Hari ini hari jadi mak yang ke 64 tahun. Seawal pagi, aku dah telefon mak dan ucap happy birthday. Suara mak membuat kan aku rindu sangat2 kat mak, Serasa ingin aku terbang balik kampung peluk mak.
Mak.....
Seorang yg tegas dan garang tapi mempunyai hati yg sangat lembut. Seorang yg sgt penyabar dan sgt tabah. Hidup mak sedari kecil penuh dgn liku2. Aku sendiri tidak tahu dari mana kah kekuatan tu datang. Aku sendiri tak rasa aku mampu melaluinya.
Mak....
Kehilangan ibu kandung ketika berusia 1 thn 8 bulan. Ketika masih belum mengerti apa erti hidup. Hidup dgn nenek dan abang sedara. Banyak yg mak ceritakan kenangan mak masa kecil2 dulu. Antaranya lawn ludah plg jauh. Rumah kampung tingkap nya tinggi. Jadi mak n abg sedara mak main lawan ludah sape paling jauh. Dan sebab mak tak nak ngaku kalah, mak sanggup panjat tingkap. Tapi mak jatuh. Mak cakap sakit sgt2. Merangkak mak masuk kolam tahan sakit. Nak ngadu ngan nenek takut nenek marah. Mak tinggal ngan nenek sampai nenek meninggal. Lepas tu mak tinggal ngan ayah mak (arwah tok wan) n mak tiri mak (arwah tuk).
Bermula lah hidup mak dgn mak tiri. Aku tak akan bercerita bgmana hidup mak ngan mak tiri ni. Sbb mak tiri tu kan tuk aku jugak. Yang aku boleh kata kan, mak tiri tetap tak sama dgn mak kandung. Dan mak tiri mak seorang yg sgt garang. Jd faham2 sendirilah kan. Mak selalu membawa diri dalam dusun durian sorang2 bila hati dia sedih. Dan kawan mak adalah sekor kambing. Dh x ingat nama dia. Kambing ni mak kata, manja sgt ngan mak. Klu mlm2, kambing ni x nk tido sorang2 kat luar pondok. Bising n memekak. Bila mak bawak masuk pondok baru dia diam. Dia nak tido ngan mak. Agaknya dia mmg nak teman mak sbb dia tahu mak tgh sedih. Tapi yg x bestnya bila tgh2 malam dia selalu kencing kat mak. Bayangkan pukul 2 pagi, mak kena mandi sungai sbb kena kencing kambing. Masa tu umur mak baru 10 tahun. Mak lansung tak rasa takut tinggal kat dusun tu sorang2. leh mandi sungai lak pukul 2 pagi.
Mak....
Seorang budak yg bijak. Walau mcm2 kerja kena buat lepas balik sekolah tp mak selalu dapat keputusan priksa yang bagus. Dan mak kecewa sgt bila tuk bising kat tokwan, tak bagi mak sambung belajar kat sekolah menegah. dia kata banyak nak pakai duit. membazir n mcm2 lagi. Tapi mak kuat semangat. Tokwan pun faham masalah mak. Tokwan mmg sgt pentingkan pelajaran anak2. Tokwan hantar jugak mak masuk sekolah menegah kat bandar. Kata tokwan klu mak duduk kg mesti mak susah nak belajar. Tokwan cari rumah tumpang untuk mak tinggal. Mak tinggal ngan org India. baik orang tu. Cuma yang tak bestnya, bila dia dapat tahu mak 1st time datang bulan, dia blh buat kenduri mcm yg doarng selalu buat bila anak2 dorang dtg bln kali pertama. Mak belajar menjahit melalui buku, n apa yang dia jahit dia jual, utk menampung hidup dia, Dia tak nak susahkan tokwan. Mak berhenti sekolah masa ting 3. mak kesian kat tokwan sbb asyik kena marah ngan tok pasal dia. Mak merajuk n xnk sambung beljar wlu mak dpt keputusan yg bagus. Dan mak mula bekerja. mak jadi cikgu sekolah buta huruf. Cerita mak, susahnya nak mengajar org2 tua yg lidahnya dah keras membaca. Tgk saje cerita pendekar Bujang Lapuk. Jenuh kan nak mengajar.
Mak bawa diri ke KL....
Tak lama kat kg.. mak merajuk lagi n bawak diri kat KL. Mak tinggal ngan nenek sedara mak (kakak mak... mak) kat Kg Baru. Tinggal beramai2 dgn anak2 buah atuk n nenek. Peristiwa yg plg mak tak dpt lupakan ialah masa 13 Mei. Peristiwa berdarah. Pergaduhan perkauman. Darurat semua org tak di benarkan keluar. Masa tu mak kerja kat area Chow Kit. Bila semua di arahkan balik, mak pun kelam kabut balik. Org ramai berpusu2 n berebut2 balik. Dan mak terpaksa jugak berebut n dpt naik bas last utk balik. Atuk ngan nenek punya lah risau masa tu. Takut apa2 terjadi kat mak. Alhamdullilah mak sampai jugak rumah nenek.
Bertemu jodoh.....
Jodoh mak kat rumah nenek jugak. Mak anak buah nenek. Abah pulak anak buah atuk. Anak2 sedara atuk yg turun dr kg plg ramai tumpang duduk rumah atuk. Tp anak sedara nenek, mak sorang je. Masa tinggal ramai2 mak cukup anti ngan abah. maklumlah bila dah tggl ramai2, lelaki bujang pulak tu. Main campak2 je baju, seluar. kadang2 seluar kecik pn main campak2. Pinggan mangkuk x yah cakap lah. Tu yg buat mak anti tu. tapi bak kata org... dah jodoh kan. Org yg selalu kita anti tu lah yg selalu jd jodoh kita. He3x... Mak dpt rmh kat Flat Cheras. So nenek risau sgt ngan mak. Yelah anak buah dia tu je lah sorang. So nenek selalu srh abah tgk2 kn mak. Bila abah selalu tgk2 kan mak, atuk ingat mak ngan abah ada apa2. Terus atuk masuk minang. Mak pun tak tahu. Tiba2 je dpt call dari kg, tanya mak, abah masuk minang n tokwan terima. Lgpun masa tu umur mak pun dah 27 tahun. Agak lewat klu masa tu. dan tulah jodoh mak. Org yg mak anti... He3x... abah aku lah tu.
Selepas kahwin....
Mak kerja kat Shipping Company. Dari jurutaip sampai mak naik pangkat jadi secretary. Satu sbb mak cepat belajar n mak cekap. Otak mak kan mmg bijak cuma tak berkesempatan nak melanjutkn pelajaran je. mak jadi kesayangan Boss, sbb tu mak cepat naik pangkat. Tp biasalah bila mcm tu, ramai lah yg dengki kat mak. mcm2 jugak yang mak lalui. Boss mak, mat saleh. mat saleh kan x suka org yg lembab bila buat kerja. Mak kerja sampailah anak yg ke 4. Adik aku lah tu. Masa tu kita org tinggal kat rumah setinggan kat Kg Pandan. Masa mak kerja, kita org tinggal kat rumah pengasuh kat depan rumah kitaorg. Pastu mak dapat naik pangkat jd pegawai. Tp mak kena selalu keluar daerah. Bila mak fikir2 balik, mak tak sanggup nak tinggal anak2 dia. Lagipun masa balik kerja pun anak2 macam kebulur tak makan. N mak tahu pengasuh tu mmg garang. So mak pun ambik keputusan berenti kerja.
Mak jadi pengasuh...
Mak tak pernah mengalah. Mak tahu nak besarkan anak seramai 4 org bukan senang. banyak duit yg nak kena pakai. Mak tanam sayur, bela ayam. Bila xde duit, mak tangkap ayam, kutip sayur buat lauk. Tiap bulan abah beli barang kat kedai india. Beli banyak sikit. Bila xde duit nak makan, mak tukar lah brg yg mak beli tu ngan ikan, sayur. Tak lama lepas mak berenti, mak mula jaga anak orang. Anak org yg pertama mak jaga dah berumur 31 tahun. Dah kahwin n dah dapat anak pun. Masa dia kahwin, mak datang. Dia nangis sebab tak sangka mak akan dtg. Ramai sangat anak angkat mak. Aku sendiri pun dah tak ingat sbb ramai sgt.
Keluhuran mak....
Masa kecik2, bila raya kitaorg selalu balik kg abah. Sampailah nenek meninggal, atuk ikut tinggal ngan kitaorg klat KL. So beraya lah kita org kat KL n Kg Baru. Emak tak berapa nak bawak kita org balik kg sbb layanan tuk kat kita org tak berapa best sgt. Sbb tu kitaorg byk raya kat KL. Mak jaga bapak mertua mak, (ayah abah), sampailah ke hujung hayat atuk. Mak dapat rasa atuk dah tak lama. Atuk teringin nak makan anggur. Mak pesan kat abah. Abah mtk tlg adik2 abah beli. Tp tak sorang pun yg sempat nak beli. Bila mak dah terasa yg atuk tak lama, mak pesan kat abah, tak yah tggu adik2 abah. Mak srh jugak abah beli. Abah beli anggur tp malangnya atuk x sempat nak makan. Terduduk abah dgr berita tu. Terkilan sbb anggur kat tangan abah masa dpt berita tu. Atuk meninggal masa tidur.Adik2 abah menangis x henti2.
Mak pergi umrah....
Mak tak prnh menyangka yg mak akan dpt tunaikan umrah sbb masa tu mak xde duit simpanan pn. Pak Anjang (adik mak lain ibu) ajak mak kerjakan umrah. Teman tokwan n tuk. Dia sponsor semua. Tulah yg di namakan rezeki. Dan mak tunaikan umrah selepas lepas tanggungjawab mak pada anak2 perempuan dia iaitu kakak n aku. Bila kedua2 nya dah kahwin. laluan mak kat sana mudah sgt. Mak dapat cium batu hajarull aswad dgn senang sedangkan pak anjang lansung tak dpt nak dekat. Dari situ pun kita dah tahu, keikhlasan hati mak buat perjalanan mak kat sana mudah. Alhamdullilah...
Usia tua mak.....
Bila abah dah pencen, mak ambik keputusan utk tggl kat kg mak. Mak kata mak nak jaga tokwan. nak habiskan usia tuanya berbakti pada tokwan. Abah terima keputusan mak walau pada mulanya berat abah nak terima. yelah kg tu kan kg mak. Tp Alhamdullilah, Allah bukan hati abah utk terima keputusan mak. mmg betul pun niat mak tu. Bila mak dah tinggal kat kg, Tokwan selalu sakit. Mak n Abah lah yg ulang alik hantar tokwan ke hospital. Jauh tau dr Kubu Gajah nk ke Hospital Taiping. 40km jln mcm ular. Mak berbakti pd tokwan smplah ke hujung hayat tokwan. Dan kuatnya mak, bila tokwan meninggal, mak tak menangis. mak sgt2 tenang. Mungkin sbb dia puas dapat tunaikan t'jwb dia. Tp kami anak2 mak tahu mak sedih. Bila tokwan selamat di kebumikan, balik mak solat, masa tu barulah mak nangis. Hanya air mata yg mengalir masa mak sedekah kan yasin. Kuatnya mak.... Aku sendiri tak sanggup nak tgk kekuatan mak mcm tu,
Luhurnya dan ikhlasnya hati mak bila tok pun makin x sihat slps pemergian tok wan. Dan mak jugalah yang jaga tok. Walau ada anak2 yang lain, walau tak larat, tok tetap nak jalan dtg rumah mak. Rumah tok ngan rumah mak selang sebuah je. Hinggalah tok sakit kuat, tok minta maaf kat mak. Masa tu, barulah adik2 mak (lain ibu) baru tahu selama ni tok buat mcm2 kat mak. Tok kata sbb dia marahkan tokwan. Dia cemburu ngan mak. Dan selama ni adik2 mak tak tahu lansung sbb mak tak prnh cerita pape kat dorang. Mak turut jaga tok sampai hujung hayat tok. Maknanya dalam hidup mak, mak dah berbakti pada bapa mertua, bapa kandung dan mak tiri nya hingga akhir hayat mereka. Ya Allah... tulusnya hati mak. Aku tak rasa aku mampu buat seperti yg mak buat. Tiada lansung dendam dalam hati mak. Keikhlasan mak sgt jelas. Kesabaran dan ketabahan mak sgt tinggi. Aku berdoa agar keluhuran, keikhlasan, kesabaran dan ketabahan mak dapat aku warisi. Aku terlalu kagum pada Mak. ampukah aku jd mcm Mak?
Keistimewaan mak....
1. Mak boleh tahu anak2 dia buat satu kesalahan yg besar dgn hanya membaca Al-quran. Bila smp sesuatu ayat, air mata mak akn tiba2 mengalir dan dari situ mak blh tahu ada sape anak dia yg bermasalah.
2. Mak pandai masak. Sbb mak dr umur muda nenek dah ajar mak masak, sbb nenek kata nanti klu duduk ngan mak tiri dah x susah. Mak pandai masak mcm2 especially kuih muih melayu, lauk pauk. Mak jugak pandai buat roti n roti canai. Ingat lg masa kecik2 kitaorg tak beli roti tp mak yg buat. Ramai yg suka n order roti canai segera mak tp skrg mak dh tak larat sgt nak uli tepung. Karipap mak plg best. Mmmmm mak mmg pandai masak mcm2.
3. Mak kreatif. Mak pandai menjahit. jahit baju, langsir, cadar.... tangan mak sgt seni.
4. Mak terlalu byk keistimewaan yg tak mampu utk aku coretkan lagi.... Mak terlalu istimewa. Mak bukan saje di sayangi anak2 nya, tp jugak menantu2 nya dan cucu2nya. Anak2 buah pun suka bertandang rumah mak. Mak ada banyak anak angkat. Ramai yg dah kenal mak pasti takkan lupakan mak. Mak terlalu baik. Bukan aku saja yg kata begitu. Menantu mak, anak2 angkat mak dan kawan2 aku yg kenal mak pun cakap macam tu.
5. Tiada kata yg mampu aku luahkan lagi pada mak. Mak sgt2 istimewa....
Selamat Hari Lahir Mak.... Angah sayang dan rindu mak sangat... xde apa yg boleh menggantikan mak sbb mak lah syurga bagi angah......
p/s : InsyaAllah nanti aku akn kongsi cerita memori2 indah aku ngan mak......
3 comments:
uisyh..kisah sedih nie..nasih baik aku sush nak nangis..
terima kasih sudi share cerita menarik nie.. Ye,ibu kita memang special..ibu akak pun amat2 special for me...tentang 13 Mei, akak pun nak crita skit! Masa tu,akak and famili pun ada di Balai Polis kepong, selangor.. Cukup memeritkan peristiwa ini..semoga ianya tidak berulang kembali... Ayah akak masa tu seorang polis GD di Balai Polis Kepong. Pada hari kejadian,kami tidak dibenarkan ke sekolah..duduklah kami di rumah masing-masing...dalam ketakutan..keluarga polis pun tidak dibenarkan keluar ke pekan,takut sesutu yang buruk berlaku nanti..tidak akan akak lupakan..payah nak cerita secara detail,maklumlah baru Darjah 3 ketika itu..so young at that time...
Dengar cerita mak mmg seronok. Ada je pahit manis yg mak kongsi ngan anak2 dia. 13 Mei klu dgr cite mak mmg menakutkan. ALhamdullilah umur mak masih panjang. Mak terlalu istimewa. Sayang mak sgt2.
Post a Comment