" ...The beauty of a woman is not in the clothes she wears, the figure that she carries. or the way she combs her hair.... The beauty of a woman must be seen in her eyes, becouse that is the doorway to her heart, the place where loves resides...."

Followers

Saturday, March 6, 2010

AKU YG BRUTAL

Pernah tak korang buat kerja gila n brutal cam aku buat ni? Bila aku dah bengang gini lah jadinya.....



Semalam aku pergi mesyuarat PIBG kat sekolah anak aku. Lepas mendaftar aku terus masuk dewan. Mmmm... mcm selalu, setiap tahun... tak sampai separuh pun dewan di penuhi orang. Masa aku masuk dewan tu mesyuarat tu dah start. Yg tgh dok membebel bg ucapan adalah wakil dr PPD. Aduhai... lama nya bagi ucapan. Ni ucapan ke ceramah ni. Letih nak nunggu.

Kul 11 berehat sekejap. Adalah jamuan makan sikit2.



11.30 pagi. Mesyuarat bersambung. Pembentangan account bermula. Aku tgk acc xde masalah. Lgpun tiap2 tahun aku gi mesyuarat ni so aku tahu apa yg berlaku kat sekolah ni. Mula lah sessi soal jawab pasal account ni. Adalah satu uncle India ni, asyik tanya n tanya. Dia kata dia account ni x lengkap, bil2 keluar duit xde lah... bla..bla.. bla... dlm hati aku cakap... (Huh! Apa lembab benor. Ni kn pembentangan acc. Maknanya slps dh di audit. So kat paper xde lah detail semua2 bil tu nak copy letak kt sini). Aku noted je apa dia ckp. Tp ada satu isu panas yg dia tanya. Soalannya :



1.KNP DUIT PIBG NI X DAPAT SPONSOR DARI MANA2?

2.KNP SEKOLAH CINA BLH CARI SPONSOR YG BYK?

3.KNP AJK TAK CARI SPONSOR?



Telinga aku panas dh masa ni. But still leh sabar. Guru Besar yg byk jwb pertanyaan dia ni. Mulut dh nk berkata2 dh tp xpe aku layan je dulu.



Habis satu isu. Masuk isu lain lak. Ada satu mamat ni yg dr awal mesyuarat asyik bertanya dn bertanya. Aku tak marah klu ko nak tanya tp bila soalan2 ko tu makin lama makin kepada soalan2 menghentam, aku dah mula angin. Soalan2 dia lak soalan yg mmg menyakitkan hati. Antaranya : Knp kerosakkan2 kecil nk kena guna duit PIBG? Kenapa tak mintak kat PDD? Kenapa kerajaan Malaysia nk bdk2 belajar dlm keadaan selesa tp tak salurkan bantuan kat sekolah2 tuk kerosakkan2 ni? Di mana duit2 dr PDD tu di salurkan?


Panas kan. Mmg panas. Sbb apa panas? Sbb soalan2 tu bkn Guru Besar @ guru2 yg patut jawab. Soalan tu soalan yg sgt tak relevan utk di jwb oleh pihak sekolah. Soalan2 tu hang pi lah tanya kat PPD, tanya kat Kerajaan Malaysia. Ingat PPD nk layan ke klu mtk duit pasal kerosakkan2 kecil ni. Yg buat rosak bknnya depa tp anak2 kita yg berada kt sekolah tu. Isu ni pun aku biar je Guru Besar n Pengerusi Majlis yg jawab. Masalahnya bila Guru besar jwp, dia bangkang n tanya lak soalan2 lain yg mmg soalan2 tu soalan yg nk mencari kesalahan org lain.

Masa makin berlalu. Jam dah menunjukkan pukul 12.30 tghari. Aku makin bengang. Mamat ni x berenti2 menghentam pihak sekolah. Aku ni ada bowling ni kul 3pm kat Mid Valley. Aku lak yg organize. Tak kan aku lak yg dtg lambat. Fuhhh... makin x senang duduk aku di buatnya.

Kemuncak kesabaran aku meletup bila aku makin merasakan yg soalan2 mamat ni semakin bangang. Dan aku makin jd bengang. Dia mula bertanya berapakah sasaran pihak sekolah utk murid2 yg dpt 5A UPSR tahun lepas. Pihak sekolah jawab 25. Tp hanya 20 org shj murid yg dpt 5A. Jadi dia menuduh pihak guru tidak menjalan kan tggjawab kerana tak capai target yg diberi. Guru besar jawab target tu biasanya mmg pihak sekolah akn target lebih tinggi dan jika capai itu adalah satu pencapaian yg sgt2 baik. Lps tu mamat ni menghentam dan terus menghentam smp guru besar pun naik angin. Sbbnya bila dia nak jwb soalan mamat ni, blm hbs jwb, mamat ni dh mencelah. Smpkan dia terpaksa meminta bertenang. Hingga keluar lah ayat (Silalah hormat saya kat sini. Jgn potong cakap saya. Dgr dulu penjelasan saya). Mamat ni diam smp lah guru besar hbs cakap. Bila Guru Besar hbs je bercakap so guru besar tanya ada lagi tak pertanyaan2 lain. Tahu apa jawab mamat ni.

"INGAT KAN SAYA DH TAK DI BENAR KAN BERCAKAP LG DH".
Pergh terbakar beb.. Mmg tebakar. Lbh terbakar bila dia terus bercakap dn mengentam. Aku mmg panas. Jam dah tunjuk pukul 1 lbh dah ni. Perut dah berkeroncong. Aku tahu klu x buat sesuatu sampai bila pun tak hbs mesyuarat ni. Korang tahu apa aku buat. Kat sini lah hilang terus ayu aku....

Dengan selambanya aku berdiri sblh mamat ni n hulur tangan aku mintak microfon. Terel n berani tak aku? Mamat ni leh pandang aku atas bawah. Pelik gamak nya but Who Cares....
Bila microfon di serah kan pd aku.. aku mula lah menyanyikan lagu....

"AKU DAH BOSAN! AKU DAH BOSAN! AKU DAH BOSAN!.... wakaka...

xdelah cam tu... gurau je ek. So aku memulakan hujah2 aku, spt biasa kenalah memperkenalkan diri dulu kan. Intro gitu. Gigil gak mula2 suara aku. Nak cakap smbl tahan bengang kan...

" Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.... Saya Puan Aidilliza.... Maaf saya mencelah. Saya nak bertanya ini mesyuarat untuk sama2 membina dn menaikkan lg nama sekolah @ mesyuarat menghentam sekolah dan pihak guru. Jika mcm ni lah keadaannya, sampai sudah mesyuarat ni tak kan habis dan tak kan ada penyelesaiannya.

Ada tiga perkara yg akan saya kata kan di sini.

Pertama : Pasal sponsor td. Tolong ye.. Jgn samakan PIBG sekolah cina dan sekolah biasa. Sekolah Cina yuran PIBG sahaja dah beratus rinngit. Dan yg sponsor sekolah adalah ibubapa pelajar sendiri. Sekolah biasa mcm ni mintak yuran RM20 utk PIBG setahun pun byk yg mengeluh. Ada yg tak bayar pun. Dan AJK kt depan ni bukannya di tugaskan utk jd tukang cari sponsor. Ibu bapa lah yg b'tggjwb membantu mencari sponsor ni ama2 @ mencari inisiatif lain bg menambah duit kt tabung PIBG ni.

Terdengar tepukan gemuruh bila aku cakap jgn bandinglan sekolah cina dn sekolah biasa. Mmg betul apa. Ibubapa pelajar2 cina ni tak kedekut bila bab2 ilmu ni. Sggp je berabis utk masa depan anak dorang. ibubapa pelajar melayu kita. Yg tahu mengeluh dan mengeluh. Asyik2 meminta bantuan. Maaf ye andai ada yg terasa. Bg aku jgn sesekali kedekut ut keluarkan duit utk pelajaran anak. Ada byk sebenarnya perbelanjaan yg kita blh ketepikn utk dpt kn lbh sikit perbelanjaan utk pendidikan anak ni.

KEDUA : Maaf sekali lagi ye. Encik (aku bahasakan diri utk mamat tu) sambil memandang dia. Emcik blh tak tlg buka mukasurat 28. Tlg tgk graf yg di sedia kan. nampak tak setiap tahun ada peningkatan murid2 yg dpt 5A. Saya x nampak lg graf ni ada penurunan. Kecuali jika graf ni menunjukkan penurunan, saya tak kisah Encik nak bising @ pertikaikan kreadibiliti guru2 sekolah ni. Tapi graf ni menaik. Maknanya ada peningkatan dan guru2 tlh pun m'jlnkan tggjwb mereka. Kenapa tak archive target. Sbb mmg target tu kita target tinggi. Jika x dpt tp msh ada peningkatan dr tahun2 sblm2nya, itu dh stu pencapaian yg bagus. Tggjwb utk pencapaian anak2 kita ni bkn shj terletak pd guru2 tp kita juga sbg ibubapa perlu bertanggungjawa. Bknnya lepas tangan pd guru2.

Sekali lagi tepukan gemuruh aku terima. Aku bukan bangga ye dgn tepukan tu tp aku sgt berpuas hati bila dpt meluahkan apa yg aku rasa. Aku tgk mamat ni tergsengih2 mcm kerang busuk. Malu kot tak pun terkejut sbb ada yg berani lawan dia. Pedulik apa aku. Mmg aku ni kecik tp bukan calang2 kecik. Dan bg aku apa2 pun soalan atau statement yg ko nak cakap ko kena buat lah study sikity. Banyakkn membaca, surf internet... bknnya surf gambar2 prono tu. Ini tak rasa mcm dah cukup pandai, ingat dia je yg betul. Tp seingat aku mmg ada spesis manusia mcm ni. Suka cari pasal. N rasa bangga bila berjaya. Aku tgk senyuman senget dia pn aku dh tahu dh mamat ni antara slh sorang spesis mcm ni. Bercakap2, menghentam tp dia sendiri pn tak thu apa dia cakap.

KETIGA : Zaman teknologi skrg ni, sy berharap sgt supaya guru2 ambil semua email2 address ibu bapa yg serasa sy mungkin lbh dr separuh kelas ibubapa bekerja dn ada email. Tujuannya agar segala surat menyurat dpt juga di hantar melalui email. Kadang2 surat2 ni bila sampai kat tangan anak, tak sampai pula kt tangan ibubapa. Maklum lah.. bukan semua ibubapa rajin nak check beg sekolah anak. Dan satu lagi dgn cara berkomunikasi begini, dpt lah ibubapa mengetahui dn mengikuti perkembangan anak mereka. Dapat bertanya jika ada apa2 kemusykilan. Harap usulan saya ni dapat di laksanakan.

Itu usulan aku. Aku ni mmg check beg anak aku hari2. Tp aku rasa ada gak ibubapa yg buat tak tahu je. Sbb tu bila ada sekolah ganti, byk gak budak tak dtg sekolah kan. Alasan nya tak tahu. Mmmmm.....

Dan ironinya sikap brutal aku ni, terus aku di lantik jd AJK PIBG. Aduh.. x boleh lari. Xpe lah. Sebagai ibu dan aku nak yg terbaik untuk anak aku, aku pun terima tanpa cakap banyak. InsyaAllah aku akan beri yg terbaik untuk anak aku dan jugak untuk sekolah ni.

P/s : Mamat tu mesti bengang ngan aku kan. Yg pasti bila cikgu salah sebut nama dia... dia cakap maay ye saya bukan Encik... tp saya Mejar.... Ceh... Ingat klu ko ckp mcm tu aku takut ke. Piiirrraaahhh..... Bg aku ada perkara2 yg aku tak kan takut untuk bersuara @ menentang...
Seperti biasa AKU ADALAH AKU.....

2 comments:

LyNn HaMzAh said...

cayalah kak...brave mother for your child...

lana leopard said...

hehehe... mama rock gitu... x suka tul mamat tu. poyo... tipa2 tahun ngadap dia nyer perangai mcm tu. Dh masuk thn ketiga dah... x leh tahan tul sis.