkan benda alah ni. Bukan apa, saje suka2. Rasa syg sgt ngan gambar2 ni. Terlintas lak kat otak nak buat sesuatu masa tgh free ni. So ni lah hasilnya. Sekarang ni just nak frame n gantung je. Puas hati sgt2 ngan artwork ni. Noan n laling pun suka. So Noan masa baby punya dah siap. Papa punya tengah buat. Mama punya n Noan punya yg dh besar sikit, InsyaAllah nanti di siapkan jugak. Cute kan.....
Friday, May 7, 2010
Kata A, Kata B dan kata Aku....
Kata A : Dah lah.. Aku dah malas dah. Aku ckp elok2 dia nak angin, nk marah2 pulak. Malas dah aku nak call lagi.
Kata Aku : Mmm.. Jgnlah macam ni. X salahkan kalau mengalah. Pujuklah dia k.
Kata A : Biarlah. Malas aku. Sakit kepala aku. Lantak dial ah.
Kata Aku : Tengah marah, mmg lah kau cakap mcm ni. Tapi jap2 lagi mesti kau teringat kat dia kan . Mesti kau rasa rindu kan . Mesti kau nak dengar suara dia kan .
Kata A : Memanglah… mana tahan tak dengar suara dia. Rindu….
Kata Aku : Hah! Ni lah perempuan. Klu dah syg… lemah longlai di buatnya. Konon nak merajuk. Tak nak call. Tapi nanti sendiri jugak yang tak tahan rindu, tak leh nak merajuk lama2.
- Perempuan à Kata mulut biasanya tak sama dgn kata hati.
Kata B : Yelah, tak yah lah nak cakap benda yg sama byk2 kali. Aku tahu. Aku faham. Aku bukannya budak2.
Kata aku : Kau kena lah tegur n cakap kat dia, kau tak suka.
Kata B : Aku dah cakap dia x nak dgr. Dia tak nak faham.
Kata aku : Kau pun kalau nak tegur kenalah gayanya. Janganlah main terjah je. Tunggu lah time ok, time tgh seronok, tgh suka. Masa tu dalam gurauan kau cakap lah apa yang kau tak suka.
Kata B : Dah lah. Dia nak call dia call. Dia tak nak call sudah. Dia dah cakap tadi kan dia dah tak nak call aku lagi.
Kata aku : Aku tanya… kau tlg jwb dgn ikhlas ye. Kau rasa dia tak akan call kau ke? Tak kan cari kau ke?
Kat B : Ye…. Dia tak kan call aku.
Kata aku : Lelaki… mmg ego kan. Kau blh tipu aku. Beribu kali pun kau blh tipu aku tp kau tak blh tipu diri kau sendiri. Kau jangan nak bohong aku n mengatakan itulah jawapan yg ada kat hati kau. Sebab hakikatnya hati kau jwb lain.
Kata B : Argh…. Malas lah aku nak pk….
- Lelaki à Ego korang mmg tinggi. Jarang sekali korang nak mengakuinya….
MUTIARA KATA
- Tak salah andai kita mengalah. Tak salah andai kita memujuk. Apa yg kita ingin kan, itu juga yg dia inginkan. Perlukah kita menunggu konon2 engharap ada yg memujuk. Sampai bila? Jangan panjangkan sesuatu yg x sepatutnya.Untuk apa menahan seksa, tertonggeng menanggung rindu tetapi ego mengawal segalanya. Tak rasa sakitkah mengadap kemarahan dan kerinduan. Yang mana satu kah menjadi pilihan?
- Sukarkah melafazkan kata maaf. Jatuhkah ego andai ucapan itu di lafazkan. Tanpa sedar sebenarnya perkataan itu suatu seni yg halus. Sampaikan cara kemaafaan itu sehalus yang boleh. Pasti si dia sendiri juga akan terasa jatuhnya ego dia. Dan automatik dia juga akan melafazkan maaf kerana terasa dirinya juga turut bersalah.
- Jangan kita harap orang lain memahami diri kita. Andai kita sendiri tidak cuba memahami dirinya. Jangan kita harap orang lain akan pujuk diri kita. Belajarlah utk memujuk diri sendiri kerana andai apa yg kita inginkan tu tidak spt yg kita harapkan kelak ianya akan menjadi racun dlm diri kita sendiri. Sakitnya hanya kita yang rasa. Jesteru itu belajarlah untuk pujuk diri sendiri dan jangan mengharap sesuatu yg tak pasti.
- Hargailah masa2 berharga bersama org2 yg tersayang kerana kita tak akan tahu apa yg akan berlaku di setiap minit hidup kita. Jangan sampai berlaku sesuatu hingga membuat kita kesal seumur hidup.
Tuesday, May 4, 2010
Camana lah leh lupa....
Malam dah makin larut dan patut nya dah masuk tido dah aku ni. Tapi terlanjur aku berblog ni, aku nak tambah satu cite lawak tentang kealpaan aku sendiri. Peristiwa ni baru je berlaku petang semalam.
Jam dah menunjukkan pukul 5.30 ptg. Mana lak hubby aku ni. Msg x jwb, kol x angkat. Nak pesan srh ambik aku awal ni. Biasa lah awal bulan, budak2 ofis semua tak nak stay, semua nak cabut awal. Officer yg on duty dh pesan, pukul 5.50 ptg nak tutup ofis. Mmm.... tiba2 msg masuk, hubby kata dia ambik kul 6.30 ptg. So aku balas awal sikit boleh, dorang nak tutup ofis awal. Jwb hubby blk dia try secepat mungkin.
Pukul 6, aku dh tggu kat blkg ofis. X lama hubby msg 10 min lg dia sampai. So smbl menunggu dia tu, aku pun menyelak2 lah majalah jesayangan aku EH keluaran bulan Mei, baru je beli smlm. Nsb bwk gi ofis, dpt gak aku layan kan. Hubby sampai.... aku pun terus lompat duduk atas motor. Tiba2 aku rasa mcm kosong. Mcm ada yg x kena, mcm ada yg x cukup. Adesh... alamak..... Dgn suara ala2 cems tp ala2 manja... aku pun bersuara.... " Pa.... helmet lupa.... tinggal kat dalam....". Hubby jawab..." Hbs mcm mana ni?"
Aku : "Ntah".. (sambil angkat bahu). X leh nak ambik helmet. Pintu dah kunci. Alarm dh set. Kunci pun xde."
Dgn suara slow aku menjawab. Lama gak aku n hubby mendiamkan diri.
Pastu hubby ckp, jom lah redah je x yah pki helmet. Aku x nk. Aku tkt kena tahan nanti, malu je. Pastu dia cakap xpelah, kat depan tu ada kedai motor. Papa gi beli helmet jap. Pastu dia diam kejap n bersuara lg.
" Ma..... klu naik teksi brp ringgit?" aku jwb, x smp RM10. "Klu mcm tu, awk naik teksi je lah, srh teksi tu berenti kat masjid maluri, dari situ nk smp rmh, dh blh ikut jln dlm. X yah pki helmet pn xpe". sambung dia lagi. Aku pn jwb ok. So dia pn teman lah aku tggu teksi, Smp je teksi, masuk je teksi, Uncle teksi tu leh tanya aku. "Abg u tak hantar ke". Aku jawab lah aku yg tertinggal helmet. So meredah lah aku jln jem bila naik teksi ni. nak di jadikn cerita, smp je ket masjid maluri, teksi x leh nak berenti. Aku dah nmpk hubby kat tepi jalan tp mmg teksi tu x dpt nak berenti. Ada jugak dlm 1km baru teksi tu turun kan aku. Aku pun telefon lah hubby nak bgthu dia, aku ada kat depan. Kol2 x dpat. Asyik masuk msg. Ler... apa kes lak ni. Nak jalan kaki rasa mcm jauh je. Smbl tu aku msg hubby. So sementara tu aku dok lah kat tembok tepi jalan tu.
Lama gak aku tggu, kol2 msh x dpt2. X lama aku di sapa kwn adik aku. "Ngah, abg Han kt blkg"...
Jwb aku. "Angah tahu, angah kol abg x dpt2". Lps jer aku ckp camtu terus kwn adik aku ni pecut motor dia patah balik gi kat hubby aku. X lama lps tu hubby muncul tersenyum2. Apa lagi bising lah aku, asal kol x dpt2. Jwbnya. "La... ye ker... ni mesti hp hbs batei ni". Aduhai jwpn. Betul2 mencabar sungguh. Aku pn jwb balik... " Pa... kan dah lama sgt tggu kat masjid tu, x kan lah x leh nak check hp". Dn dia hanya tersenyum je pandang aku. Alahai Pa..... Aku dh tak terkata. Nak marah pun, dah tentu awal2 mmg salah aku. Aku yg lalai. Aku yg lupa. So padan lah ngan muka aku sendiri kan. So x leh komplen aaaa.... Dok diam2 sudah. Lain kali ingat, jgn buat lagi. Pengajaran bagi aku. Lain kali jgn lupa benda plg penting tu tau.
p/s : Klu dah salah tu, ngaku je yg mmg kita salah... n jgn marah2 tau. Terima je lah dgn hati terbuka.... n pandai2 lah nak ayat supaya tak kena marah. He3x.....

Tari Tualang Tiga....
Alhamdullilah…. Berakhir sudah projek Tari Tualang Tiga aku ngan budak2 UITM Shah Alam. Berakhir jugak lah kesibukan aku selama sebulan hari tu. Hingga jarang aku berfb dan lama gak tak berkongsi cite kat blog ni.
Kepenatan berulang alik dari Ampang ke Shah Alam, seminggu 3-4 kali. Sampai rumah pukul 1 – 2 pagi. Kul 3-4 pagi baru nampak bantal n tilam. Esok nya nak gi kerja lagi. Mgg terasa sgt kepentannya. Rasa sakit2 satu badan. Rasa otak mcm blur je… x focus lansung. Penangan x cukup rehat.
Namun aku bersyukur sgt2. Projek tu berjalan dgn lancar. Mengenali adik2 baru, mengajar menari dan berkongsi pengalaman hidup, memberi kepuasan dlm diri aku.
Dan terharu sgt2 melihat mereka bersungguh2 berlatih bagi menjayakan projek ni.
Rentetan kenangan dan gambar2 semasa latihan dn show…
Pose akhir.... Hari terakhir training.... try ngan props n baju.....
Menunggu rehearsal, penari2 semua pki tudung, jenuh pk nk dandan kepala dorang mcmana. Last2 aku jahit je benda alah cucuk2 tu kat pala sorang2. He3x.... dh x leh nk sepitso aku jahit jelah kan. Janji x jatuh.
Sempat pose sblm masuk dewan.
Blkg pentas sblm show bermula. Wish them luck n pesan baca doa sama2....
My bestfren G (Ibu). Thanks coz byk sgt bantu Mama siapkan bdk2 nari ni. Tanpa Ibu lg huru hara lah Mama.
Bersama Abg Wadi, tunggak utama show ni. Abg yg byk bg idea apa yg perlu di buat n aku just touch up je. N jugak penari2 gadis2 ayu2 belaka.... Semuanya aku mekapkan tau..... Cantik x?
Ni pulak hero2 yg jd hulubalang2 aku. He3x....
Habis show. Bergambar beramai2 kt luar dewan.
Itulah kisah aku dan projek aku ngan budak2 UITM tu. Tari Tualang Tiga. Satu lg kenangan yg x mungkin dpt aku lupakan. Satu lg kejayaan dalam hidup aku. Kepuasan yg x terluah dgn kata2. Terima kasih utk Abg Wadi, yg tlh memberi peluang utk aku mengajar bdk2 ni, terima kasih juga utk adik2 tersayang.... U all mmg best giler, sis xkn lupa kat korang n sis syg sgt2 kat korang. X lupa jugak buat hero2 ku. Hubby n Noan yg x jemu menemani aku, my bestfren G n K yg byk bg support kt aku. Terima kasih semua... Tiada apa lg yg mampu ku luah kan... Tanpa korang semua, kejayaan ini x mungkin akan ku capai. Puji2an yg kita terima slps show tu sgt2 lah berharga. Ianya akan jadi kenangan terindah dlm hidup aku.
Saturday, April 24, 2010
Masihkah ada hari esok....
Today... we have more degrees but less common sense... more knowledge, but less judgement.. we have multiplied our possessions but reduce our values....
Today... we talk too much, love to little, and lie to open...
Everyday, every hour, every minutes is special coz you don't know if it will be you last.....
Petikan ayat yg aku baca dari sebuah majalah. Terasa menusuk tangkai hati aku. Terasa kebenaran ayat2 tu. Dan aku ingin berpesan pada kawan2 juga pada diri aku sendiri.... sayangilah keluarga anda, ibubapa anda, sahabat2 anda, kekasih anda @ sesiapa saja ... Dn ingatkan pd diri walau marah mcmana pun anda pada org yg anda syg, jgn sesekali anda berkasar dgnnya, jgn hempas telefon, putuskan line, off hp @ menghilangkan diri... kerana kita tak pernah tahu ketentuan Ilahi... Apa yg akan terjadi padanya @ pada diri kita sendiri. Masihkah ada hari esok utk mereka dn diri kita sendiri. Dan jgn biar amarah kita itu menjadi penyesalan sepanjang hidup kita....

Saturday, April 10, 2010
Sahabat
Sahabat.....
Tidak lain yg aku ingin kan selain dr melihat kalian bahagia.
Tertawa gembira. Bahagia meniti jalan2 dn liku2 hidup.
Sahabat....
Terlalu banyak cerita yg kita kongsi bersama.
Ada duka dan ada suka. Ada tawa dan tangisan.
Indahnya bila dpt berkumpul, bercerita, bergurau senda.
Lupa segala derita. Penuh dgn cerita....
Sahabat
Aku cuba menjadi sahabat yang setia
Sahabat yg sentiasa di sisi kalian
Ketika senang dan juga duka
walau adakala hati ini yang terluka....
Kerana terlalu banyak hati yang perlu ku jaga
terlalu banyak cerita yang perlu ku simpan
terlalu banyak rahsia yang perlu ku genggam
Sahabat...
Kenapa aku?
Kenapa aku yang kalian pilih?
kenapa aku yg kalian mahukan untuk menyimpan segalanya?
Hingga kadang kala kalian lupa aku juga ada hati
Ada perasaan... aku juga manusia biasa...
Seperti kalian juga....
Sahabat....
Terbebankah aku dgn semua ini?....
Tidak sama sekali...
Tidak terbeban andai hanya untuk aku menjadi pendengar
Kerana aku akan terus mendengar dan mendengar
tidak mungkin akan berpaling dari mendengar
setiap cerita kalian....
Sahabat....
Tapi kini aku tidak di beri pilihan
dan ianya telah jadi bebanan
kerana kalian mahukan lebih dari seorang pendengar
lebih dari sepatutnya yg mampu ku lakukan
terjerut aku dalam kelukaan dan kesakitan
lebih sakit bila lebih banyak yang aku tahu
dan aku perlu simpan....
Sahabat....
hatimu.... hati dia... hati mereka.....
semua perlu ku jaga.....
hatiku.... semakin sempit ku rasa
sempit yang menyesakkan dada....
Aku takut aku tidak mapu bertahan lagi
Aku hanya manusia biasa...
tiada yang istimewa...

Sunday, April 4, 2010
Kurniaan Ilahi - Baby Farisha Syaura 12 January 2010
Princess baby Asyaura
Siapa dia? She's my sweet baby girl. Anak kakak angkat aku. Macam tak percaya je bila Mummy (panggilan utk kakak angkat aku ni) call n tanya aku nak tak jaga baby Asyaura bila dia outstation or bila dia ada pementasan drama. Mummy selalu berlakun teater. Aku cakap betul ke ni Mummy. X cayalah. Klu Mummy outstation mestilah baby kena tido ngan aku kan. N Mummy kata yup, tido ngan Aidil...... Apalagi melompat2 kesukaan lah aku. Terus aku ckp ok Mummy. Aidil suka sgt2.... Bila balik rumah terus aku bgtahu laling n Noan yg kita dpt baby baru. Cerita lbh kurang laling n Noan pn suka. Yelah rumah tu pun dah makin sunyi. Noan dah besar. So sekali sekala bila baby ada kn meriah sikit. Rindu tangisan baby kt rumah ni.
Ni masa baby Syaura 1st time dtg rumah. Try bela kejap. Setengah hari je. Baiknya baby ni. X meragam lansung. Dah lah comel. Putih gebu kulit dia. Geram tul Mama. Nangis bila nak susu je. So sweet n cute.... Kekok jugak aku sbb dh lama x jaga baby kan. Noan pn dah 9 tahun. Lama kan...
Baby Asyaura tido sepanjang perjalanan balik kampung.
Malam Jumaat lepas, Mummy outstation n htr baby kat aku. Tapi aku bgtahu Mummy awal2, aku balik kg mertua minggu ni. So aku nak angkut baby sekali. Mummy kata ok. Xpe. Dia trust aku leh take care baby ngan baik. Sukanya aku. So aku bawak lah baby balik kg mertua. Terperanjat Mak Mertua aku. Yelah xde angin xde ribut... tiba2 muncul bwk baby. So mcm2 lah dia tanya. laling tukang jawab sbb dia tanya dlm bahasa jawa. He3x. Aku mmg tak faham sepatah pun. Malam pertama baby tido dgn nyenyaknya. Yelah kg kan sejuk, sunyi, nyaman.... Tp bila bgn siang tu, baby x nak tido. Tido pn kejap2. n then x nak tinggal. Mesti nak ada org kt sblh dia. So mlm kedua tu sbb siang dia dah berjaga, ptg tu kul 6 dia dh tido. N aku dh agak dh yg tgh mlm nanti mesti dia bgn. Dan btl anggapan aku tu. Pukul 2 pagi dia ajak aku borak. Smp kul 5 pagi. Huhuhu.... x tido aku di buatnya. Nasib baik aku biasa berjaga. So tak lah terasa sgt. Lgpn sblm tu aku dh curi tido awal2. Hehehe.
Baby Syaura comel sgt2. Aku, Laling, Noan terhibur ngan kehadiran dia. Wlu bkn sepenuh masa tp masa yg ada tu amat kami hargai. Doa aku agar dgn kehadirannya, Allah akan kurniakan Noan adik pula nanti. InsyaAllah.. amin...
Selamat datang Baby Syaura.... Mama, Papa n Noan sayang Syaura... Muah! Muah! Muah!
Wednesday, March 31, 2010
Tambah Bini ? versi 1
Sinambungan kisah kahwin 4…..
Ada yg tanya soalan ni kat saya :
Kalau suami pulak yg nak kahwin 4?
Hahaha…. Soalan ni dah banyak kali saya jawab. Dan jawapan yg saya selalu kasi ialah jawapan yg saya copy paste dari kakak saya. Kata kakak nak tambah bini… boleh je. Tp klu blh biar lah cukup smp 4. Sbbnya n katanya :
Bini no 2 – Di tugaskan hanya utk memasak (tukang masak)
Bini no 3 – Di tugaskan hanya utk membasuh (tukang cuci)
Bini no 4 – Di tugaskan hanya utk menjaga anak (baby sitter)
Dan kakak aku lak tugasnya hanya melaram dan melayan suami tersayang.
Hehehe…. Aku pn ckp lh benda yg sama kat laki aku…
“Ada berani ke bakal2 madu saya tu nak sahut cabaran saya tu”?
Dan laki aku hanya mampu menjawab soalan tu dgn senyum senget je lah…. Hahaha…..
Tapi terus terang pernah juga terkeluar perbincangan mcm ni antara saya dan suami.
Jawab saya :
“ Pa… andai satu hari nanti awak ada rasa2 nak pasang satu lagi n nak tambah cawangan… pinta mama cuma klu blh biarlah perempuan tu lebih segala2nya dari mama…. Klu blh cari lh 10 kelebihan dia banding ngan mama. Lbh cantik, lbh menarik, lbh pandai masak, lbh pandai melayan, lbh sabar, lbh faham dn segala2 mesti lebih. Sbbnya… klu blh biarlah yg bakal menjaga awak tu nanti dapat jaga awak lbh baik dari mama jaga awak. Jadi mama akan mengerti dan faham yg byk nya kekurangan mama smp awak sanggup cari lain. Belum cukup sempurna rupanya mama ni untuk jadi isteri yang baik….. dan klu blh jgn smp perempuan tu akan menyusahkan hidup awak nanti, jgn smp awak tension dn ngadu macam2 kat mama n jgn smp hidup mama n anak susah dn huru hara sbb dia… andai itu yg terjadi sungguh mama akn terluka dan takkan terima sampai bila2…”
Huhuhu…. Cam sedih je dengar kan. Agak2 klu lah mana2 suami dgr pernyataan si isteri2 yg ala2 mcm merayu2 ni, sanggup tak dorang nak cari n tambah bini lagi. Silalah jawab wahai suami2 yg di luar sana..
Suami saya tak jawab pape. Diam je n senyum…..

Tuesday, March 30, 2010
Cukai Jalan dan Polisi Inusran
Apa yg perlu anda lakukan bila Cukai Jalan anda akan tamat tempoh?
1. Perbaharuilah cukai jalan anda sekurang2nya 2 minggu dari tarikh tamat tempohnya.
- untuk mengelakkan dari terdapat saman2 yg belum sesesaikan. Jika ada saman dari pihak polis ataupun JPJ, secara automatic nama anda telah di senarai hitam kan dari menhidupkan cukai jalan.
2. Sila semak dahulu di Cawangan Polis Trafik terdekat untuk mengetahui samaada nama anda telah di senarai hitamkan.
- Semak No kereta anda dan juga No I/c baru dan lama utk mengetahui secara terperinci segala saman yg tlh di keluar kan terhadap anda.
3. Selesaikan semua saman2 anda sebelum memperbaharui polisi insuran dan cukai jalan anda.
- Sekiranya saman anda belum selesai, tempoh laku polisi insurans adalah selama 7 hari berturut2. Jika lebih dari tempoh 7 hari, anda perlu membuat tambahan insuran.
Cara2 untuk anda menghidupkan polisi inusrans anda.
i Melalui bank2 dan syarikat2 insurans yg tlh di daftarkan
- Cara yang paling selamat adalah melalui bank2 dan syarikat2 insuran yg di daftarkan kerana jika kenderaan anda terlibat dlm kemalangan anda boleh terus menghubungi bank2 dn syarikat2 insurans ini tanpa perlu melalui orang tengah dan anda tidak perlu risau di tipu atau menghadapi masalah untuk membuat tuntutan (melalui prosedur yg betul).
ii Melalui agen
- Jika ingin melalui agen, sila pastikan agen anda betul2 kukuh dan bertanggungjawab. Agen mestilah menyelesaikan segala urusan berkaitan polisi insuran dan juga cukai jalan anda.
- Berhati2 apabila melalui agen. Pastikan anda tidak di tipu. Pastikan juga anda mendapat salinan polisi insuran dan cukai jalanan anda. Sila hubungi syarikat insuran dan pastikan yang polisi insurans anda wujud dan tidak di batalkan selepas anda mendapat cukai jalan.
- Pastikan juga agen anda tidak menggunakan mesin MYEG utk menghidupkan cukai jalan, bg mengelakkan dari geran anda tidak di kemaskini.
iii Melalui mesin MYEG
- Kebaikan mesin ini ialah anda boleh mendapat cukai jalan anda dgn cepat dan juga boleh memperbaharui cukai jalan anda tanpa menggunakan geran kereta.
- Keburukannya pula ialah bila anda memperbaharui cukai jalan anda tanpa mengemaskinikan geran kereta anda, anda akan menghadapi masalah apabila kenderaan anda terlibat dalam kemalangan. Syarikat Insuran akan meminta salinan geran kereta anda yg telah dikemaskini mengikut tahun akhir cukai jalan anda di perbaharui jika anda ingin membuat tuntutan. Jika geran kereta anda tidak di kemaskini, syarikat insuran tidak akan melayan tuntutan anda. Dan anda perlu merujuk ke JPJ utk mengemaskini geran kereta anda. Ini akan menyebabkan tuntutan anda tertangguh dan lambat selesai.
Apa yang perlu anda tahu tentang polisi insuran kenderaan anda?
1. Sila periksa tarikh polisi insuran anda. Pastikan ianya sama dgn cukai jalan anda, kecuali anda hanya memperbaharui cukai jalan anda selama 6 bulan.
2. Pastikan syarikat insurans anda itu ada menyediakan khidmat tunda kereta.
3. Hanya anda dan pemandu yg di beri kuasa sahaja yg boleh membuat tuntutan tanpa lebihan wajib.
4. Lebihan wajib
i - Lebihan sebanyak RM400 akn di kenakan sblm anda membuat tuntutan.
ii - Lebihan wajib ini akan dikenakan sekiranya :
- Mana2 pemandu di bawah umur 21 tahun (bayaran tambahan juga akn di kenakan utk pemandu di bwh umur 21 tahun)
- Mana2 pemandu yg memegang lesen L
- Mana2 pemandu yg tidak terdapat dlm polisi insuran
5. Pemecahan Kaca
- Lebih di galakkan anda mengambil insuran untuk pemecahan kaca ini supaya tuntutan yg di buat utk kerosakkan pada cermin anda tidak akn menjejaskan hak Anda untuk mendapatkan Diskaun tanpa tuntutan.
6. Diskaun tanpa tuntutan
- Selepas tahun pertama - 25%
- Selepas tahun kedua - 30%
- Selepas tahun ketiga - 38.33%
- Selepas tahun keempat - 45%
- Selepas tahun kelima - 55%
7. Pastikan juga kenderaan anda di insuranskan secukupnya.
8. Pastikan juga anda faham dan membaca kandungan yang terdapat dalam polisi insuran anda.

Subscribe to:
Posts (Atom)