" ...The beauty of a woman is not in the clothes she wears, the figure that she carries. or the way she combs her hair.... The beauty of a woman must be seen in her eyes, becouse that is the doorway to her heart, the place where loves resides...."

Followers

Saturday, June 26, 2010

Bakat Hero Cilik ku....

">


Bakat anak kesayangan aku. Baru berumur 9 tahun. Walau aku seorang bekas penari dan skrg mengajar menari sikit2 coz aku tak lah pandai sangat, tp aku tak pernah ajar hero aku ni menari dn tak pernah beri pendedahan apa2 kat dia pasal dance ni. Tapi mungkin darah seni tu dah mmg ada, dia sendiri ada bakat tu secara semulajadi. Dan yg bagusnya dia belajar dance2 mcm ni dr video2 klip dn jugak youtube. Hebatkan si cilik ni.

Tuesday, June 15, 2010

Kenapa ramai jiran2 sekarang bermasam muka hanya sebab parking kereta?

Salahkah tindakkannya?

Adik kawan baik aku dan ayahnya di tahan reman minggu lepas sbb pukul orang. Jahat ke dorang ni sampai nak pukul orang. Nasib baiklah tak keluar kat muka depan surat khabar metro tu. Selalu kes2 mcm ni laju je keluar kt surat khabar kn. Kadang2 bila aku baca berita2 mcm ni, aku terfikir gak, mesti ada sbb knp ianya terjadi. Dan kini terbukti ada sbb benda tu berlaku.

Majoriti yg tggl kt kwsn rmh aku ni, org2 lama. Rumah kat sini pun dh berusia lbh 20 thn. Deret rumah aku ni, ada couple muda yg baru lg tggl kt slh sebuah rumah. Bini dia mmg anak salah sorang jiran kat sini. Tp lakinya consider org baru lah kt area ni. Msh muda dua2 ni. Baru awal 20an. Apa yg aku nmpk mamat ni, mmg jenis yg kurang hajar n tak hormat org tua. Aku tahu dia pki keta besar, keta company. Tp cara dia tu berlagak n mmg tak hormat orang lansung. Byk jugak komplen yg aku dgr dr jiran2. Tp aku ni jenis yg x pedulik n malas nak cari pasal. Klu ada yg cerita aku dgr je lah. Janji dorang tak ganggu family aku @ bercerita bukan2 pasal family aku dah lah. Dia pn bkn prnh tegur aku pn. Plg kuat bini dia je lah yg senyum kat aku.

So satu hari ni, mamat ni nak parking kereta dia. Tp agak sempit sbb kereta kakak kawan adik aku ni ambik space dia sikit. Yelah org tu pn bkn nk parking lama2. Panggil je lah kalau nak srh alih kereta. Masalahnya mamat ni mmg lah pggl kakak ni srh alih kereta tp cara dia panggil tu x kena. Ada ke patut dia ketuk pintu rumah org kuat2 dn tanpa bg salam. Sedangkn dia tahu yg duduk kat situ, org yg lbh tua dr mak ayah dia. Bila org tua ni keluar, blh lak dia bising2 srh alih kereta. So pakcik ni tegur lah, xde adab ke, x leh nk pggl org elok2 ke, bg slam ke. Tp jenis mmg berangin, bkn main lg tunjuk lagak dia, menjawab dn menengking2 pak cik ni. Sampai dah tegang n panas, blh pulak mamat ni nak terajang pak cik ni. Kebetulan pulak, kawan adik aku baru balik kerja masa tu. Ternampak lak bapak dia nak kena terajang. tanpa dia sedar, dia yg terbang n terajang budak tu dulu. Dia pn x sedar mcmana leh jd mcm tu. Dia tahu dia terbang n tergolek je. Pastu budak ni melawan. Jadi lah pergaduhan. Yg pakcik ni bila tgk anak dia kena belasah, dia pun ambik lah kayu pukul mamat ni. So mamat ni tak tahan lari masuk rumah. Tak lama lepas tu dia buat report polis. So kwn adik aku n bapak dia ni pn kenalah tahan reman atas kesalahan bergaduh dan menggunakan senjata.

Secara kasarnya, mmg kawan adik aku n bapak dia ni bersalah. Tapi salahkah jika apa yg di lakukan tu kerana hendak mempertahan kan diri. Si anak meradang bila bapaknya di perlaku kan begitu, si bapak pula tak sanggup tgk anak dia di pukul. Jadi bila hilang pertimbangan dan tak tahu apa yang perlu di laku kan, terus di ambil kayu dn di pukul mamat tu. Nasib sempat lari, klu tak mungkin dh jd arwah. Bila dh hilang pertimbangan, maka kita tak akan sedar apa yg kita laku kan. Apa yg pasti setiap pergaduhan yg berlaku selalunya bermula dari mulut yg jahat, yg kurang hajar. Walaupn skrg kes msh dlm siasatan dan dorang dah keluar lokap, tp aku tahu kes ni masih berpanjangan. Dan aku tak rasa budak tu selamat duduk kat kawasan rumah aku ni. Sbb ramai mmg tak suka kat dia, dan dah tentu family kawan adik aku tu tak kan berdiam diri. Aku harap bdk tu pindah lah dr kawasan ni. Bkn menghalau tp aku takut akn berlaku benda yg lbh teruk lg. 

Secara kesimpulannya aku nak tanya korang :-
1.. Apa yg korang akn lakukan bila tiba2 ternampak bapak korang nak di pukul oleh org lain?
2. Bukan kah sepatutnya kita perlu ada adab, hormat dan sopan bila bercakap dgn org yg lbh tua dr kita?
3. Betul x kebanyakkan pergaduhan berpunca dari mulut yg jahat, yg mula mengeluarkan kata2 kesat dn menyakitkan hati bila bergaduh?
4.  Adakala kita marah, bila membaca kisah2 mcm ni. Kita biasanya akn menyalahkn org yg memukul, tanpa kita sedar selalunya org tu hilang pertimbangan bila dh terlampau marah. Punca dn sbbnya perlu kita selidik dulu sblm kita mengatakn yg dia bersalah....

p/s : Klu mak abah aku di perlakukan sesuatu sebegini, aku sendiri pasti akn lupa diri dn tak sedar apa yg aku lakukan. 


Monday, June 7, 2010

My baby t

Malam ni, sedang aku sibuk menyusun kain baju dalam almari tu, aku tgk byk tul koleksi baby t n tshirt aku warna hitam. Tgk je lah gambar kat bawah ni. Nilah antaranya...


Fav jenama aku utk baby t mcm ni mestilah esprit. Selalunya aku beli kat butik Esprit Pudu. Sbb kat sini x sesak n x ramai org. So aku boleh pilih baju dgn tenang. Leh cuba baju lepas satu, satu. hehehe... Aku suka pakai jenama tu sbb kualiti kain dia yang sgt selesa dan tak panas juga corak yg simple. Paling penting harganya murah. Selalu aku beli mesti bawah RM30. Ok sangat aku rasa. Bagi aku biar murah asal cantik dan selesa. Hubby n kwn2 pun dh tahu dah. Klu gi mana2 n nk beli souvenir utk aku, cari je tshirt mcm ni. Mmg suka sgt lah aku. N bila aku suka, alamatlah asyik tshirt tu je lah yg aku sarung kt badan aku ni.

 
Dan ini lah gaya aku. Dari dulu smp skrg. Black baby t n jeans. Simple dan tak lapuk dek zaman. Dari masa remaja sebelum kawin sampai lah hero aku dah 9 tahun. Macam ni jugak lah aku tak berubah. Mungkin sbb size badan yg tak berubah, jd gaya aku pun ikut tak berubah. Ntah bila ye aku nak tukar fesyen aku ni. Mungkin bila sampai waktu dan ketikanya nanti. InsyaAllah....





Sunday, June 6, 2010

Kisah duka sahabat baik ku... Rentetan entri apa kes....

Kadang2 bila fikir betapa sukarnya menghadapi cabaran hidup tetapi semakin lama semakin hari aku makin belajar betapa ramai lagi yang menghadapi kesukaran lebih dari yg aku rasa. Dan bila sahabat baik aku sendiri rupanya menanggung derita di sepanjang perkhwinannya, aku bersyukur kerana tidak di duga sebegitu. 
Rentetan entri yang aku dah post kan sblm ni. Kenapa aku terlalu geram dan ingin aku kongsi kesedihan sahabat aku ni. Kisahnya :-

1.  Si Suami menceraikan isterinya dgn alasan isterinya nusyuz. Tidak melayan suami dan keluar tanpa izin suaminya. Ketika sessi kaunselling, ustaz itu bertanya " Betulkah segala dakwaan yg suami puan katakan ".
Jawab sahabatku " Betul, ustaz. Dia kata saya tidak melayannya. Ustaz tanya dia balik, bgmana saya ingin melayannya sedangkan selama 12 tahun berkahwin, 10 tahun saya tidak tinggal bersamanya. Dia balik ikut suka. Dan dia tak pernah ambil tahu apa yang berlaku pada saya dan anak2."
Bila ustaz bertanya pd suami, suami hanya diam tidak bersuara.

2.  Sambung sahabat ku lagi. " Saya mengaku saya keluar rumah tanpa izin. Sewaktu itu saya ingin bercuti ke satu tempat, kerana saya sangat stress dan keliru. Saya penat. Segalanya perlu saya lakukan sendiri. Ya, saya mengaku tidak bertanya boleh atau tidak tetapi saya berbual dgnnya dan anak2 dan sewaktu perbualan itu saya ada menyatakan saya hendak pergi berehat k satu tempat dan saya bagitahu anak2 masa tu mereka perlu tinggal dengan ayah mereka. Ketika itu suami saya hanya berdiam diri."
Bila ustaz bertanya pd suami, spt td suami hanya mengganguk dan diam.

Banyak lagi soalan2 yang ustaz beri pada isteri iaitu sahabat aku ini. Alhamdullilah setiap soalan itu sahabatku dapat menjawab dengan tenang. Akhirnya setiap pertuduhan yg suaminya dakwa, boleh di kata kan semuanya terkena semula pada batang hidung suaminya. Dan ustaz tu sendiri mengatakan yang sahabat aku ni tak bersalah. Tetapi ego sang suami, sekali melangkah tak mungkin nak berpatah balik. Talak tetap di jatuhkannya. Sahabat aku pula, mlm sblm talak di jatuh kan, dia telah berdoa agar Allah kuatkan hatinya untuk menerima segala apa yg berlaku. Dan selepas sahaja talak tu jatuh, katanya bahunya terasa sangat ringan. Terasa segala beban terus hilang. Senyuman terus terukir. Kesabaran selama ini tidak di hargai. Baginya mungkin akan ada sinar selepas ini.Dan sekarang bekas suami bagai gila talak. Sibuk nak tahu ke mana isterinya pergi. Merayu untuk kembali. Meminta untuk buang yang keruh ambil yang jernih. Kejamnya kau wahai manusia. Knp bila dah kau buang baru kau nak menyesal. Bukan kah ustaz dah nasihat kan kau, sebenarnya kau patut bersyukur kerana di kurniakan isteri yang baik dan sabar. tapi ego kau terlalu tinggi kan.

12 tahun berkahwin. 10 tahun tinggal berasingan. Sahabat aku membesarkan anak2 seorang diri. Ke hulu hilir sendiri. Bekas suami hanya pulang 2 minggu sekali. Itupun tak tentu lagi. Nafkah, kalau ada, adalah. kalau tak, taklah. Bila balik rumah pun macam tak senang duduk. Berseluar jeans ke sana sini. Bila dapat call terus je keluar. Mengandung anak kedua, sahabat aku minta transfer. Konon nak duduk sama dgn suaminya. Malang sekali, suami boleh pulak mintak tukar tempat lain. Tinggal lah kawan ku seorang diri. yang lebih menyedihkan, bila saat sampai waktu bersalin, si suami boleh mintak tolong kawan nya hantarkan bini pergi hospital, siap bagi duit utk beli keperluan isteri. Tak ke luluh hati isteri. Akhirnya, si isteri minta transfer semula ke kota. Tp sahabat aku ni msh blh bersabar. Katanya, si suami terlalu pandai bermain kata2, sbb tu hatinya cair bila selalu di pujuk.

Tak lama slps lahir anak kedua, tanpa di rancang, sahabat saya mengandung lagi. Slps melahirkan, sahabat saya terpaksa memberi anak bongsunya kepada ibu mertuanya sbb tidak mampu untuk menjaga 2 org bayi yg msh kecil dan anak sulong ketika itu baru berumur 5 thn. Sukar baginya untuk menjaga tiga org anak yg msh kecik seorg diri. Berat hati di serahkan lah anaknya itu dengan syarat, apabila dia stabil nanti dia akan ambil anak nya semula. Tapi pelbagai masalah mula timbul bila dia nak ambil anaknya semula. Hinggalah apabila anaknya berumur 4 tahun. Ibu mertua mula telefon, mengadu yg anaknya iaitu suami sahabat aku, lansung tak pedlikan anak, tak bagi dui belanja dan macam2 lagi. Bergegas lah sahabat aku balik kg. Berbincang dgn lembut utk ambil anaknya semula. Katanya jika mak tak larat n ayah  budak tu tak mahu bg belanja, xperlah saya ambil balik anak say. Biar susah senang budak ni dgn sy. Bila dia dh ambil balik anak nya, mula lah mak mertua mencanang cerita. Dia tak kenang budi. Mula telefon si cucu, saiko si cucu. Kemudian si suami ambil balik anaknya dgn alasan nenek rindu kan cucu. Dan akhirnya sampai sekarang, dia tak dapat nak ambil semula anaknya. Tapi sahabatku berkata sendiri, anak tetap anak. Macamanapun anak tu akan cari jugak mak dia bila besar nanti. InsyaAllah aku bukan sengaja tak mahu menjaganya.

Macam2 lagi kepahitan hidup yang di tanggungnya seorang diri. Pernah pengsan berjam2 seorang diri dalam bilik air. Sakit pening dia dan anak2 semua di tanggung sendiri. Anak2 melihat sendiri apa yg berlaku. Hinggakan anak yang sulong lansung tak mahu rapat dgn ayah sendiri. Ada dendam dalam hatinya. Ada sifat benci pada lelaki. Setiap perjalanan hidup ibunya, susah payah dia yg saksikan dan tanggung bersama. Jadi bersarangnya kebencian itu tak boleh nak di halang. Kadang2 sahabat merasakan dia seperti pelacur. Yg di cari bila di perlukan. Lepas tu hilang begitu sahaja. Namun pandai betul si suami bermain dgn emosi dan jiwanya, hingga terus bersabar dan bersabar. Akhirnya, Allah buka juga hatinya. Buka juga matanya yang si suami bukan miliknya. Selama ini, setiap kali suami balik, pasti dia akan layan dgn baik. Satu hari dia lansung buat tak tahu pada suaminya. Rupanya si suami rasa tercabar, sbb tak prnh di layan begitu dan akhirnya jatuh lah talak ke atas isterinya.

Tapi sifat tidak perikemanusiaan si suami tak berhenti kat situ sahaja. Rumah yg sahabat saya beli dan nama suaminya sbg nama kedua, di suruh jual dan dia ingin duit tu di bahagi dua. Dan di sebabkan ini, sahabat saya terpaksa membuat tuntutan. Mulanya dia tak mahu membuat tuntutan mutaah dan nafkah anak tapi sewaktu membuat permohonan tuntutan ttg rumah tu, mereka suruh juga semua tuntutan tu di buat. Sahabat saya cuma mahu pertahankan rumah tu sbb segala pembayaran tentang rumah tu semuanya di keluarkan oleh sahabat saya. Dan dia mahu sewakan rumah tu untuk menaggung perbelanjaan hidup dia dan anak2. Sekarang kes tuntutan harta sepencarian iaitu rumah tu masih lagi belum selesai. Aku doakan agar sahabat aku dapat rebut haknya. Dan moga selepas ini sinar bahagia akan hadir dalam hidup sahabat saya. Mungkin juga anak2 nya yang akan bahagia kannya. Anak yang sulong telah berjanji yang dia akan belajar bersungguh2 untuk berjaya. Dia nak bela nasib ibunya dan nak buktikan yang ibunya berjaya mendidiknya walau berseorangan. InsyaAllah hendaknya. 


Apa kes ni?


Inilah keadaan keserabutan aku malam tadi. Apa cerita di sebalik ni ye? Apa sebenarnya yang aku sedang lakukan sekarang ni? Jom baca cerita aku. 

Sebenarnya apa yang aku lakukan sekarang ini, adalah aku sedang membantu seorang sahabat baik aku yg mengahadapi masalah tentang kes penceraiannya. Kes tuntutan harta sepencarian. Kenapa aku perlu bersengkang mata dan bersungguh2 membantu sahabat aku ni? Bukan duit, bukan populariti yang aku cari, tapi lebih kepada menolong dan jugak membela nasib wanita. Kes dia ni lebih kepada kes penganiayaan. Sebab tu aku bersungguh2 membantunya. Sahabat ketawa senang nak cari kan, tp sahabat menangis, yg mampu berkongsi apa sahaja, susah nak cari. Jadi inilah pilihan aku, menjadi sahabat susah senang bersama. InsyaAllah.... 

Setiap penceraian, biasanya akan ada tuntutan2 yg perlu di selesaikan. Tuntutan mutaah, nafkah anak dan juga harta sepencarian. Dalam kes sahabat aku ni, tuntutan mutaah dan nafkah anak tidak ada masalah. Tetapi tidak dalam harta sepencarian. Sahabat aku ada beli rumah. Bekas suaminya sebagai penama kedua. Jadi jika ikut undang2, bekas suami mmg berhak atas rumah tu. Sekarang bekas suami mahu rumah itu di jual, dan dia mahukan bahagian yang dia patut dapat. Di sini, perlu aku kata kan yang bekas suami sahabat aku ini seorang lelaki yang tidak berhati perut dan telah menganiaya anak dan isterinya. Kenapa aku berkata begitu? Sbbnya :

1.  Sahabatku hanya meminta RM3,000 sbg mutaah, sedangkan sepatutnya dia dapat lebih dari itu. 12 tahun hidup sebagai suami dan isteri, tuntutan sebanyak itu terlalu kecil sebenarnya. Hinggakan sewaktu membuat tuntutan itu, pegawai agama bertanya berulang kali. Kenapa hanya sebanyak itu yang Puan minta? Jumlah tu sikit sangat. Jawab sahabat ku : " Saya tahu dia tidak mampu".... Dan mahkamah bersetuju dgn tuntutan ini, itupun suami hanya mampu bayar bulanan sedikit2 sampai habis.

2.  Nafkah anak sebanyak 2 org. RM300. Bermakna hanya RM150 seoarng setiap bulan. Hakim sendiri mengatakan jumlah itu tidak mencukupi utk membesarkan anak pada waktu ini. Tetapi jika itu sahaja yang suami mampu beri, Puan perlulah beri pertimbangan, dan jika nanti perbelanjaan anak2 semakin meningkat, Puan boleh membuat tuntutan untuk menambahnya. Dan sahabat aku bersetuju dengan jumlah ini.Katanya dia tahu suaminya tak mampu.

Dari dua tuntutan di atas, apa pendapat dan pandangan anda semua?
Mutaah. Tidak perlu saya pertikaikan dan katakan. Jika sahabat saya sendiri mengatakan, tidak mengapalah jika hanya itu yang dia mampu. Tetapi apa yg saya ingin tegaskan dan persoalkan, cukupkah RM300 utk 2 org anak yg berusia 12 dan 8 tahun. Kita pun tahu, belanja sekolah sahaja sudah mencecah RM50 seorang. Dan budak2 sekarang semuanya bersekolah pagi dan petang. Belum lagi bayaran kelas tuisyen, tambang bas, kelas2 lain, alat tulis, pengasuh dan macam2 lagi. Bgmana pula dengan makanan dan pakaian harian. Jelas kan dekat situ sahaja memang sudah tidak mencukupi lansung.    

Tetapi sahabat saya, seorang yang tulus hatinya. Bertimbang rasa dan menerima seadanya. Katanya itu pun cukuplah dan tak tentu suaminya akan bayar. Sekarang pun hanya hulur RM100 sebulan. Itupun sebenarnya, sahabat saya ini lansung tidak mahu membuat apa2 tuntutan, tetapi di sebabkan suami mahukan duit dari rumah tu, maka dia terpaksa juga melakukannya. Sedaya upaya dia tidak mahu membebankan suami tetapi rupanya si suami mempunyai hati yang hitam. Tiada hati perut. Kenapa suami beria2 ingin rumah tu di jual dan dia mendapat bahagiannya.? Sbbnya dia terlalu banyak berhutang dengan orang. Dan dia mahukan duit sejumlah yang besar tanpa memikirkan apa yang akan berlaku selepas itu. 

Hakikatnya, hanya nama dia sahaja yg ada sebagai penama kedua. Tetapi segala urusan, wang yang keluar dari mula, pembayaran peguam, pinjaman perumahan, pengeluaran EPF, bayaran bulanan, segala bil2 bulanan, segala cukai2, semuanya sahabat saya yang keluarkan. Jadi di mana kah harta sepencarian yang di maksud kan si suami. Percaya tak yang mereka berkahwin selama 12 tahun, tetapi tidak tggl bersama selama 10 thn. Nafkah bulanan pun di beri ikut suka. Dan saya akan ceritakan kisah derita sahabat saya ni dalam entri saya yang lain ye. Sebab banyak yang ingin saya kongsikan nanti. 

Bukankah ini satu penganiayaan. Tak terfikir kah di mana anak2 dia akan tinggal jika rumah itu di jual. Dan tak malukah dia, sedangkan dia tahu dia sebenarnya tidak mempunyai hak lansung ke atas rumah itu. Dia yang lebih tahu apa yang dia lakukan pada isteri dan anak2 nya. Memang buat masa ini, sahabat saya menyewakan rumah tu dan tinggal bersama ibunya. Juga ibu tunggal yg telah kematian suaminya. Kerana dgn duit sewa rumah tu lah dia dapat menampung kos hidup sekarang dan jga dapat menjaga ibunya. Apabila hakim mengatakan suami ada hak atas rumah itu, tetapi sahabat saya tidak bersetuju, maka kes mereka akan di sebut semula. 

Aku menyarankan sahabat aku supaya bertanya kepada yg lbh bijak pandai tantang hal ini. Adakah jika dia melawan kes ini dan bertegas untuk mempertahankan hak nya itu betul. Andai tidak, maka tak perlulah turun untuk melawan kes ini. Dan akhirnya sahabat aku merujuk dan bertanya kepada Kementerian Pembangunan Wanita Dan Masyarakat, apa yg perlu di lakukan agar suami tidak dapat lansung bahagian rumah itu.
Dan jawapan yang di beri, memberi sedikit sinar pada sahabat saya ini. Oleh kerana tidak mampu untuk membayar peguam, sahabat saya perlu berjuang membela diri sendiri. Segala bukti2 pembayaran, segala bil2 dan semua2 dokumen perlu di sediakan. Lebih elok di susun dan di buat rumusan agar senang untuk pihak mahkamah menelitinya. Alhamdullilah semua doc, surat2, bil2 masih sahabat saya simpan. Cuma perlu menyusun dan di buatkan rumusan. dan itulah yang saya dan sahabat saya bersengkang mata malam tadi utk menyediakan semua dokumen2 tersebut.

Dan selepas itu juga, sahabat saya perlu tahu betapa sebenarnya tuntutan mutaah yg patut suaminya bayar dan semua bil2 pembayaran anak juga perlu di sedia kan. Ini adalah untuk memberitahu pada mahkamah, yang dia sudah cukup bermurah hati, menerima seadanya apa yang di beri dan tidak meminta macam lagi dari suaminya. Jika dia boleh bertimbang rasa, kenapa suami lansung tak boleh bertimbang rasa. Sanggup bersikap kejam dan menganiayai isteri dan anak2 sendiri. Percaya tak, semalam sewaktu saya menyusun semua dokumen2 tersebut, apa yang saya dapat lihat, tak mustahil si suami tu akan masuk jerangkap dia sendiri. Tak mustahil mahkamah akan meminta dia membayar semula lebih dari apa yang telah di persetujui sbb bukti2 tu semua sahaja sudah cukup kukuh  untuk membuktikan yang sahabat saya di pihak yang benar. Dan InsyaAllah, org yg di aniayai itu selalu akan dilindungi.

Jika ada pendapat dan pandangan dari sesiapa sahaja tentang kes ini, kongsilah bersama saya. Kadang2 kita perlu bertanya pada ramai orang, untuk memastikan apakah betul tindakan yang kita lakukan dan apakah kesan2 selepas itu. Bantu saya untuk membantu sahabat saya ini. Kenapa saya terlalu berjuang untuknya, akan saya kongsi derita sahabat saya ini selama 12 tahun perkahwinannya nanti. InsyaAllah.