Lama gak aku tak jenguk kat sini. Tak bercerita lagi. Keadaan sgt tidak mengizinkan. Aku sgt2 sibuk. Jadual penuh. Rehat n Tido pun tak cukup. Selasa, Sabtu aku ada aerobik latino/masala dance class. Isnin, Khamis Jumaat... lepas kerja bergegas ke UITM Shah Alam, mengajar budak2 menari. Bukan pandai sgt pun tp atas permintaan Abg Wadi (coach aku dulu) utk membantu dia yg di tugaskan buat pementasan utk dinner show. Atas dasar abang, adik... hubungan yg baik antara kita org, aku pun setuju, Dia nak buat tarian Tari Tualang Tiga. Dia bgtahu aku apa yg dia nak buat. Macam ni n macam tu. So aku handle budak2 perempuan n dia dgn bdk2 lelaki. So start lah pemerahan otak aku ni utk cari step2 tarian ni. Tak boleh susah sgt takut tak leh pulak buak2 tu nak ikut. N x blh lak nk senang sgt. nanti bosan lah pulak. So setakat hari ni dah separuh tarian tu siap. Separuh lagi? Aduhai... penat dah otak aku ni di perah. Shownya 18hb April ni. Maknanya ada lbh kurang 2 minggu lagi. Boleh ke budak2 ni? Takutnya aku....
Kenapa ye aku takut? Sbbnya dh 4 kali aku gi ngajar ni tp x pernah cukup orang. rasa frust jugak sbb aku dtg jauh dr Kl ke Shah Alam. Hbs selalu kul 1.30 pagi. Balik n sampai rumah dh pukul 2 lbh. Tido x atas kul 3 tak sah. esok nk kerja lg. Mmmm... so aku frust sikit lah bila kedatangan agak kurang memuaskan. Lbh2 lg sepatutnya kelas start kul 9 mlm tp kul 10 baru nak mula. Cikgu lak yg kena menunggu anak murid. Aduhai.... Dan akhirnya 26hb March hari tu, aku pun meluahkan rasa hati aku ni. Aku bgtahu dorang lps kelas hari tu, aku ckp hari ni anniversary aku yg ke 10. Tp sbb commitment aku dgn dorang, aku tak celebrate pn kt mana2. Di situlah aku bersama hubby n anak menghabiskan sepanjang mlm sambutan ulang tahun kami. So aku ckp lg, hope dorang faham apa yg aku ingin kan. Bukan aku yg nk buat show, tp dorang. If dorang tak ready, berani ke dorang nk perfome show tu. Dn aku x nk lak aku di persalahkan sbb x dpt pikul tgjawab yg di berikan. Aku letih sbnrnya. Berulang alik dr jauh, nk menyumbang serba sedikit bakat yg aku ada. Tp setiap kali aku dtg, aku kena ulang step yg sama berulang kali. klu mcm ni bila lah nak siap kan. So aku mtk sgt2 commitment dorang.
Alhamdullilah.... keesokkan harinya iaitu malam tadi, kedatangan budak2 penuh. Cuma sorang saje yg xde sbb demam, Itupun dia dtg kejap. Ok lh kan. Tunjuk muka. Dan malam tu aku dtg dgn 2 org kawan aku. G n K. So dorang dpt lah tgk aku yg mengajar dn aku yg x diam. Smp K kata, tak penat ke si Aidil ni. Penat? hehehe... xde dlm hidup aku kot. Selalu gak mengeluh penat tp msh tak reti diam. Ada je benda yg aku nk buat. G pulak kata, patutlah badan ko x naik2. Aktif sgt. Aku ckp badan aku prnh gemok lah. Sbb rehat lama tp dua2 tak percaya aku prnh gemok. Xpelah nanti aku tunjukkan gambar aku gemok ek. Ngeri.
Dan mlm ni, di saat ini... aku msh lg mencari step2 utk tarian tu. Nak cari smp hbs. Tp rasa cam dh penat n idea dh kering. Tu yg aku stop n terasa nk bukak blog aku ni. Dn terus juga aku menaip kat sini. Mata pun dh layu. Rasanya cukup2lah utk pagi ni. Esok2 aku sambung cari setp lg n klu sempat aku bercerita lagi.
No comments:
Post a Comment