Di sini bermulanya kejayaan dalam hidup aku.
Kejohanan Sports Aerobics & Kecergasan 2002. Mines Resort City, Kuala Lumpur.
Aku tidak pernah menyangka aku akan masuk kejohanan ni. Untuk pengetahuan korang, walau aku selalu buat show untuk Maybank dan sekali sekala kat luar, ku tak pernah rasa aku bagus. Bukan aku berlagak tapi itulah hakikatnya. Bila join group menari, aku selalu rasa diri aku terlalu kecil berbanding dengan yang lain. Ntah lah. Aku tahu kemampuan aku. Aku agak lambat untuk dapat tangkap sesuatu gerak tari berbanding yang lain. Selalu jugak aku kena marah sbb lembab. Huhuhu... Dan aku terpaksa berlatih lebih dari orang lain utk samakan level aku ngan dorang. Seksa aku rasa tapi mungkin sebab jiwa aku memang pada tarian, aku tetap kuat semangat. Tak sekali pun aku mengalah.
Macamana aku boleh terlibat dan terpilih untuk masuk pertandingan ni? Actually masa tu aku teman kan kawan baik aku gi training. Time tu mmg aku rapat sgt ngan dia. Gi mana2 pun bersama. Dh mcm belangkas. Dia antara yg terpilih dulu utk wakil Selangor dlm pertandingan ni. N then tiba2 salah sorang yg terpilih tu tak dapat nak sertai coz ada hal yg x dpt nak di elakkan. So dorang tahu aku leh menari, so dorang suruh aku torai... Aku mula menolak sbb takut tak dapat nak handle... lagilah masa tu anak aku Noan baru berumur 2 tahun. Aku takut aku xde masa. tapi dorang dok pujuk2 gak aku. Aku cakap gak kelemahan aku yang lembab nak ingat step. Tapi dorang kata cuba dulu. Lama gak aku pikir, last aku terima gak cabaran ni.
Nak tahu tak kategori apa yang aku sertai untuk pertandingan ni? Korang mesti tak percaya. HIP HOP Beb.... aku pun tak percaya.... huhuhu.... tapi korang jangan salah faham pulak. Hip Hop ni bukan lah cam hip hop yang biasa korang tgk tu. Yg dok berputar2 smp cam nak patah riuk tu. Hip Hop ni dalam kategori sukan. Hip hop yang tidak membahayakan. Gerak tari yang sama tapi tidak ada stunt yang bukan2. Masih ada stunt yang perlu di buat, tapi hanya yang diluluskan sahaja oleh Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia.
Bermulalah aku dgn latihan2 gerak tari hip hop ni. Siang aku bekerja. balik kerja terus bergegas ke Kelab SUK, Shah Alam untuk training. Habis training kul 11 malam. Gegas balik rumah. Dan percaya tak, setiap hari pukul 3-4 pagi baru tido. Kenapa? Macam2 yang perlu aku lakukan terutama melayan Noan. Setiap hari Noan tido lambat dan masa ni lah aku habiskan masa bersama dia. Adakala aku bawak dia pergi training tapi agak sukar sebab dia tengah lasak. Terima kasih tak terhingga utk suami tersayang dan baby sitter yang banyak membantu aku masa ni. Latihan mmg memenatkan. Lebih2 lg bila x cukup tido dan terkejar sana sini. Banyak sgt masalah dalaman dalam team kita org masa ni. Biasalah bila dah ramai kan. Ada yg nak tunjuk bagus, ada yang xde displin, ada juga yg ada sifat PHD. (perasaan hasad dengki).
Kasihan aku pada coach aku. Berat bahu dia memikul nak menjaga anak2 buah dia. Tapi dia tetap sabar. Walau banyak sgt kencaman yg dia lalui utk menjadikan kami juara, dia tetap kuat kan semangat dia dan semangat kami juga. Sepangjang latihan dan masa pertandingan, kami semua tak di benarkan minum ais. aduh... mula2 seksanya lah rasa. Tp mmg ketara sgt perbezaan bila kita tak minum ais ni. Badan kita tak lemah tau. Dan sbb tu jugak lah smp sekarang jarang sgt aku minum ais. Kecuali klu aku betul2 rasa teringin. Alhamdullilah, hubby mmg x minum ais. Dan secara automatik Noan pun ikut jejak kami tak minum ais... Bkn x minum lansung tp jarang sgt2.
Sukarnya untuk aku nyatakan keadaan aku masa ni. Penat latihan, penat kerja, penat dekat rumah lagi. Itu belum aku injured masa buat stunt. Aku kena stunt yg melompat dan berguling. Bila dah selalu sgt buat lompat guling tu, lama2 lebam dan bengkak belakang badan aku. Sakitnya bila nak buat stunt tu balik, tuhan je lah yg tahu. Hingga hari pertandingan, lebam dan bengkak tu makin teruk. Biru di buatnya. Malam2 mintak tlg hubby tuam dgn ais.
Akhirnya sampailah ke hari pertandingan. Ada banyak gak kategori yg di pertandingkan. Aku pun dah tak ingat dah. Alhamdullilah pasukan selangor membolot kejuaraan lebih dari separuh kategori. Dan menjadi juara keseluruhan. Di sebabkan kejuaraan inilah yg membuatkan aku dan rakan2 yg lain automatik terpilih mewakili Malaysia untuk FISAF 2004 di Adelaide Australia. Sesuatu yang tak pernah aku sangka dan jangka. Sesuatu yang tak pernah aku impikan. Inilah yang aku katakan kejayaan dalam hidup aku. InsyaAllah akan aku ceritakan pengalaman aku tu.