" ...The beauty of a woman is not in the clothes she wears, the figure that she carries. or the way she combs her hair.... The beauty of a woman must be seen in her eyes, becouse that is the doorway to her heart, the place where loves resides...."

Followers

Sunday, January 24, 2010

Visit my nephew n Menara Condong Teluk

Hari ni aku teman kakak aku gi tgk anak dia (merangkap anak buah aku lah kan) kat Sek Men Sains Bagan Dato. Dia baru je di masukkan ke sekolah asrama penuh ni selepas mendapat keputusan 5A UPSR tahun lepas. Sekolah ni sekolah baru. Yg ada cuma budak2 form 5 n form 2 je. So lega sikit lah kita org ni dr memikir kan dia di buli.

Biar aku cite sikit pasal anak buah kesayangan aku ni. Dia ni anak sulung kakak aku n merupakan cucu sulung dlm family aku dan dlm family abg ipar aku. Di kurniakan otak yg bijak dan sgt terang hati. Seawal umur 2 tahun dia dah kenal huruf. Nak tahu mcmana? Dia makan biskut ABC dan setiap kali makan biskut tu dia akan tanya setiap huruf yg dia makan tu. So leh jd panduan kan utk didik anak seawal usia. 3 tahun dia dah mula menyebut setiap huruf yg ada pada plat kereta @ motor yg dia nampak. 4 tahun dia dah mula membaca. 5 tahun dah boleh membaca dengan lancar. Kakak aku tak hantar dia ke sekolah tadika sbb takut dia cepat bosan. Nasib tak masuk tadika sbb masa dia darjah satu dia cukup bengang kalau kawan2 dia x kenal huruf n cikgu asyik nak ajar benda yang sama.

Gambar sebelah ni gambar family kakak aku. Sambung cite....

Sewaktu dia berumur 10 tahun, dia memilih untuk tinggal dgn mak dan abah aku kat kampung. Bila dia nak dok ngan mak abah, adik dia pun nak ikut sekali. X nak berpisah ngan abg dia. Puas lah kakak dan abg ipar aku memikir nak kasi ke tak. Tapi sbb dorang yg pilih nak dok sana, so kakak n abg ipar aku pun setuju lah dgn syarat kalau pelajaran x ok dorang kena balik KL balik. Dan kakak n abg ipar aku jd lah pasangan yg dating sepanjang masa. Hehehe... Neway tiap2 bulan dorang gi jengok anak2 dorang. Alhamdulillah elok je anak2 dorang ni dok sana. Tiap kali periksa, abg dn adik mesti rangking pertama @ kedua. X pernah jatuh no 3.

Inilah anak buah aku. Tak kira kat mana, jumpa je buku mmg x gerak dah. Lagi2 lah komik. Tu yg kadang klu bercakap pun dah loyar buruk n dh ikut bahasa komik. Pening family aku di buatnya. Masa berlalu so tahun lepas dia ambik UPSR. Kami berdebar2 gak, sbb dia mcm byk main. Periksa hujung tahun pun dia jatuh no 2. Mak abah nak cakap pun dah tak larat. Yelah dah berumur. Budak lak tgh naik mmg penat. Setakat leh bg ceramah je lah. Tapi satu hari tu abg ipar tanya kat cikgu kelas dia pasal anak buah aku ni. Kita org naik pelik bila cikgu dia cakap, dia dalam kelas sgt tekun dan beri perhatian penuh. Dan dia xkan kacau kawan2 kecuali kawan2 yg mulakan dulu. Kita org pelik sbb klu kat rumah tu dia mcm tak heran pun nak study. Org cakap pun buat dek je.

 19/11/2009 tarikh keluarnya keputusan UPSR dn tarikh itu jugak adalah tarikh hari lahir kakak aku. Bila kita org tanya anak buah aku tu dia kasi apa kat umi dia. Jwpnya keputusan abg lah. So confident sdgkan keputusan tak keluar pun lagi. Kitaorg punya lah risau takut tak dapt 5A. Maklum lah harapan keluarga dan juga nak di jadi kan cth pd adik dia n anak aku. Dan dia jugak harapan sekolah. Alhamdullilah bila reslult keluar dia mmg dpt 5A. Guru besar sekolah berjanji akn rekomen kan sekolah yg bagus utk dia. Ikutkan dia nak try masukkan anak buah aku ni kat MCKK. Tp faham je lah bukan senang nak masuk sekolah tu. Akhirnya dapat lah dia masuk Sek Men Sains Bagan Dato.

Inilah kali pertama dia akan berjauhan dgn keluarga. Risau jugak kami sbb dia lansung tak tahu buat kerja rumah. Hatta baju sekolah n kasut sekolah pun abah aku yg basuh. Gosok baju pun abah yg buat. Puas dah cakap biar budak tu buat sendiri tp sampai sudah dia tak kasi. Jenuh gak cuti sekolah hari tu kakak aku ajar basuh baju n gosok baju. Nasib lah sekolah tu dia kena pakai kasut hitam. Start 10/01/10 bergelarlah  dia pelajar asrama.....

Alhamdullilah nampak gaya dia ok n serasi dgn dunia baru dia tu. Tp kesian jugak, pack giler jadual dia. Lum lg mata pelajaran yg dia ambik. Agak berat lah. Fizik, Kimia, Add Maths n additional subject dia kena ambik bahasa Jepun. Ada 3 pilihan utk additional subject ni. Bahasa Jepun, Jerman n Arab. Nasib baik dia dpt bahasa Jepun coz dia leh refer kat adik aku yg mmg graduate dr sana. Utk persatuan lak dia pilih Persatuan Sains dan Matematik... Huh semuanya Sains, Matematik, Sains, Matematik... Adoi... klu aku mmg surrender. Tapi itulah pilihan dia sbb dia bercita2 nak jadi Pakar Forensik. Mmmmm..... Aku berdoa dan berharap agar tercapai cita2 dia tu nanti dan menjadi anak n cucu yg blh di bangga kan dlm family aku nanti.

Dan hari ni kitaorg pun jenguk dia n bawak dia keluar bandar. Sampai sekolah dia dlm kul 1. Seronok sgt jumpa dia smp lupa nak ambik gambar sekolah n asrama. Terus kita org bawak keluar gi makan n jln2 kat Bandar Teluk Intan. Makan kat area Menara Condong. Abah dah pesan makan kt situ mahal tp sbb perut lapar so bedal je lah. Bila time bayar.... huhuhu.... mmg mahal... Lg mahal dari makan nasi campur kt KL. Dah makan kan tak baik mengeluh. After makan jln2 cari brg keperluan dia. Lepas dah beli brg dia baru naik menara condong ni.

Depan Menara Condong. Aksi nakal Noan n Abg Iwan. Dpt ambik gmbr sekerat je. Jd lah buat kenangan. Janji dah sampai kan.

 

Kat tingkat 1, Menara Condong. Noan still noty bila time nak bergambar.    

 

 

Ting 2,  Rentung kepanasan dah kita org masa ni.

Ting 3, atas sekali yg kitaorg leh naik. Ikut kan ada atas lagi tp dah kena kunci. Staff je yg leh naik. Asal? Aku pun tak tahu. So sampai sini lah cite menara condong ni.

Lepas habis melawat Menara Condong, kita org singgah bazar kt situ. Bazar ni lbh kurang down town kat Cheras je. Sekali singgah hujan turun dgn lebatnya. Sempat gak aku beli bday gift utk anak2 jagaan baby sitter aku. Habis ronda, berangkat lah kami semula ke Sek Men Sains Bagan Dato tu utk memulangkan semula anak buah aku ni. Next week turn abah aku lak gi ambik dia coz dia boleh balik rumah. Mmmm cucu kesayangan katakan. Tp sbb mak abah tu ada 3 org je cucu, so semua2 leh di kategori kan cucu kesayangan lah kan. Mak abah mmg rajin melayan kerenah dorang ni.

Otw balik KL, kitaorg singgah makan kat Satay Hut, Tanjung Karang. Nanti lepas ni aku cerita lak pasal Satay Hut ni ek. La ni aku dah ngantuk. Jam pun dah hampir ke pukul 2 pagi n esok aku kerja.... Huwaaa..... Selamat Malam Semua.....

No comments: