Inilah keadaan keserabutan aku malam tadi. Apa cerita di sebalik ni ye? Apa sebenarnya yang aku sedang lakukan sekarang ni? Jom baca cerita aku.
Sebenarnya apa yang aku lakukan sekarang ini, adalah aku sedang membantu seorang sahabat baik aku yg mengahadapi masalah tentang kes penceraiannya. Kes tuntutan harta sepencarian. Kenapa aku perlu bersengkang mata dan bersungguh2 membantu sahabat aku ni? Bukan duit, bukan populariti yang aku cari, tapi lebih kepada menolong dan jugak membela nasib wanita. Kes dia ni lebih kepada kes penganiayaan. Sebab tu aku bersungguh2 membantunya. Sahabat ketawa senang nak cari kan, tp sahabat menangis, yg mampu berkongsi apa sahaja, susah nak cari. Jadi inilah pilihan aku, menjadi sahabat susah senang bersama. InsyaAllah....
Setiap penceraian, biasanya akan ada tuntutan2 yg perlu di selesaikan. Tuntutan mutaah, nafkah anak dan juga harta sepencarian. Dalam kes sahabat aku ni, tuntutan mutaah dan nafkah anak tidak ada masalah. Tetapi tidak dalam harta sepencarian. Sahabat aku ada beli rumah. Bekas suaminya sebagai penama kedua. Jadi jika ikut undang2, bekas suami mmg berhak atas rumah tu. Sekarang bekas suami mahu rumah itu di jual, dan dia mahukan bahagian yang dia patut dapat. Di sini, perlu aku kata kan yang bekas suami sahabat aku ini seorang lelaki yang tidak berhati perut dan telah menganiaya anak dan isterinya. Kenapa aku berkata begitu? Sbbnya :
1. Sahabatku hanya meminta RM3,000 sbg mutaah, sedangkan sepatutnya dia dapat lebih dari itu. 12 tahun hidup sebagai suami dan isteri, tuntutan sebanyak itu terlalu kecil sebenarnya. Hinggakan sewaktu membuat tuntutan itu, pegawai agama bertanya berulang kali. Kenapa hanya sebanyak itu yang Puan minta? Jumlah tu sikit sangat. Jawab sahabat ku : " Saya tahu dia tidak mampu".... Dan mahkamah bersetuju dgn tuntutan ini, itupun suami hanya mampu bayar bulanan sedikit2 sampai habis.
2. Nafkah anak sebanyak 2 org. RM300. Bermakna hanya RM150 seoarng setiap bulan. Hakim sendiri mengatakan jumlah itu tidak mencukupi utk membesarkan anak pada waktu ini. Tetapi jika itu sahaja yang suami mampu beri, Puan perlulah beri pertimbangan, dan jika nanti perbelanjaan anak2 semakin meningkat, Puan boleh membuat tuntutan untuk menambahnya. Dan sahabat aku bersetuju dengan jumlah ini.Katanya dia tahu suaminya tak mampu.
Dari dua tuntutan di atas, apa pendapat dan pandangan anda semua?
Mutaah. Tidak perlu saya pertikaikan dan katakan. Jika sahabat saya sendiri mengatakan, tidak mengapalah jika hanya itu yang dia mampu. Tetapi apa yg saya ingin tegaskan dan persoalkan, cukupkah RM300 utk 2 org anak yg berusia 12 dan 8 tahun. Kita pun tahu, belanja sekolah sahaja sudah mencecah RM50 seorang. Dan budak2 sekarang semuanya bersekolah pagi dan petang. Belum lagi bayaran kelas tuisyen, tambang bas, kelas2 lain, alat tulis, pengasuh dan macam2 lagi. Bgmana pula dengan makanan dan pakaian harian. Jelas kan dekat situ sahaja memang sudah tidak mencukupi lansung.
Tetapi sahabat saya, seorang yang tulus hatinya. Bertimbang rasa dan menerima seadanya. Katanya itu pun cukuplah dan tak tentu suaminya akan bayar. Sekarang pun hanya hulur RM100 sebulan. Itupun sebenarnya, sahabat saya ini lansung tidak mahu membuat apa2 tuntutan, tetapi di sebabkan suami mahukan duit dari rumah tu, maka dia terpaksa juga melakukannya. Sedaya upaya dia tidak mahu membebankan suami tetapi rupanya si suami mempunyai hati yang hitam. Tiada hati perut. Kenapa suami beria2 ingin rumah tu di jual dan dia mendapat bahagiannya.? Sbbnya dia terlalu banyak berhutang dengan orang. Dan dia mahukan duit sejumlah yang besar tanpa memikirkan apa yang akan berlaku selepas itu.
Hakikatnya, hanya nama dia sahaja yg ada sebagai penama kedua. Tetapi segala urusan, wang yang keluar dari mula, pembayaran peguam, pinjaman perumahan, pengeluaran EPF, bayaran bulanan, segala bil2 bulanan, segala cukai2, semuanya sahabat saya yang keluarkan. Jadi di mana kah harta sepencarian yang di maksud kan si suami. Percaya tak yang mereka berkahwin selama 12 tahun, tetapi tidak tggl bersama selama 10 thn. Nafkah bulanan pun di beri ikut suka. Dan saya akan ceritakan kisah derita sahabat saya ni dalam entri saya yang lain ye. Sebab banyak yang ingin saya kongsikan nanti.
Bukankah ini satu penganiayaan. Tak terfikir kah di mana anak2 dia akan tinggal jika rumah itu di jual. Dan tak malukah dia, sedangkan dia tahu dia sebenarnya tidak mempunyai hak lansung ke atas rumah itu. Dia yang lebih tahu apa yang dia lakukan pada isteri dan anak2 nya. Memang buat masa ini, sahabat saya menyewakan rumah tu dan tinggal bersama ibunya. Juga ibu tunggal yg telah kematian suaminya. Kerana dgn duit sewa rumah tu lah dia dapat menampung kos hidup sekarang dan jga dapat menjaga ibunya. Apabila hakim mengatakan suami ada hak atas rumah itu, tetapi sahabat saya tidak bersetuju, maka kes mereka akan di sebut semula.
Aku menyarankan sahabat aku supaya bertanya kepada yg lbh bijak pandai tantang hal ini. Adakah jika dia melawan kes ini dan bertegas untuk mempertahankan hak nya itu betul. Andai tidak, maka tak perlulah turun untuk melawan kes ini. Dan akhirnya sahabat aku merujuk dan bertanya kepada Kementerian Pembangunan Wanita Dan Masyarakat, apa yg perlu di lakukan agar suami tidak dapat lansung bahagian rumah itu.
Dan jawapan yang di beri, memberi sedikit sinar pada sahabat saya ini. Oleh kerana tidak mampu untuk membayar peguam, sahabat saya perlu berjuang membela diri sendiri. Segala bukti2 pembayaran, segala bil2 dan semua2 dokumen perlu di sediakan. Lebih elok di susun dan di buat rumusan agar senang untuk pihak mahkamah menelitinya. Alhamdullilah semua doc, surat2, bil2 masih sahabat saya simpan. Cuma perlu menyusun dan di buatkan rumusan. dan itulah yang saya dan sahabat saya bersengkang mata malam tadi utk menyediakan semua dokumen2 tersebut.
Dan selepas itu juga, sahabat saya perlu tahu betapa sebenarnya tuntutan mutaah yg patut suaminya bayar dan semua bil2 pembayaran anak juga perlu di sedia kan. Ini adalah untuk memberitahu pada mahkamah, yang dia sudah cukup bermurah hati, menerima seadanya apa yang di beri dan tidak meminta macam lagi dari suaminya. Jika dia boleh bertimbang rasa, kenapa suami lansung tak boleh bertimbang rasa. Sanggup bersikap kejam dan menganiayai isteri dan anak2 sendiri. Percaya tak, semalam sewaktu saya menyusun semua dokumen2 tersebut, apa yang saya dapat lihat, tak mustahil si suami tu akan masuk jerangkap dia sendiri. Tak mustahil mahkamah akan meminta dia membayar semula lebih dari apa yang telah di persetujui sbb bukti2 tu semua sahaja sudah cukup kukuh untuk membuktikan yang sahabat saya di pihak yang benar. Dan InsyaAllah, org yg di aniayai itu selalu akan dilindungi.
Jika ada pendapat dan pandangan dari sesiapa sahaja tentang kes ini, kongsilah bersama saya. Kadang2 kita perlu bertanya pada ramai orang, untuk memastikan apakah betul tindakan yang kita lakukan dan apakah kesan2 selepas itu. Bantu saya untuk membantu sahabat saya ini. Kenapa saya terlalu berjuang untuknya, akan saya kongsi derita sahabat saya ini selama 12 tahun perkahwinannya nanti. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment