" ...The beauty of a woman is not in the clothes she wears, the figure that she carries. or the way she combs her hair.... The beauty of a woman must be seen in her eyes, becouse that is the doorway to her heart, the place where loves resides...."

Followers

Friday, March 12, 2010

Panic aku di buatnya....

Satu tabiat buruk anak kesayanganku ialah memasukkan apa shj brg yg di pegang ke dlm mulut. Smp skrg, dah darjah 3 pun tabiat itu tak dapat di tinggalkannya. Puas sdh aku marah tp sekejap sahaja ianya hilang, pantang sedar pasti di lakukan semula.

Nak di jadikan cerita, malam td sewaktu aku dan dia bersama2 menonton tv, aku nampak dia memasukkan bola getah kecil sebesar guli ke dalam mulutnya. Apalagi, terus aku menegur… “Noan, apa dlm mulut tu, brp kali dh mama cakap kan”. Dan dgn pantas dia keluarkan bola tu, dan dgn tersenyum dia jwb.. “Sorry Ma…”. Begitu lah jawabnya tiap kali aku marah.

Selepas itu aku meneruskan tontonan. Tiba2 bahu aku di cuit anak ku.
Ya Allah! Pucat muka aku bila nampak tangan Noan memegang leher sambil menahan kesakitan. Noan tercekik bola getah tu. Aku cepat2 memeluk Noan dn membongkokkan badannya smbl memukul2 blkg badan dia. Agak kuat jugak pukulan aku. 3-4 kali pukul, anak aku terus terbatuk dan bola getah tu keluar dr mulutnya. Terbatuk2 anak aku di buatnya. Dia terus berlari ke sinki dapur dn membasuh mukanya sambil berkumur. Pucat lesi mukanya. Aku? Pun pucat jugak. Takutnya perasaan aku masa tu, Allah je lah yg tahu. Dahlah hanya kami berdua je kat rumah masa tu. Klu bola tu tak keluar, tak tahulah aku apa akn jd pd anak aku.

Aku mula membebel… “Kan td mama dh ckp, nape buat lagi.. nape x nk dgr ckp mama ni. Bla…bla….bla… Puas aku membebel. Jawab Noan…. “Sorry Ma… Sakitlah Ma…”. Kesian pulak aku bila dia ckp mcm tu.

Lepas tu dia lakonkan semula adengan tadi. Lawak anak aku ni. Dia kata sakit. Tekak dh sakit tercekik, pastu mama pukul kat belakang kuat2 pulak tu. Lagi tambah sakit. Hehehe… alahai anak… Tersenyum aku tgk lakonan semula dan dgr kata2 nya.

Dan pesan aku… “ Tolonglah Noan.. kesian lah kat Mama. Jgn lh buat mcm ni lagi. Klu jd pape kt anak mama ni, tak tahu lah mama mcmana. Noan tu satu2 jelah anak mama….” Dan Noan terus peluk aku dn janji tak kan buat lagi.

Aduhai anak.. Betul2 bikin mama panic, pucat dan sentap. Sungguh takutnya berhadapan situasi begini. Aku berdoa jgn lah terjd lg perkara mcm ni hendaknya. Amiiinnn…..




2 comments:

Pena Crystal said...

Alhamdulillah..naseb baik tak dew apew2.:)

lana leopard said...

Alhamdullilah.... jatuh jantung sis di buatnya... huhuhu....