Sinambungan kisah kahwin 4…..
Ada yg tanya soalan ni kat saya :
Kalau suami pulak yg nak kahwin 4?
Hahaha…. Soalan ni dah banyak kali saya jawab. Dan jawapan yg saya selalu kasi ialah jawapan yg saya copy paste dari kakak saya. Kata kakak nak tambah bini… boleh je. Tp klu blh biar lah cukup smp 4. Sbbnya n katanya :
Bini no 2 – Di tugaskan hanya utk memasak (tukang masak)
Bini no 3 – Di tugaskan hanya utk membasuh (tukang cuci)
Bini no 4 – Di tugaskan hanya utk menjaga anak (baby sitter)
Dan kakak aku lak tugasnya hanya melaram dan melayan suami tersayang.
Hehehe…. Aku pn ckp lh benda yg sama kat laki aku…
“Ada berani ke bakal2 madu saya tu nak sahut cabaran saya tu”?
Dan laki aku hanya mampu menjawab soalan tu dgn senyum senget je lah…. Hahaha…..
Tapi terus terang pernah juga terkeluar perbincangan mcm ni antara saya dan suami.
Jawab saya :
“ Pa… andai satu hari nanti awak ada rasa2 nak pasang satu lagi n nak tambah cawangan… pinta mama cuma klu blh biarlah perempuan tu lebih segala2nya dari mama…. Klu blh cari lh 10 kelebihan dia banding ngan mama. Lbh cantik, lbh menarik, lbh pandai masak, lbh pandai melayan, lbh sabar, lbh faham dn segala2 mesti lebih. Sbbnya… klu blh biarlah yg bakal menjaga awak tu nanti dapat jaga awak lbh baik dari mama jaga awak. Jadi mama akan mengerti dan faham yg byk nya kekurangan mama smp awak sanggup cari lain. Belum cukup sempurna rupanya mama ni untuk jadi isteri yang baik….. dan klu blh jgn smp perempuan tu akan menyusahkan hidup awak nanti, jgn smp awak tension dn ngadu macam2 kat mama n jgn smp hidup mama n anak susah dn huru hara sbb dia… andai itu yg terjadi sungguh mama akn terluka dan takkan terima sampai bila2…”
Huhuhu…. Cam sedih je dengar kan. Agak2 klu lah mana2 suami dgr pernyataan si isteri2 yg ala2 mcm merayu2 ni, sanggup tak dorang nak cari n tambah bini lagi. Silalah jawab wahai suami2 yg di luar sana..
Suami saya tak jawab pape. Diam je n senyum…..
4 comments:
salam aidil..
terharu ayu baca entry aidil, alhamdullillah belum lagi ant ayu dan zalie bincang hal ini...namun entah esok atau tahun mendatang............semoga ayu kuat dan tabah mcm aidil juga.....
Ayu… plg best kn jwb je… nk kahwin lg? blh je. Tp bakal madu sy tu klu bkn Rozita Che Wan so x yah lah ye nk berangan. He3x….
Memang sedih mendengarnya..tapi akak nak criter skit tentang arwah kakak akak yang bagi kami dia cukup perfect,but still hubby dia pasang satu lagi..Kakak akak sanggup bangun seawal 4 pg.untuk menyiapkan bekalan hubby dia gara-gara tak suka beli makanan di luar..My sister ni,seorang guru mempunyai sebuah rumah yang sederhana besar di utara Malaysia...Selagi pakaian harian tak berlipat,rumah tak bersapu dan tak kemas serta bersih,dia tak akan tidur. Walaupun letih,rumahnya tetap didahulukan..layanan pada suami tetap nombor 1. Suami duduk atas kerusi sambil baca akhbar,lepas tu akan menyusullah secawan air kopi serta kuih...begitu istimewa layanannya pada si suami..but still si suami nak kawin satu lagi..Jiwa tertekan,hati pedih sehingga akhirnya dia pun pergi meninggalkan kami yang begitu menyayanginya...Sedih akak bila mengingatkan betapa dia terseksa di saat2 akhirnya..dia tetap salahkan dirinya yang tak perfect,katanya...Mungkin kerana dia ada dosa pada ibubapa kami...katanya lagi..now dah 14 tahun berlalu,kami dengar hubbynya tak sehappy bila bersama dgnnya..menyesallah kot...dengar kata wife baru dia tidak sehebat arwah kakak akak... Semoga roh kakak akak tenang di sana...amin.. kakak akak berpesan pada akak,supaya jgn.bergantung 100% pd.hubby,sepertinya...yang hilang keyakinan diri bila dapat tahu hubbynya berona...Maaflah,akak dah melarat2 pulak...terbawa2...semoga kita semua
Salam Kak Teh...
Takziah atas pemergian kakak akak.. InsyaAllah dia akn di tempatkan di tempat teristimewa di sana nanti.
Komen utk suami dia, nanti sy bercerita lg kt tambah bini versi 2 ye kak. Terima kasih sbb sudi baca entri ni.
Post a Comment