" ...The beauty of a woman is not in the clothes she wears, the figure that she carries. or the way she combs her hair.... The beauty of a woman must be seen in her eyes, becouse that is the doorway to her heart, the place where loves resides...."

Followers

Wednesday, March 31, 2010

Tambah Bini ? versi 1

Sinambungan kisah kahwin 4…..

Ada yg tanya soalan ni kat saya :

Kalau suami pulak yg nak kahwin 4?

Hahaha…. Soalan ni dah banyak kali saya jawab. Dan jawapan yg saya selalu kasi ialah jawapan yg saya copy paste dari kakak saya. Kata kakak nak tambah bini… boleh je. Tp klu blh biar lah cukup smp 4. Sbbnya n katanya :
Bini no 2 – Di tugaskan hanya utk memasak (tukang masak)
Bini no 3 – Di tugaskan hanya utk membasuh (tukang cuci)
Bini no 4 – Di tugaskan hanya utk menjaga anak (baby sitter)
Dan kakak aku lak tugasnya hanya melaram dan melayan suami tersayang.

Hehehe…. Aku pn ckp lh benda yg sama kat laki aku…
“Ada berani ke bakal2 madu saya tu nak sahut cabaran saya tu”?
Dan laki aku hanya mampu menjawab soalan tu dgn senyum senget je lah…. Hahaha…..
Tapi terus terang pernah juga terkeluar perbincangan mcm ni antara saya dan suami.

Jawab saya :

“ Pa… andai satu hari nanti awak ada rasa2 nak pasang satu lagi n nak tambah cawangan… pinta mama cuma klu blh biarlah perempuan tu lebih segala2nya dari mama…. Klu blh cari lh 10 kelebihan dia banding ngan mama. Lbh cantik, lbh menarik, lbh pandai masak, lbh pandai melayan, lbh sabar, lbh faham dn segala2 mesti lebih. Sbbnya… klu blh biarlah yg bakal menjaga awak tu nanti dapat jaga awak lbh baik dari mama jaga awak. Jadi mama akan mengerti dan faham yg byk nya kekurangan mama smp awak sanggup cari lain. Belum cukup sempurna rupanya mama ni untuk jadi isteri yang baik….. dan klu blh jgn smp perempuan tu akan menyusahkan hidup awak nanti, jgn smp awak tension dn ngadu macam2 kat mama n jgn smp hidup mama n anak susah dn huru hara sbb dia… andai itu yg terjadi sungguh mama akn terluka dan takkan terima sampai bila2…”

Huhuhu…. Cam sedih je dengar kan. Agak2 klu lah mana2 suami dgr pernyataan si isteri2 yg ala2 mcm merayu2 ni, sanggup tak dorang nak cari n tambah bini lagi. Silalah jawab wahai suami2 yg di luar sana..

Suami saya tak jawab pape. Diam je n senyum…..

Tuesday, March 30, 2010

Cukai Jalan dan Polisi Inusran

Apa yg perlu anda lakukan bila Cukai Jalan anda akan tamat tempoh?


1. Perbaharuilah cukai jalan anda sekurang2nya 2 minggu dari tarikh tamat tempohnya.
- untuk mengelakkan dari terdapat saman2 yg belum sesesaikan. Jika ada saman dari pihak polis ataupun   JPJ, secara automatic nama anda telah di senarai hitam kan dari menhidupkan cukai jalan.

2. Sila semak dahulu di Cawangan Polis Trafik terdekat untuk mengetahui samaada nama anda telah di senarai hitamkan.
- Semak No kereta anda dan juga No I/c baru dan lama utk mengetahui secara terperinci segala saman yg tlh di keluar kan terhadap anda.

3. Selesaikan semua saman2 anda sebelum memperbaharui polisi insuran dan cukai jalan anda.
- Sekiranya saman anda belum selesai, tempoh laku polisi insurans adalah selama 7 hari berturut2. Jika lebih dari tempoh 7 hari, anda perlu membuat tambahan insuran.

Cara2 untuk anda menghidupkan polisi inusrans anda.

i Melalui bank2 dan syarikat2 insurans yg tlh di daftarkan
- Cara yang paling selamat adalah melalui bank2 dan syarikat2 insuran yg di daftarkan kerana jika kenderaan anda terlibat dlm kemalangan anda boleh terus menghubungi bank2 dn syarikat2 insurans ini tanpa perlu melalui orang tengah dan anda tidak perlu risau di tipu atau menghadapi masalah untuk membuat tuntutan (melalui prosedur yg betul).

ii Melalui agen
- Jika ingin melalui agen, sila pastikan agen anda betul2 kukuh dan bertanggungjawab. Agen mestilah menyelesaikan segala urusan berkaitan polisi insuran dan juga cukai jalan anda.
- Berhati2 apabila melalui agen. Pastikan anda tidak di tipu. Pastikan juga anda mendapat salinan polisi insuran dan cukai jalanan anda. Sila hubungi syarikat insuran dan pastikan yang polisi insurans anda wujud dan tidak di batalkan selepas anda mendapat cukai jalan.
- Pastikan juga agen anda tidak menggunakan mesin MYEG utk menghidupkan cukai jalan, bg mengelakkan dari geran anda tidak di kemaskini.

iii Melalui mesin MYEG
- Kebaikan mesin ini ialah anda boleh mendapat cukai jalan anda dgn cepat dan juga boleh memperbaharui cukai jalan anda tanpa menggunakan geran kereta.
- Keburukannya pula ialah bila anda memperbaharui cukai jalan anda tanpa mengemaskinikan geran kereta anda, anda akan menghadapi masalah apabila kenderaan anda terlibat dalam kemalangan. Syarikat Insuran akan meminta salinan geran kereta anda yg telah dikemaskini mengikut tahun akhir cukai jalan anda di perbaharui jika anda ingin membuat tuntutan. Jika geran kereta anda tidak di kemaskini, syarikat insuran tidak akan melayan tuntutan anda. Dan anda perlu merujuk ke JPJ utk mengemaskini geran kereta anda. Ini akan menyebabkan tuntutan anda tertangguh dan lambat selesai.

Apa yang perlu anda tahu tentang polisi insuran kenderaan anda?

1. Sila periksa tarikh polisi insuran anda. Pastikan ianya sama dgn cukai jalan anda, kecuali anda hanya memperbaharui cukai jalan anda selama 6 bulan.

2. Pastikan syarikat insurans anda itu ada menyediakan khidmat tunda kereta.

3. Hanya anda dan pemandu yg di beri kuasa sahaja yg boleh membuat tuntutan tanpa lebihan wajib.

4. Lebihan wajib
i - Lebihan sebanyak RM400 akn di kenakan sblm anda membuat tuntutan.
ii - Lebihan wajib ini akan dikenakan sekiranya :
- Mana2 pemandu di bawah umur 21 tahun (bayaran tambahan juga akn di kenakan utk pemandu di bwh umur 21 tahun)
- Mana2 pemandu yg memegang lesen L
- Mana2 pemandu yg tidak terdapat dlm polisi insuran

5. Pemecahan Kaca
- Lebih di galakkan anda mengambil insuran untuk pemecahan kaca ini supaya tuntutan yg di buat utk kerosakkan pada cermin anda tidak akn menjejaskan hak Anda untuk mendapatkan Diskaun tanpa tuntutan.

6. Diskaun tanpa tuntutan
- Selepas tahun pertama         - 25%
- Selepas tahun kedua            - 30%
- Selepas tahun ketiga            - 38.33%
- Selepas tahun keempat        - 45%
- Selepas tahun kelima           - 55%

7. Pastikan juga kenderaan anda di insuranskan secukupnya.

8. Pastikan juga anda faham dan membaca kandungan yang terdapat dalam polisi insuran anda.

Monday, March 29, 2010

Kahwin 4?

Aku ni baru je berangan smlm nk menulis pasal tmbh bini ni. Pasal kes kwn aku lah, sibuk tul srh cari kn awek coz nk tmbh cawangan. Belum sempat aku menulis, anak bujang aku dh keluarkan statement mengerikan utk aku dengar. Kisahnya.....

Lepas merayap kat Pameran Buku, PWTC, Noan dok merengek2 lapar. Sbbnya dia nmpk gerai burger kt situ. Tp aku xnk beli burger kt situ. Mahal. 1 RM4. X berbaloi rasanya. Ntah sedap ntah tidak. N then aku ckp kt Noan baik kita beli burger kt 7E kt area rumah. Dh tentu sedap n tak lah double trouble harganya. Tak pun nanti mama masak je. Leh mkn byk2. Lgpun perut aku dh keroncong. X puas rasanya nk nelan burger. Klu blh nak cari nasi gak. Noan lak dh tukar menu nk chicken chop. Nk save RM4 konon. Kan dia dh mtk yg lg mahal. Padan le muka aku. So sbb kn nk nasi n chicken chop, aku pn decide lh nk mkn kat Tanjung, Ampang. Terus lh kita org menuju kat situ.

Sambil menunggu makanan sampai, kita org pn borak lh. Dr satu cite ke satu cite. Tiba2 Noan bersuara, tp dia x perasan dia dh terkuat cakap.

"Mama, Noan rasa nanti klu Noan dh besar, Noan nak kahwin 4 lah..." selamba je muka dia.

Tertelan air liur aku dgr. Hubby dh dok senyum2 senget dah. Yg lg best sblh meja kitaorg tu ada anak dara tiga org. Comel2 gak lah. Tergelak besar dorang dgr Noan ckp mcm tu. Siap sound Noan lg....

"Amboi dik... kecik2 dh berangan ye nk kahwin 4"....

Noan tersipu2 malu. Baru dia perasan ada org dh dgr dia ckp apa. Aku ngan hubby senyum je lah pelagi. X tersangka lak ayat tu leh keluar kt mulut comel Noan tu. pastu aku lak sound Noan.

"Eleh nk kahwin 4 konon. Nak layan mama pun selalu noan cakap dah pening. Lg mau kawin 4 ke. Sunat pun belum. Berangan je tau ek.... Belajar smp pandai dulu baru sibuk nak kawin tau."

Bila aku cakap camtu, dia pun mula lah tukar topik lain. Anak2 dara sblh tu lak asyik dok main2 mata ngan Noan. Bila kita org nak balik, anak2 dara tu siap panggil Noan n say bye2 kat dia. Lg malu hero aku tu di buatnya. Merah muka Noan. Aku ngan hubby dok gelakkan dia lah. Tu lah lain kali cakap tgk org hah kan dah malu. Hehehe.........

Apapun aku doakan yg terbaik untuk Noan. Tp x lah smp doakan dia kawin 4. Huhuhu.... x nak lah aku. Tak sangka betul sampai ke situ angan2 dia. Aduhai anak.... sunat n katam Quran pn x lps lg., dh berangan nk berbini. Takut mama dgr tau sayang. Anak mama ni belajar pandai2 dulu ye. Biar berjaya jd pilot mcm yg Noan inginkan. Pastu leh bwk mama n papa jln2. Pastu bila dh berjaya baru pk pasal kawin ye sayang.

Muuuuaaaahhhhh!!!!! Syg Anje Mama ni....

Saturday, March 27, 2010

Aku yg Bz....

Lama gak aku tak jenguk kat sini. Tak bercerita lagi. Keadaan sgt tidak mengizinkan. Aku sgt2 sibuk. Jadual penuh. Rehat n Tido pun tak cukup. Selasa, Sabtu aku ada aerobik latino/masala dance class. Isnin, Khamis Jumaat... lepas kerja bergegas ke UITM Shah Alam, mengajar budak2 menari. Bukan pandai sgt pun tp atas permintaan Abg Wadi (coach aku dulu) utk membantu dia yg di tugaskan buat pementasan utk dinner show. Atas dasar abang, adik... hubungan yg baik antara kita org, aku pun setuju, Dia nak buat tarian Tari Tualang Tiga. Dia bgtahu aku apa yg dia nak buat. Macam ni n macam tu. So aku handle budak2 perempuan n dia dgn bdk2 lelaki. So start lah pemerahan otak aku ni utk cari step2 tarian ni. Tak boleh susah sgt takut tak leh pulak buak2 tu nak ikut. N x blh lak nk senang sgt. nanti bosan lah pulak. So setakat hari ni dah separuh tarian tu siap. Separuh lagi? Aduhai... penat dah otak aku ni di perah. Shownya 18hb April ni. Maknanya ada lbh kurang 2 minggu lagi. Boleh ke budak2 ni? Takutnya aku....

Kenapa ye aku takut? Sbbnya dh 4 kali aku gi ngajar ni tp x pernah cukup orang. rasa frust jugak sbb aku dtg jauh dr Kl ke Shah Alam. Hbs selalu kul 1.30 pagi. Balik n sampai rumah dh pukul 2 lbh. Tido x atas kul 3 tak sah. esok nk kerja lg. Mmmm... so aku frust sikit lah bila kedatangan agak kurang memuaskan. Lbh2 lg sepatutnya kelas start kul 9 mlm tp kul 10 baru nak mula. Cikgu lak yg kena menunggu anak murid. Aduhai.... Dan akhirnya 26hb March hari tu, aku pun meluahkan rasa hati aku ni. Aku bgtahu dorang lps kelas hari tu, aku ckp hari ni anniversary aku yg ke 10. Tp sbb commitment aku dgn dorang, aku tak celebrate pn kt mana2. Di situlah aku bersama hubby n anak menghabiskan sepanjang mlm sambutan ulang tahun kami. So aku ckp lg, hope dorang faham apa yg aku ingin kan. Bukan aku yg nk buat show, tp dorang. If dorang tak ready, berani ke dorang nk perfome show tu. Dn aku x nk lak aku di persalahkan sbb x dpt pikul tgjawab yg di berikan. Aku letih sbnrnya. Berulang alik dr jauh, nk menyumbang serba sedikit bakat yg aku ada. Tp setiap kali aku dtg, aku kena ulang step yg sama berulang kali. klu mcm ni bila lah nak siap kan. So aku mtk sgt2 commitment dorang.

Alhamdullilah.... keesokkan harinya iaitu malam tadi, kedatangan budak2 penuh. Cuma sorang saje yg xde sbb demam, Itupun dia dtg kejap. Ok lh kan. Tunjuk muka. Dan malam tu aku dtg dgn 2 org kawan aku. G n K. So dorang dpt lah tgk aku yg mengajar dn aku yg x diam. Smp K kata, tak penat ke si Aidil ni. Penat? hehehe... xde dlm hidup aku kot. Selalu gak mengeluh penat tp msh tak reti diam. Ada je benda yg aku nk buat. G pulak kata, patutlah badan ko x naik2. Aktif sgt. Aku ckp badan aku prnh gemok lah. Sbb rehat lama tp dua2 tak percaya aku prnh gemok. Xpelah nanti aku tunjukkan gambar aku gemok ek. Ngeri.

Dan mlm ni, di saat ini... aku msh lg mencari step2 utk tarian tu. Nak cari smp hbs. Tp rasa cam dh penat n idea dh kering. Tu yg aku stop n terasa nk bukak blog aku ni. Dn terus juga aku menaip kat sini. Mata pun dh layu. Rasanya cukup2lah utk pagi ni. Esok2 aku sambung cari setp lg n klu sempat aku bercerita lagi.

Friday, March 19, 2010

LEPAK AGAIN...

Another lepak2 day n minum2 day today. Huh!.. since aku jumpa balik kawan2 sekolah rendah bulan lepas, dah macam rutin lak tiap2 minggu jumpa minum2 n borak2. Rasa tak jumpa seminggu sekali mcm tak best lak. Rindu nak dengar lawak bengong, cerita-ceriti n mcm2 lg lah.

Mula2 dorang cadang nak gi wat BBQ Gathering kt Kg Kemensah 28 March ni. Tapi tiba2 lak byk yg cancel coz ada program lain. So automatic program tu terpaksa di batal kan. Tak syok if tak cukup korum. Rasa cam tak lengkap je.

Sebab tak dapat proceed perjumpaan tu, tiba2 one of my fren tag msg kt inbox kita org.
"Kawan2... jom lah jumpa minum2... Rindulah...". Lepas je dia msg mcm2 msg muncul n ajak jumpa gak. Aku pun cakap ok je. No hal. So hari ni kita org melepak lagi lepas ofis hour kat Pelita, KLCC. Ikut kan mata aku ni kecik je. Letih n ngantuk. Malam tadi balik lambat. Kul 1.30 pagi baru smp rumah. Ajar budak2 UITM Shah Alam nari joget n zapin for dinner show dorang. Memang layu je mata ni. Tapi sebab x nak hampakan kawan2 aku pun turun gak lah melepak.

Seronok bila berjumpa n berbual ni. Boleh lupa diri di buatnya. AMklum lah cerita dr zaman budak2 smp skrg keluar balik. Mahu tak hbs2 ceritanya. Anyway nanti klu ada yg lepak2 kat Pelita tu n dgr bising2 tu, jgn marah ye. Mungkin group aku ler yg wat bising tu... hehehe.... Sorry aaa....

Thursday, March 18, 2010

Fitness Fiesta on 27th March 2009

Type: Party - Club Party


Date: Saturday, 27 March 2010

Time: 09:30 - 17:30

Location: Setiawangsa next to KFC KL

You are invited to FITNESS FIESTA 27th March ..come and trial 9.30am Aerobic MASALA Bollywood dance and 10.30am Aerobic MARGUERITA Latin, Refreshment after 12pm, Personal Fitness Free Trial 9.30am-5.30pm!


Jom join saya. Informed me ya sape nak join.

Tuesday, March 16, 2010

Mama tu dah terlambat.....

Memiliki anak yang pintar dan pandai bercakap memang menjadi kebanggaan ibubapa, namun adakalanya mencabar kesabaran dan adakalanya boleh buat kita tersenyum sendiri mendengar kata2 nya. Yang kadang2 tak terjangkau fikiran kita ni yg kata2 tu yg boleh terpancul keluar dr mulut mugil anak2 kecil ni.

Aku mempunyai seorang anak lelaki yang berusia 9 tahun, amat petah bercakap dan boleh tahan loyar buruknya.  Dia paling tak suka kalau ikut aku ke mana2, dan bila jumpa kawan2, jiran2 @ saudara-mara, di tanya soalan.. " Noan, tak nak adik ke?".... Maklumlah anak aku anak tunggal buat masa ni. Belum ada rezeki lagi nak tambah anak. Apapun aku bersyukur atas kurniaanNya. Walau satu tapi Alhamdulillah ada. Simpati aku dgn org lain yg tiada anak dn masih berusaha mendapatkannya.

Itulah soalan yang paling Noan tak suka. Selalu dia mengadu kat aku betapa bosaanya dia ngan soalan tu.
Satu hari, dia di tanya lagi soalan macam tu. Dan jawapannya...

" Noan bukan tak nak adik, tapi Mama tu, dah terlambat.... Noan dah 9 tahun. Kalau Noan dapat adik, hah nanti Noan nak buat apa2 asyik kena kacau je. Noan baru je nak naik basikal nanti mesti Mama panggil... (Noan... nak pergi mana tu. Nape tak jaga adik ni)....  hahaha.. gelak besar aku dan kawan aku dgr jwpn dia ni. Boleh pulak dia imaginasi macam tu. Noan.... noan...

Ada satu lg jwapan yg selau dia jawab n geram gak lah aku dgr. Jwpnnya ...

" Noan bukan tak nak adik, tapi kalau Noan mintak kat Mama sekarang, bukannya Mama boleh keluarkan pun".... huhuhu....  Dengan muka yg selamber dia leh jawab macam ni. Jawapan yang mencabar aku sebagai Mama. Sape yang dengar pasti tergelak. Ada je idea2 dia nak jwb soalan2 mcm ni. Mana tah dtg idea2 tu, aku pun tak tahu. Tapi itulah anak kesayangan aku. Si handsome Noan. Tapi di sudut hatinya aku tahu, kalau di takdirkan ada rezeki untuk dapat anak lagi, dia pasti akan suka. Suka dapat adik. Melihat dia melayan adik2 yg bawah dari umur dia especially baby2, aku tahu hati dia sgt lembut dan penyayang. Dia pandai melayan adik2. Itu jugak lah yg di beritahu kawan2 ku tentang sikapnya. Aku akan tetap berusaha dan berdoa agar dia akn dpt adik utk di jadi kan teman satu hari nanti. InsyaAllah... amin...

p/s : hehehe... tgh aku taip citer ni, Noan dtg kat aku. Sibuk nak tahu aku buat apa. Bila aku suruh dia baca, dia baca kuat2 n lepas tu senyum sorang2. Hehehe.... Noan... Noan....

Sunday, March 14, 2010

Bakat Noan



http://www.facebook.com/video/video.php?v=105995409417538

Just nak berkongsi tentang bakat anak kesayangan aku. Noan join kompang ni sejak umur dia 4 tahun lagi. Mula2 dia ikut2 je Babah (pengasuh) dia gi ke sana sini main kompang. Last2 babah sediakan kompang khas utk Noan n dari situ dia start belajar main kompang. Suka sangat dia main kompang ni sbb dia ni ada perasan terlebih. Hehehe.... dia seronok sbb dia yg paling kecik masa main kompang tu so semua tumpuan di berikan kt dia. Tu yang buat dia seronok sgt tu. Lagi2 bila lepas main kompang tu ada je yg menegur dia. Apalagi makin suka lah di buatnya.

Dan sekarang si kecik yg kat tgh2 gambar tu dah ikut jejak Noan. Ni pun salah sorang anak jagaan pengasuh aku. Baru nak masuk 3 tahun. Cute kan bila tgk bdk2 besar ni main kompang. Noan main kompang ni, mcm2 tempat dia dah gi main. Rumah org kahwin (dah tentulah). Rumah org kaya2, Hotel dll. Bila balik je dr main kompang especially bila main kt hotel @ rumah org2 kaya ni, mula lah mcm bertih jagung dia bercerita. Hehehe.... like mother like son....

Aku tak pernah paksa dia untuk main kompang ni. Dia yg nak main sendiri dan sanggup turun latihan setiap Jumaat malam dari pukul 9 hingga 11 malam. Dan dia akan jadi bz lebih2 lg bila cuti sekolah. Kadang2sampai aku pun dah tak boleh nak ke mana sbb schedule dia penuh. Apapun aku sentiasa menyokong dia, hobi dia, kesukaan dia. Apa yg dia suka, klu baik, aku akan sentiasa memberi galakkan dan sentiasa turun padang jika aku diperlukan. Apa saje untuk kebaikan dia. Hope semua ibubapa kat luar sana juga turut sentiasa memberi galakkan pada minat anak2. Apa yang terbaik bagi dorang mungkin akan jd yg terbaik bagi kita juga.



Akhirnya....

Akhirnya setelah dua hari bertungkus lumus, siap jugak puzzle Detektif Conan anak kesayangan aku ni. Fuh! jenuh nak menyiapkannya. 1000 keping tu. Mencabar sungguh. Kalau tak sebab dia dah bising memang tak buat lah puzzle ni. Puzzle ni gift masa bday dia bulan 1 hari tu. Nak masuk 2 bulan dah dia suruh aku buat, barulah berkesempatan aku buat minggu ni. 

Bila dah siap, anak aku suruh frame kan. Aku suruh dia cakap ngan papa dia. Yang aku tak tahan tu bila dia mintak gantungkan pic ni kat ruang tamu. Aku cakap mana boleh, kena taruk kat bilik Noan lah. Dia jawab klu taruk kat bilik dia, nanti org tak nampak. Huhuhu... bayangkan lah klu pic ni gantung kat ruang tamu. Sesuai ke? Adush..... klu dinding rumah aku mmg x sesuai. 

Masa buat puzzle ni, teringat aku masa kecik2 dulu. Family aku memang suka buat puzzle ni. Adik beradik termasuk lah mak n abah sekali. Bila beli puzzle mcm ni, mesti kita org akn bagi2 ikut kaler sorang sikit. N bila sorang2 nye part dh siap baru kita org combine kan. N percaya tak if aku cakap sampai sekarang puzzle2 tu masih mak simpan lagi. Dan 2 drpd koleksi puzzle tu abah dh frame n gantung kat rumah. Manisnya memori tu untuk di kenang. Habiskan waktu bersama keluarga dgn main puzzle. Dan skrg aku terapkan pula cara tu kat anak aku. Sbb aku rasa rapat sgt hubungan kami sekeluarga bila buat mcm ni.
Dan ia juga dpt menguji kecergasan, kepantasan, kecekapan dn kesabaran anak aku. Moga ia juga akan jadi kenangan terindah dalam hidup anak aku. Amin....

Saturday, March 13, 2010

CINTA MONYET


Rentetan cerita kejaiban FB.

Bagi yg dah baca kisah keajaiban FB aku tempoh hari, pasti menunggu cerita pasal cinta monyet ni kan. Cinta Monyet? Hehehe... lawak sungguh bila di kenang semula.

Malam tu kan kita org ada gathering. So aku dah roger lah sape2 yg boleh join. Tiba2 tengahari tu, Ima call aku.

Ima : Aidil, ko tak nak ajak K join ke?
Aku : Hah! sape?... (coz aku x brp dgr dia ckp apa)
Ima : Alah K... Pakwe lama ko dulu... (hehehe... terdengar gelak kecik dr Ima)
Aku : Pakwe aku? Eh! Mana ko tahu cita lama ni. Rasa aku xde sape pn tahu.
Ima : Hahaha.... (terus dia gelak besar). Aku tahu lah. Aku ada nombor dia ni. Ko kol lah.
Aku : Mana ko dpt no dia ni.
Ima : Alah hari tu dia sms aku. Dpt no aku dr Sha...
Aku : O ok... Fwd je lah no tu. Nanti aku ajak dia. (aku yg organised gathering ni so tak patutlah kn klu aku tak inform mamat ni.

Tak lama lepas tu aku dapat lah no dia. Aku pn kol.

Aku : Assalamualaikum.... En. K ke?
Dia : Waalaikumsalam... Sape ni?
Aku : Aidil
Dia : Aidil mana? Aidilfitri ke AidilAdha.. (smbl tergelak dia menjawab)
Aku : X kisah lah mana2. Saya kawan sekolah rendah awak dulu.
Dia : Oooo Aidil ke...
Aku : Awak... saya x nak cakap banyak ni. Just nak bgtahu awak malam ni budak2 SKJP1 nak jumpa kat Hailam Kopitiam, Bandar Permaisuri kul 8 malam. Klu free join lah.
Dia : Sape yg ada?
Aku : Bla, bla, bla......

Setakat tu je conversation aku ngan dia tghari tu. Aku lansung tak fikir pun yg dia akan muncul coz bgtahu last minit.

Malam tu, slps sorang2 muncul. Tiba2 aku nampak kelibat dia. Masih cam lg aku ngan dia coz wajah dia tak berubah lansung. Cuma fizikal dia yg dah makin berisi n perut dah makin ke depan. Dia pun terus salam budak2 lain termasuk aku tanpa cam aku sape. Pastu kawan2 aku menegur. " K, ko tak cam ke sape ni"? Lama gak dia tgk aku.

Dia : Aidil kan
Aku : Iye lah. Saya. (smbl senyum ala2 malu lah konon)
Dia : Asal dah lain. Dulu rambut kerinting. Asal skrg dah lurus. (wakakaka... lawak tu l soklan)
Aku : Biasalah... skrg.. guna jari pun boleh. Hehehe...


Gambar aku masa darjah enam

Berbezakan dgn aku sekarang. Yelah waktu sekolah dulu aku sgt aktif bersukan. Kecik, kurus, gelap dan berambut kerinting. Tapi jangan lah sama kan aku sekarang dengan dulu. Dah tentulah sekarang aku dah tahu apa maknanya Cantik, Fesyen, Make up dll. Hehehe... sbb tu bila jumpa kawan2 lama balik, kebanyakkannya agak sukar nak cam aku.

Berbalik cerita dia tadi. Bising mulut dia bertanya kat kawan2 asal aku dah lain. Dan yg lagi kelakar bila dia start bercerita masa zaman cinta monyet dulu. Dia ceita pasal dulu kita org main surat menyurat. Hehehe... actually aku dah tak ingat pun. Ada ke kita org tulis surat? Hahaha.. tp yang pasti aku rapat ngan dia sbb dua2 berada dlm satu rumah sukan yg sama dn dua2 mmg org kuat rumah sukan tu. Sama2 wakil sekolah dan sama2 wakil zon Pudu waktu tu. Tapi tak pernahlah pulak kita org ni dating. Setakat sakat menyakat dan sampaikan salam melalui kawan tu adalah. Dan aku tak sangka pulak ada jugak kawan2 yg tahu dan masih ingat pasal kisah kita org ni.

Jadi pertemuan malam tu, cerita aku dan dia lah yg paling panas sekali. Bila gambar2 di post kan kat FB, komen2 semua pasal aku ngan dia. Especially pasal dia terkejut tgk aku. Hahaha... bak kata kwn2 aku cinta lama weh.... puppy love gitu. Apapun tu semua cerita lama. Kisah aku dn dia. Hehehe... Yg pasti aku bahagia dgn kehidupan aku skrg. Ada suami yg penyayang, sporting dn sentiasa memanjakan aku dan ada anak yg comel n bijak yg selalu jd pembakar semangat aku. Dan dia sudah pun bertunang dan InsyaAllah akn mendirikan rumahtangga hujung tahun nanti. Usikan kawan2 hanyalah bahan utk bercerita bila bertemu. Hehehe....