" ...The beauty of a woman is not in the clothes she wears, the figure that she carries. or the way she combs her hair.... The beauty of a woman must be seen in her eyes, becouse that is the doorway to her heart, the place where loves resides...."

Followers

Saturday, March 13, 2010

CINTA MONYET


Rentetan cerita kejaiban FB.

Bagi yg dah baca kisah keajaiban FB aku tempoh hari, pasti menunggu cerita pasal cinta monyet ni kan. Cinta Monyet? Hehehe... lawak sungguh bila di kenang semula.

Malam tu kan kita org ada gathering. So aku dah roger lah sape2 yg boleh join. Tiba2 tengahari tu, Ima call aku.

Ima : Aidil, ko tak nak ajak K join ke?
Aku : Hah! sape?... (coz aku x brp dgr dia ckp apa)
Ima : Alah K... Pakwe lama ko dulu... (hehehe... terdengar gelak kecik dr Ima)
Aku : Pakwe aku? Eh! Mana ko tahu cita lama ni. Rasa aku xde sape pn tahu.
Ima : Hahaha.... (terus dia gelak besar). Aku tahu lah. Aku ada nombor dia ni. Ko kol lah.
Aku : Mana ko dpt no dia ni.
Ima : Alah hari tu dia sms aku. Dpt no aku dr Sha...
Aku : O ok... Fwd je lah no tu. Nanti aku ajak dia. (aku yg organised gathering ni so tak patutlah kn klu aku tak inform mamat ni.

Tak lama lepas tu aku dapat lah no dia. Aku pn kol.

Aku : Assalamualaikum.... En. K ke?
Dia : Waalaikumsalam... Sape ni?
Aku : Aidil
Dia : Aidil mana? Aidilfitri ke AidilAdha.. (smbl tergelak dia menjawab)
Aku : X kisah lah mana2. Saya kawan sekolah rendah awak dulu.
Dia : Oooo Aidil ke...
Aku : Awak... saya x nak cakap banyak ni. Just nak bgtahu awak malam ni budak2 SKJP1 nak jumpa kat Hailam Kopitiam, Bandar Permaisuri kul 8 malam. Klu free join lah.
Dia : Sape yg ada?
Aku : Bla, bla, bla......

Setakat tu je conversation aku ngan dia tghari tu. Aku lansung tak fikir pun yg dia akan muncul coz bgtahu last minit.

Malam tu, slps sorang2 muncul. Tiba2 aku nampak kelibat dia. Masih cam lg aku ngan dia coz wajah dia tak berubah lansung. Cuma fizikal dia yg dah makin berisi n perut dah makin ke depan. Dia pun terus salam budak2 lain termasuk aku tanpa cam aku sape. Pastu kawan2 aku menegur. " K, ko tak cam ke sape ni"? Lama gak dia tgk aku.

Dia : Aidil kan
Aku : Iye lah. Saya. (smbl senyum ala2 malu lah konon)
Dia : Asal dah lain. Dulu rambut kerinting. Asal skrg dah lurus. (wakakaka... lawak tu l soklan)
Aku : Biasalah... skrg.. guna jari pun boleh. Hehehe...


Gambar aku masa darjah enam

Berbezakan dgn aku sekarang. Yelah waktu sekolah dulu aku sgt aktif bersukan. Kecik, kurus, gelap dan berambut kerinting. Tapi jangan lah sama kan aku sekarang dengan dulu. Dah tentulah sekarang aku dah tahu apa maknanya Cantik, Fesyen, Make up dll. Hehehe... sbb tu bila jumpa kawan2 lama balik, kebanyakkannya agak sukar nak cam aku.

Berbalik cerita dia tadi. Bising mulut dia bertanya kat kawan2 asal aku dah lain. Dan yg lagi kelakar bila dia start bercerita masa zaman cinta monyet dulu. Dia ceita pasal dulu kita org main surat menyurat. Hehehe... actually aku dah tak ingat pun. Ada ke kita org tulis surat? Hahaha.. tp yang pasti aku rapat ngan dia sbb dua2 berada dlm satu rumah sukan yg sama dn dua2 mmg org kuat rumah sukan tu. Sama2 wakil sekolah dan sama2 wakil zon Pudu waktu tu. Tapi tak pernahlah pulak kita org ni dating. Setakat sakat menyakat dan sampaikan salam melalui kawan tu adalah. Dan aku tak sangka pulak ada jugak kawan2 yg tahu dan masih ingat pasal kisah kita org ni.

Jadi pertemuan malam tu, cerita aku dan dia lah yg paling panas sekali. Bila gambar2 di post kan kat FB, komen2 semua pasal aku ngan dia. Especially pasal dia terkejut tgk aku. Hahaha... bak kata kwn2 aku cinta lama weh.... puppy love gitu. Apapun tu semua cerita lama. Kisah aku dn dia. Hehehe... Yg pasti aku bahagia dgn kehidupan aku skrg. Ada suami yg penyayang, sporting dn sentiasa memanjakan aku dan ada anak yg comel n bijak yg selalu jd pembakar semangat aku. Dan dia sudah pun bertunang dan InsyaAllah akn mendirikan rumahtangga hujung tahun nanti. Usikan kawan2 hanyalah bahan utk bercerita bila bertemu. Hehehe....






2 comments:

Unknown said...

terima kasih sbb ceritakan kisah aidil masa lampau..

kadang2x diingat membuatkan seperti kita masih diambang perawan,samapi tersedar yang kita mempunyai tanggungjawab yang besar......

terlupa usia semakin meningkat...apapun....semua yg dihadapan di teruskan

ayu doakan semoga aidil berbahagia hingga akhir hayat.........

lana leopard said...

Alhamdullilah... bahagia selalu...

Kenangan pahit @ manis dlm hidup aidil sentiasa akan jd memori plg indah. Tak semua ada kenangan yg sama.

Aidil pun doakan Ayu bahagia sentiasa selamanya.....