" ...The beauty of a woman is not in the clothes she wears, the figure that she carries. or the way she combs her hair.... The beauty of a woman must be seen in her eyes, becouse that is the doorway to her heart, the place where loves resides...."

Followers

Monday, May 31, 2010

Minggu Periksa

Malam ni sunyinya lah aku rasa. Kenapa ek?

Sebab minggu ni minggu untuk aku mengatakan TIDAK pada TV dan Radio. Minggu ni minggu hero aku periksa. Jadi kenalah bagi tumpuan penuh kat dia. Bila time2 periksa ni, dah takde nak ulangkaji pelajaran lagi. Cara aku, aku bagi dia buat ujian. Macam2 buku latihan dan ujian yang aku belikan. Banyak jugak buku2 ni aku borong kat Pesta Buku hari tu. Setiap kali bila dia nak periksa, mesti aku yg akan bagi dia ujian dulu. Kadang2 dia komplen, soalan yang mama bagi tu lagi susah.

Pelajaran budak2 sekarang bagi aku, agak susah berbanding dulu. Ingat lagi sewaktu aku baru melangkah ke darjah satu. Masa tu baru kita nak mengenali huruf. Tapi sekarang, masuk darjah satu je dah kena tahu membaca. Kalau tak, alamatlah susah nak ikut pelajaran yang ada. Sekarang ni, hero aku dalam darjah tiga. Simpulan Bahasa, Peribahasa, Buat ayat berdasarkan gambar, Karangan pendek, Masa dan Waktu, Tumbuh2an, Bateri, Magnet dam macam2 lagi, yang aku rasa pelajaran tu aku belajar masa aku dah tahap 2. Sewaktu darjah 4 hingga 6. Kadang2 bila mengajar aku sendiri tak faham dan kena rujuk kat buku2 rujukan dan kamus. Tapi sedaya upaya aku akan cuba juga mengajar anak aku. Belum masanya untuk aku hantar dia pergi tuisyen. Sebab aku rasa aku masih mampu lagi untuk duduk sebelah dia dan belajar bersama2 nya. Lagipun kalau aku hantar dia tuisyen aku rasa kesian sangat. Masih kecil lagi dan penuh dengan aktiviti. Jadi aku mengatakan tidak untuk buat masa ini. Tahun depan macamana pun aku kena hantar jugak sebab dah masuk tahap 2. tahap yang tak boleh lagi nak buat sambil lewa.

Aku tak pernah mengharap keputusan yang sangat cemerlang dari hero aku tu. Dan bukan juga periksa No. 1 atau 2 atau 3. Tidak sama sekali. Pinta aku kalau boleh aku nak semuanya A. Dan aku berjanji jika itu yang dapat dia beri, maka aku juga akan beri hadiah padanya. Buat masa ni, pencapaian nya aku kategorikan kepada ok sahaja. Belum sama sekali memuas kan hati aku. Tapi aku tahu, InsyaAllah jika aku selalu dekat dan sama2 belajar dengannya, pasti dia akan dapat keputusan yang bagus. Selama ni aku tidak terlalu memberi penekanan dan jugak tidak terlalu memberi tumpuan. Sedikit leka kerana sangka ku dia masih muda. Tapi untuk tahun ni, aku agak bertegas sikit sebab aku nak dia betul2 bersedia bila dia naik ke tahap 2 nanti. Aku tak nak dia ketinggalan dan tak nak dia rasa susah dan berat untuk mengikuti pelajaran yang lebih sukar nanti. Aku tahu dia anak yang cerdik, jesteru itu tumpuan penuh sangat perlu aku beri pada nya. Maklum lah anak aku sorang tu je lah. Sedikit manja, jika aku tak duduk dan belajar sama, alamat dia pun ntah ke mana.
Anak lelaki kan. Susah sikit nak fokus pada sesuatu perkara. Apapun aku sentiasa mendoakan agar dia di kurniakan akal yg cerdik dan terang hatinya untuk menerima setiap sesuatu yg di pelajarinya. Dan moga dia mendaapat keberkatan dari Ilahi untuk apa jua yang di lakukannya.  Amin.....

Sunday, May 30, 2010

Kisah anak2 buah kesayangan aku


Kali ni aku nak bercerita tentang kisah anak2 buah kesayangan aku yang comel, nakal dan pintar. Minggu ni saje kedua2 nya (2 je lah anak buah yang aku ada), betul2 dah buat Umi dorang pening. 

Bermula dengan Shida (satu2 nya cucu perempuan mak), 11 tahun. Tinggal dengan mak aku kat Kampung. Pelajar harapan sekolah utk UPSR tahun depan. Sebelum ni dia mintak kakak aku belikan rekorder, kali ni dia mintak gitar pulak. Katanya nak jadi macam Yuna. Kata kakak aku, umur baru setahun jagung, napa lah tak tunggu 18 tahun ke. he3x... Besar sungguh pengaruh Yuna ni kan.

Cite anak buah kedua pulak. Iwan (cucu sulong mak), 13 tahun. Tahun ni baru masuk asrama kat Sekolah Menengah Sains Bagan Dato, Perak. Minggu ni cuti 3 hari. So budak2 asrama di benarkan pulang ke rumah, Bertuahnya anak buah aku ni, dia lansung tak telefon Umi dia. Dia boleh telefon tokwan dia pukul 12.30 malam khamis tu dan suruh tokwan dia ambik dia. Tokwan tu baru je keluar hospital. Pagi2 tokwan dah call Umi dia, membebel tp nak jugak gi ambik cucu dia tu. Kakak aku cakap tak yah ambik, biarkan je duduk kat asrama tu sorang2. Geram sbb anak dia tak call dia lansung. Waktu tu pulak abang ipar aku outstation. Kelam kabut lah kakak aku ni. Dok pk mcm mana nak ambik anak dia ni. Siap call adik2, sape yg blh tlg. Nasib adik yg no 4 tu free. Dia lah yg jadi mangsa gi ambik anak buah aku tu. 

Sepanjang perjalanan balik, bising lah Umi ni. Kakak aku pernah bgtahu, bila dia marah2 Iwan ni, Iwan boleh suruh ayah dia cari mak lain. Mak tiri yang tak garang. He3x... sabar je lah ek Umi... salah satu yg kakak aku bising kan pasal duit. Sbb Iwan kata dia tak call Umi sbb duit sde. So kakak aku tanya mana duit abang. Dia jawab abang beli listerine, minyak wangi follow me ngan bayar duit palang katil patah. Terkejut Umi dia. Siap tanya abang buat apa nak pakai listerine ngan minyak wangi tu. Abang nak pakai lah Umi. Abang rasa mulut ngan badan abg berbau lah. Ha3x... pecah perut kita org gelak. Tu tanda anak Umi dah nak jadi org bujang. Camana lak palang katil tu blh patah. Abang pun tak sedar, dorang kata abang ngigau masa tido. Adesh... ni mmg ikut tokwan ngan umi dia lah ni. Tokwan dia pernah ngigau samapi bersilat. Umi pulak pernah ngigau sampai nangis2. So nak salah kan sapelah tu kan. Lagi satu cite, bila Umi tabnya pelajaran mcmana. Dia jawab. Umi jangan risau lah. Abang dalam senarai 120 pelajar terbaik. Bila Umi tanya pelajar semua ada berapa org. Jawab Abang ngan selamba, 150 orang. Aduhai tersedak Umi dgr jwpn abang. Abang... Abang... mcm2 hal budak sorang ni. Ada je jwbnya bila di tanya. Jwpn yg x tercapai dek akal lak tu.

Tulah kisah anak2 buah aku. Walau nakal tapi alhamdullilah di kurniakan otak yg pintar. Dan sebagai hadiah atas kecemerlangan dorang dalam pelajaran, tahun lepas aku pun bawak dorang bercuti dan jalan2. Percutian yang sgt2 seronok kata dorang. Anak2 buah kesayangan Mak Ngah. Mak Ngah sentiasa doakan kejayaan korang. Abang Iwan n Adik Shidah lah contoh terbaik buat Noan. Sayang Iwan, Shidah n Noan. Muah!

Gambar kenangan dgn Noan n anak2 buah tersayang sewaktu bercuti di The Legend International Waterhomes.











Saturday, May 29, 2010

Majlis Jasamu Di Kenang - Guru2 SK Pandan Jaya.

Tajuk :  Majlis Makan Malam Jasamu Di Kenang - Guru2 SK Pandan Jaya
Anjuran : AJK PIBG
Tarikh : 21hb Mei 2010
Tempat : Bora Ombak, Ampang

Alhamdulillah.... Majlis Makan Malam ini dapat di laksanakan dgn jayanya. Bukan mudah nak menjayakan majlis seperti ini dengan budget yg kosong. Tapi sebab ingin menghargai jasa2 guru sekolah ini, Pihak PIBG berusaha juga utk menjayakan majlis ini. Mengedarkan surat meminta sumbangan tidak semudah apa yg tertera di surat tu. Dan tak semua yg dapat surat tu akan memberi sumbangan. Sumbangan mmg tak mencukupi utk meneruskan majlis ni. Hingga ada AJK PIBG minta mohon batalkan sahaja majlis ni. Tapi mengalah bukan prinsip aku dan org2 kuat yg ada dalam PIBG. Kata sepakat di capai, kami bersama2 turut menyumbang sedikit dr poket sendiri. Tak apalah kan, Apalah yg nak di pertikaikan, sumbangan tu bukan banyak sampai membebankan AJK. Lagipun kalau di banding dgn jasa2 guru ni, sebenarnya sumbangan tu hanya sekelumit sahaja. InsyaAllah jika ada umur yg panjang, dan guru2 gembira dgn majlis ini, mungkin majlis makan malam ini boleh di adakan setiap tahun.

Gambar2 yang sempat di rakam kan di majlis tersebut.

Terima kasih buat anak Kak Arena yg berusaha membuat banner ni. 


Committe member. Kak Arena dan En Kamarudin tiada dalam gambar. Kak Arena org kuat, bz sepanjang majlis. En. Kamaruddin pulak belum sampai masa ni. Tidak hadir En Punir, emergency wife masuk wad.


Tugas aku sambut tetamu n bg door gift. Maklumlah AJK perempuan ada dua org je kan.


Para guru2 yg di raikan.

Pn. Mintal - Guru Besar SKPJ

Bacaan doa dari Ustaz Hafiz, Guru kelas anak aku.


Senyuman kepuasan.

Bacaan sajak dari murid sekolah SKPJ


Lucky Draw
Guru2 yg terpilih utk main game. Kad merah tu di letakkan bwh kerusi. Kerusi sape yg ada kad merah ni, dia lah yg kena dtg depan.
Berusaha mengurat ni. Sbb game ni perempuan kena ngurat lelaki.


Cikgu Fadilah - Guru BI n Music. Sedap suara cikgu menyanyi.
Bakat2 cikgu. Hebat. Cikgu Fairos - Sains


Berbakat sungguh cikgu2 SKPJ ni. Boleh nyanyi live band lagi. Cikgu Rizal - BM.


Pocho2 time. SUke2 memeriahkan majlis. Bukan terel pun. Belasah je. 


Bersemangat Cikgu Halimah. Goyang Cikgu.... Goyang....
Senyuman ria guru2 SKPJ. Gembira ke?

Sessi bergamabr sebelum balik. Habislah Noan lepas ni Semua Cikgu dah cam muka dia. Hehe... Klu nakal cikgu2 rotan je dia.

Committee member sebelum balik.

Berbual2 dgn Cikgu Zairi -Maths, Cikgu Fav anak aku. Ni tgh dok bercite tentang perangai Noan lah ni. Kata Cikgu Zairi, Noan budak yg cerdik. Kata aku, mmg dia cerdik tp malasnya aduhai.. pening mama di buatnya. Tu yang Cikgu Zairi gelak besar tu. Dah tentu dia lebih tahu perangai anak aku kat sekolah mcm mana. Maklumlah perangai anak ni klu kat rumah lain, kat sekolah lain. Ngan mak ayah lain, ngan kawan2 pun lain. Jesteru kita tak boleh kata anak kita ni baik sbb kadang2 kita sbg ibu bapa pun x nampak true colour dia org yg sbnr.

Itulah gambar, rentetan dan kenangan yg dapat aku kongsi kan. Penat ke hulu ke hilir bagi menjayakan majlis ini, namun aku sangat berpuas hati. menerima ucapan tahniah, terima kasih, congrats sudah cukup membuatkan aku faham betapa seronok cikgu2 ni di hargai sebegini. Moga Pihak PIBG sekolah2 lain turut membuat majlis sebegini. Apalah sangat majlis yang kecil ini berbanding dengan jasa guru2 yg mengajar anak2 kita. Semoga Allah merahmati majlis ini. Dan moga tahun depan dan tahun2 akan datang majlis2 spt ini dapat di anjurkan lagi. InsyaAllah.

Friday, May 28, 2010

Maaf ye... Aku bukan sombong.

Aduh... lamanya aku tak berkarya. Tak menjenguk ke sini. Maaf ye pada kawan2 sbb aku tak berkesempatan menjelajah kat blog2 korang. Aku tahu ada mcm2 yg berlaku, mcm2 pertandingan yg di anjurkan berkenaan ngan blog oleh geng2 blogger, byk jugak info mcmana nak naikkan taraf blog pada sape2 yg baru berblogging ni. Bukan aku sombong atau berlagak bagus. Tak nak join korang atau tak nak ambil tahu . Tapi sungguh aku tak berkesempatan. Tak apalah, karya ku hanya luahan hati kau, akitiviti aku. Blog aku adalah cerita aku. Tak bertanding apa2 atau tak naik taraf pun xpe lah. Aku hanya suka2 menulis.

MALAS KAH AKU? Tidak... aku bukan malas utk berkarya @ membaca karya2 org lain. Banyak sebenarnya yang aku nak ceritakan. Tapi.... aku MALAS nak bukak laptop. Sbb aku tahu bila aku mula bukak laptop, berfb, berkarya, membaca dn mencari info2 kat tenet ni, bermakna aku akan jd sgt leka. 24 jam pun blh mengadap laptop. Jadi kerana aku tak nak itu berlaku, aku tak nak segala kerja2 aku yg lain terbengkalai, terpaksa lah aku pejam mata dan kuatkan hati utk tidak bukak laptop lansung.

Sebagai seorang Isteri, Ibu dan bekerja, masa itu sangat suntuk untuk aku lakukan semua perkara. Lebih2 lagi saat dan waktu ini, sudah dekat sebulan, hubby agak bz. Ada projek yg perlu di siap kan dan di kejar sblm dateline. Jadi aku lah superwoman yg perlu menguruskan semuanya. Memasak, membasuh, mengajar Noan, menemani dia ke kelas2 dn mcm2 lagi. Balik dari kerja rasa mcm melayang2 badan. Itu ini semua perlu di buat. Ya.. anak aku sorang je. Mungkin ada yg mengatakan buat apa lah aku sibuk nak masak klu setakat hanya aku n Noan je yg makan. Tp aku lbh percaya kata2 yg air tangan ibu tu lebih afdal untuk menyuap makanan pd anak. Supaya anak tu sentiasa dekat dan ingat pd ibunya. Begitu juga suami. Tambatlah ia dgn air tangan isteri. Tentu juga dia akan sentiasa ingat kat isterinya.

Bila habis semua kerja, sudah tentu jam akan mencecah lebih pukul 12 malam. Kadang2 rasa mata tu dah tak boleh nak bukak. Letak kepala atas bantal, kejap je aku dah lena. Kadang2 hubby balik pun aku tak perasan pukul berapa, walau kadang2 sedar. Tapi bukak mata sikit je lah, pastu pejam balik. Nasib lah dia faham. dan dia pun selalunya balik kepenatan. Tak nak berbual panjang. lepas mandi terus tido. Kesian kat Noan. Hanya dapat jumpa n berbual ngan Papa dia masa nak pergi sekolah. Sebab tu lah aku sentiasa berada dekat dengan dia, supaya dia tak rasa kesunyian. Ialah dah lah tak ada adik. Klu aku biar je, mesti dia sunyi n rasa diri tak siapa yang peduli. Sebab tu aku lebih rela lupakan laptop, fb, blog dari aku tak hiraukan hero aku tu. Aku tak nak dia kata aku lebih pentingkan laptop dari dia. Pedih statement tu kalau di dengar.

Apapun aku mohon maaf dari semua teman2. Jangan ada yang rasa aku sombong ye. Aku harap teman2 semua faham situasi aku. Andai ada masa aku pasti jengah blog2 kalian. dan pasti juga aku berkarya lagi.

Wednesday, May 12, 2010

Nakalnya Aku....

Bila sendirian kadang2 terkenang zaman aku kecik2 dulu. Kalau korang kata korang nakal, aku rasa aku lagi nakal. Nakal yang aku sendiri pun tak sangka macam tu sekali aku ni. Bukan setakat nakal tapi lasak pun ye. Aku rasa hero cilik aku pun tak senakal aku.

 
Aku dlm pelukan abah. Comel x? Anak abah aku ni. Depan tu gambar kakak aku.


Kisah kenakalan dan kelasakan aku bermula sejak aku mula pandai bertatih lagi. Cerita mak, aku memang tak reti diam. Mak pernah terkena eksoz motor sebab nak halang aku dari terkam abah balik kerja. Sampai sekarang parut kat kaki mak sebab melecur tu masih ada. Kesian mak.... Cerita mak lagi, aku ni suka buat eksperimen. Antaranya..... Masa mak abah gi kerja, kakak sedara ambil alih jaga aku, kakak dan adik aku. Pagi2 mak akan buat kan air milo untuk abah. Biasanya abah akan minum sikit dan selebihnya dia akan simpan kat peti ais. Bila balik kerja nanti baru dia minum. Aku yang konon2 bijak pandai ni dah buat sesuatu kat air milo tu. He3x.... Abah balik je kerja, dia terus minum air tu. Dia rasa air tu pahit tapi dia telan gak  Dah nak habis baru dia tanya mak, nape air milo dia pahit. Mak pun rasa, n mak ternampak botol ubat mata atas peti ais. Bila mak pegang botol tu dah kosong. He3x... tulah kerja aku. Aku dah tuang ubat mata tu kat air milo abah. Kesian abah... Bertuah punya anak. Nasib abah tak sakit perut.

Tinggal di rumah setinggan di Kg Pandan Dalam, banyak betul kenangan kenakalan dan kelasakan aku ni. Nama je perempuan, perangai aduhai... mengalahkan budak laki. Tak tahu penat, tak tahu takut. Antara perkara yg paling mencabar jiwa mak abah aku ialah masa umur aku 7 tahun. Aku ajak adik aku yg berumur 3 tahun turun perigi. Perigi tu dalam, tp abah ada buat lekuk2 kat tepi perigi tu utk abah turun bila dia nak bersihkan perigi. Aku n adik turun dalam perigi tu, konon2 nak berenang macam kat pool. Air perigi tu tak lah dalam sangat. Bila kita org lama tak keluar dari bilik air, mak pun jenguklah kita org. Punyalah terkejut mak bila tengok kita org dalam perigi tu. Apa lagi kena balun lah lepas tu. Dengan getah paip lagi. Sakit oooo... Bukan satu line je birat dia tp 2 line setiap kali libas.

Lagi satu yg aku buat yg membahayakan nyawa adik aku... Aku ni dari kecik mmg suka menari. satu hari tu mak suruh aku jg adik aku yg no 4. Masa ni adik aku baru je belajar nak meniarap. Aku boleh letak adik aku kat atas mesin jahit, lepas tu aku menari depan dia. Konon mcm dia jadi penonton aku lah. Kan adik aku tu baru je belajar meniarap. masa tu dia baru nak mengiring kan badan dia, aku lak leka menari sambil nyanyi. Nasib baik mak nampak. Apa lagi terjeritlah mak di buatnya. Kalau tak mahu adik aku tu jatuh dari mesin jahit. Dan tak tahu lah jadi apa kat adik aku tu kalau dia jatuh.

Itu cerita yg leh membahayakan adik2 aku. Ni lak cite yg membahayakan aku. Antaranya....
Masa mak nak bersalin, adik aku yg no 5 @ yg bongsu, sebelum abah nak gi hospital tengok mak, abah dah pesan kat aku. Jgn buat benda bukan2. Jgn nak masak apa2. Tapi tak lama lepas abah keluar je, pala otak aku ni rasa nak masak telur goreng. Aku pun mulakan lah aktiviti memasak aku. Anak yg nakal, yg tak nak dengar nasihat org tua, Allah marah tau. Dia tunjukkan pada aku,jgn ingkar cakap ibu bapa. Masa aku tengah memasak tu tiba2 minyak meletup. Terpercik habis kat tangan aku. Apalagi melolong lah aku sorang2. Bila abah balki, punya lah abah bising. Satu pasal abah, dia jarang rotan anak2. Tapi semua takut kat abah. Abah jengil bijik mata je semua dah kecut. Bising2 pun dia sapu gak minyak kat tangan aku ni. He3x.... anak kesayangan kata kan.

Lagi satu, duduk rumah setinggan ni, air paip kena catu. Bukan sentiasa ada je. Setiap sebuah rumah di beri masa sejam sahaja setiap hari untuk pasang n tadah air. So bila tiba waktunya mak pun suruh lah aku pasang air. Aku pun menjalankan tugas aku dengan baik. Bila dah pasang air n waktu nak balik rumah, aku pegang kayu panjang sambil berlari2. Sekali tu kayu tu tersekat kat batu n melantun balik kat peha aku. Tercucuk kayu tu kat peha aku. Sipi2 nak terkena kat dotdotdot... Bila aku tarik keluar kayu tu, dgn isi2 peha aku keluar sekali. Adalah dalam seinci gak isi tu terkeluar. terkezut aku di buatnya. Yg peliknya darah x banyak keluar masa tu. Bila tgk isi tu mcm tu, aku pun berlari balik. Sampai rumah, terus aku jerit panggil mak. bila mak tengok mengucap panjang org tua tu. Masa tulah baru aku nangis. Mak cuci sekitar luka tu, ambik kain, balut kaki aku. Pastu mak srh aku tido sementara abah balik. Masa tu mana ada hp or telefon nak call abah. Bila abah balik je baru abah bawak gi klinik. Kat klinik apalagi melalak lah aku. Cerita abah, doktor tu cuci isi peha aku tadi, pastu dia masukkan balik isi tu. Pastu baru dia jahit. Sampai sekarang parut jahitan tu masih ada lagi. Ngeri bila di kenangkan. Kakak aku kata aku ni tak tahu dtg dari planet mana. Dia kata punyalah takut dia tgk peha aku tu. He3x... nak wat camna kan. Dah lasak.

Itulah antara cerita kenakalan dan kelasakan aku masa kecik. banyak lagi sebenanrnya tp sbb mata aku dah layu, aku ingat aku sambung lain kali je lah. Korang rasa aku nakal tak? Aku rasa Ya Allah.... nakalnya aku ni. Kesian mak abah aku kan. Tapi sekarang dah tak nakal lagi dah. Dah baik tau. Janji aku, aku dah tak nak buat apa2 yg blh buat mak abah pening ngan aku ni. Cukup2 lah ngan apa yg aku dah buat selama ni. Mak abah.... angah mintak ampun dan maaf banyak2 atas salah dan silap angah. Anak mak abah yg paling nakal ni. Angah sayang mak abah sgt2. Sebab mak abah lah yg byk ajar angah erti hidup. Kesabaran dan ketabahan. Dan mak abah lah antara yang paling istimewa dan paling membahagiakan hidup Angah. InsyaAllah Angah akan sentiasa cuba bahagiakn mak abah jugak. Amin....

Saturday, May 8, 2010

Kisah Mak... Selamat Hari lahir n Selamat hari Ibu....

Hari ini hari jadi mak yang ke 64 tahun. Seawal pagi, aku dah telefon mak dan ucap happy birthday. Suara mak membuat kan aku rindu sangat2 kat mak, Serasa ingin aku terbang balik kampung peluk mak.
Mak.....
Seorang yg tegas dan garang tapi mempunyai hati yg sangat lembut. Seorang yg sgt penyabar dan sgt tabah. Hidup mak sedari kecil penuh dgn liku2. Aku sendiri tidak tahu dari mana kah kekuatan tu datang. Aku sendiri tak rasa aku mampu melaluinya.
Mak....
Kehilangan ibu kandung ketika berusia 1 thn 8 bulan. Ketika masih belum mengerti apa erti hidup. Hidup dgn nenek dan abang sedara. Banyak yg mak ceritakan kenangan mak masa kecil2 dulu. Antaranya lawn ludah plg jauh. Rumah kampung tingkap nya tinggi. Jadi mak n abg sedara mak main lawan ludah sape paling jauh. Dan sebab mak tak nak ngaku kalah, mak sanggup panjat tingkap. Tapi mak jatuh. Mak cakap sakit sgt2. Merangkak mak masuk kolam tahan sakit. Nak ngadu ngan nenek takut nenek marah. Mak tinggal ngan nenek sampai nenek meninggal. Lepas tu mak tinggal ngan ayah mak (arwah tok wan) n mak tiri mak (arwah tuk).
Bermula lah hidup mak dgn mak tiri. Aku tak akan bercerita bgmana hidup mak ngan mak tiri ni. Sbb mak tiri tu kan tuk aku jugak. Yang aku boleh kata kan, mak tiri tetap tak sama dgn mak kandung. Dan mak tiri mak seorang yg sgt garang. Jd faham2 sendirilah kan. Mak selalu membawa diri dalam dusun durian sorang2 bila hati dia sedih. Dan kawan mak adalah sekor kambing. Dh x ingat nama dia. Kambing ni mak kata, manja sgt ngan mak. Klu mlm2, kambing ni x nk tido sorang2 kat luar pondok. Bising n memekak. Bila mak bawak masuk pondok baru dia diam. Dia nak tido ngan mak. Agaknya dia mmg nak teman mak sbb dia tahu mak tgh sedih. Tapi yg x bestnya bila tgh2 malam dia selalu kencing kat mak. Bayangkan pukul 2 pagi, mak kena mandi sungai sbb kena kencing kambing. Masa tu umur mak baru 10 tahun. Mak lansung tak rasa takut tinggal kat dusun tu sorang2. leh mandi sungai lak pukul 2 pagi.
Mak....
Seorang budak yg bijak. Walau mcm2 kerja kena buat lepas balik sekolah tp mak selalu dapat keputusan priksa yang bagus. Dan mak kecewa sgt bila tuk bising kat tokwan, tak bagi mak sambung belajar kat sekolah menegah. dia kata banyak nak pakai duit. membazir n mcm2 lagi. Tapi mak kuat semangat. Tokwan pun faham masalah mak. Tokwan mmg sgt pentingkan pelajaran anak2. Tokwan hantar jugak mak masuk sekolah menegah kat bandar. Kata tokwan klu mak duduk kg mesti mak susah nak belajar. Tokwan cari rumah tumpang untuk mak tinggal. Mak tinggal ngan org India. baik orang tu. Cuma yang tak bestnya, bila dia dapat tahu mak 1st time datang bulan, dia blh buat kenduri mcm yg doarng selalu buat bila anak2 dorang dtg bln kali pertama. Mak belajar menjahit melalui buku, n apa yang dia jahit dia jual, utk menampung hidup dia, Dia tak nak susahkan tokwan. Mak berhenti sekolah masa ting 3. mak kesian kat  tokwan sbb asyik kena marah ngan tok pasal dia. Mak merajuk n xnk sambung beljar wlu mak dpt keputusan yg bagus. Dan mak mula bekerja. mak jadi cikgu sekolah buta huruf. Cerita mak, susahnya nak mengajar org2 tua yg lidahnya dah keras membaca. Tgk saje cerita pendekar Bujang Lapuk. Jenuh kan nak mengajar.
Mak bawa diri ke KL....
Tak lama kat kg.. mak merajuk lagi n bawak diri kat KL.  Mak tinggal ngan nenek sedara mak (kakak mak... mak) kat Kg Baru. Tinggal beramai2 dgn anak2 buah atuk n nenek. Peristiwa yg plg mak tak dpt lupakan ialah masa 13 Mei. Peristiwa berdarah. Pergaduhan perkauman. Darurat semua org tak di benarkan keluar. Masa tu mak kerja kat area Chow Kit. Bila semua di arahkan balik, mak pun kelam kabut balik. Org ramai berpusu2 n berebut2 balik. Dan mak terpaksa jugak berebut n dpt naik bas last utk balik. Atuk ngan nenek punya lah risau masa tu. Takut apa2 terjadi kat mak. Alhamdullilah mak sampai jugak rumah nenek.
Bertemu jodoh.....
Jodoh mak kat rumah nenek jugak. Mak anak buah nenek. Abah pulak anak buah atuk. Anak2 sedara atuk yg turun dr kg plg ramai tumpang duduk rumah atuk. Tp anak sedara nenek, mak sorang je. Masa tinggal ramai2 mak cukup anti ngan abah. maklumlah bila dah tggl ramai2, lelaki bujang pulak tu. Main campak2 je baju, seluar. kadang2 seluar kecik pn main campak2. Pinggan mangkuk x yah cakap lah. Tu yg buat mak anti tu. tapi bak kata org... dah jodoh kan. Org yg selalu kita anti tu lah yg selalu jd jodoh kita. He3x... Mak dpt rmh kat Flat Cheras. So nenek risau sgt ngan mak. Yelah anak buah dia tu je lah sorang. So nenek selalu srh abah tgk2 kn mak. Bila abah selalu tgk2 kan mak, atuk ingat mak ngan abah ada apa2. Terus atuk masuk minang. Mak pun tak tahu. Tiba2 je dpt call dari kg, tanya mak, abah masuk minang n tokwan terima. Lgpun masa tu umur mak pun dah 27 tahun. Agak lewat klu masa tu. dan tulah jodoh mak. Org yg mak anti... He3x... abah aku lah tu.
Selepas kahwin....
Mak kerja kat Shipping Company. Dari jurutaip sampai mak naik pangkat jadi secretary. Satu sbb mak cepat belajar n mak cekap. Otak mak kan mmg bijak cuma tak berkesempatan nak melanjutkn pelajaran je. mak jadi kesayangan Boss, sbb tu mak cepat naik pangkat. Tp biasalah bila mcm tu, ramai lah yg dengki kat mak. mcm2 jugak yang mak lalui. Boss mak, mat saleh. mat saleh kan x suka org yg lembab bila buat kerja. Mak kerja sampailah anak yg ke 4. Adik aku lah tu. Masa tu kita org tinggal kat rumah setinggan kat Kg Pandan. Masa mak kerja, kita org tinggal kat rumah pengasuh kat depan rumah kitaorg. Pastu mak dapat naik pangkat jd pegawai. Tp mak kena selalu keluar daerah. Bila mak fikir2 balik, mak tak sanggup nak tinggal anak2 dia. Lagipun masa balik kerja pun anak2 macam kebulur tak makan. N mak tahu pengasuh tu mmg garang. So mak pun ambik keputusan berenti kerja.
Mak jadi pengasuh...
Mak tak pernah mengalah. Mak tahu nak besarkan anak seramai 4 org bukan senang. banyak duit yg nak kena pakai. Mak tanam sayur, bela ayam. Bila xde duit, mak tangkap ayam, kutip sayur buat lauk. Tiap bulan abah beli barang kat kedai india. Beli banyak sikit. Bila xde duit nak makan, mak tukar lah brg yg mak beli tu ngan ikan, sayur. Tak lama lepas mak berenti, mak mula jaga anak orang. Anak org yg pertama mak jaga dah berumur 31 tahun. Dah kahwin n dah dapat anak pun. Masa dia kahwin, mak datang. Dia nangis sebab tak sangka mak akan dtg. Ramai sangat anak angkat mak. Aku sendiri pun dah tak ingat sbb ramai sgt.
Keluhuran mak....
Masa kecik2, bila raya kitaorg selalu balik kg abah. Sampailah nenek meninggal, atuk ikut tinggal ngan kitaorg klat KL. So beraya lah kita org kat KL n Kg Baru. Emak tak berapa nak bawak kita org balik kg sbb layanan tuk kat kita org tak berapa best sgt. Sbb tu kitaorg byk raya kat KL. Mak jaga bapak mertua mak, (ayah abah), sampailah ke hujung hayat atuk. Mak dapat rasa atuk dah tak lama. Atuk teringin nak makan anggur. Mak pesan kat abah. Abah mtk tlg adik2 abah beli. Tp tak sorang pun yg sempat nak beli. Bila mak dah terasa yg atuk tak lama, mak pesan kat abah, tak yah tggu adik2 abah. Mak srh jugak abah beli. Abah beli anggur tp malangnya atuk x sempat nak makan. Terduduk abah dgr berita tu. Terkilan sbb anggur kat tangan abah masa dpt berita tu. Atuk meninggal masa tidur.Adik2 abah menangis x henti2.
Mak pergi umrah....
Mak tak prnh menyangka yg mak akan dpt tunaikan umrah sbb masa tu mak xde duit simpanan pn. Pak Anjang (adik mak lain ibu) ajak mak kerjakan umrah. Teman tokwan n tuk. Dia sponsor semua. Tulah yg di namakan rezeki. Dan mak tunaikan umrah selepas lepas tanggungjawab mak pada anak2 perempuan dia iaitu kakak n aku. Bila kedua2 nya dah kahwin. laluan mak kat sana mudah sgt. Mak dapat cium batu hajarull aswad dgn senang sedangkan pak anjang lansung tak dpt nak dekat. Dari situ pun kita dah tahu, keikhlasan hati mak buat perjalanan mak kat sana mudah. Alhamdullilah...
Usia tua mak.....
Bila abah dah pencen, mak ambik keputusan utk tggl kat kg mak. Mak kata mak nak jaga tokwan. nak habiskan usia tuanya berbakti pada tokwan. Abah terima keputusan mak walau pada mulanya berat abah nak terima. yelah kg tu kan kg mak. Tp Alhamdullilah, Allah bukan hati abah utk terima keputusan mak. mmg betul pun  niat mak tu. Bila mak dah tinggal kat kg, Tokwan selalu sakit. Mak n Abah lah yg ulang alik hantar tokwan ke hospital. Jauh tau dr Kubu Gajah nk ke Hospital Taiping. 40km jln mcm ular. Mak berbakti pd tokwan smplah ke hujung hayat tokwan. Dan kuatnya mak, bila tokwan meninggal, mak tak menangis. mak sgt2 tenang. Mungkin sbb dia puas dapat tunaikan t'jwb dia. Tp kami anak2 mak tahu mak sedih. Bila tokwan selamat di kebumikan, balik mak solat, masa tu barulah mak nangis. Hanya air mata yg mengalir masa mak sedekah kan yasin. Kuatnya mak.... Aku sendiri tak sanggup nak tgk kekuatan mak mcm tu,
Luhurnya dan ikhlasnya hati mak bila tok pun makin x sihat slps pemergian tok wan. Dan mak jugalah yang jaga tok. Walau ada anak2 yang lain, walau tak larat, tok tetap nak jalan dtg rumah mak. Rumah tok ngan rumah mak selang sebuah je. Hinggalah tok sakit kuat, tok minta maaf kat mak. Masa tu, barulah adik2 mak (lain ibu) baru tahu selama ni tok buat mcm2 kat mak. Tok kata sbb dia marahkan tokwan. Dia cemburu ngan mak. Dan selama ni adik2 mak tak tahu lansung sbb mak tak prnh cerita pape kat dorang. Mak turut jaga tok sampai hujung hayat tok. Maknanya dalam hidup mak, mak  dah berbakti pada bapa mertua, bapa kandung dan mak tiri nya hingga akhir hayat mereka. Ya Allah... tulusnya hati mak. Aku tak rasa aku mampu buat seperti yg mak buat. Tiada lansung dendam dalam hati mak. Keikhlasan mak sgt jelas. Kesabaran dan ketabahan mak sgt tinggi. Aku berdoa agar keluhuran, keikhlasan, kesabaran dan ketabahan mak dapat aku warisi. Aku terlalu kagum pada Mak. ampukah aku jd mcm Mak?
Keistimewaan mak....
1.  Mak boleh tahu anak2 dia buat satu kesalahan yg besar dgn hanya membaca Al-quran. Bila smp sesuatu ayat, air mata mak akn tiba2 mengalir dan dari situ mak blh tahu ada sape anak dia yg bermasalah.
2. Mak pandai masak. Sbb mak dr umur muda nenek dah ajar mak masak, sbb nenek kata nanti klu duduk ngan mak tiri dah x susah. Mak pandai masak mcm2 especially kuih muih melayu, lauk pauk. Mak jugak pandai buat roti n roti canai. Ingat lg masa kecik2 kitaorg tak beli roti tp mak yg buat. Ramai yg suka n order roti canai segera mak tp skrg mak dh tak larat sgt nak uli tepung. Karipap mak plg best. Mmmmm mak mmg pandai masak mcm2.
3. Mak kreatif. Mak pandai menjahit. jahit baju, langsir, cadar.... tangan mak sgt seni.
4. Mak terlalu byk keistimewaan yg tak mampu utk aku coretkan lagi.... Mak terlalu istimewa. Mak bukan saje di sayangi anak2 nya, tp jugak menantu2 nya dan cucu2nya. Anak2 buah pun suka bertandang rumah mak. Mak ada banyak anak angkat. Ramai yg dah kenal mak pasti takkan lupakan mak. Mak terlalu baik. Bukan aku saja yg kata begitu. Menantu mak, anak2 angkat mak dan kawan2 aku yg kenal mak pun cakap macam tu.
5. Tiada kata yg mampu aku luahkan lagi pada mak. Mak sgt2 istimewa....
Selamat Hari Lahir Mak.... Angah sayang dan rindu mak sangat... xde apa yg boleh menggantikan mak sbb mak lah syurga bagi angah......

p/s : InsyaAllah nanti aku akn kongsi cerita memori2 indah aku ngan mak......

My artwork


Khas buat hero tersayang.... Muhammad Nurhan Fitri.
Tarikh lahir : 10 January 2001

Nilah hasil nukilan ku. Beberapa hari tak cukup tido sbb nak siapkan benda alah ni. Bukan apa, saje suka2. Rasa syg sgt ngan gambar2 ni. Terlintas lak kat otak nak buat sesuatu masa tgh free ni. So ni lah hasilnya. Sekarang ni just nak frame n gantung je. Puas hati sgt2 ngan artwork ni. Noan n laling pun suka. So Noan masa baby punya dah siap. Papa punya tengah buat. Mama punya n Noan punya yg dh besar sikit, InsyaAllah nanti di siapkan jugak. Cute kan.....









Friday, May 7, 2010

Kata A, Kata B dan kata Aku....

Kata A : Dah lah.. Aku dah malas dah. Aku ckp elok2 dia nak angin, nk marah2 pulak. Malas dah aku nak call lagi.
Kata Aku : Mmm.. Jgnlah macam ni. X salahkan kalau mengalah. Pujuklah dia k.
Kata A : Biarlah. Malas aku. Sakit kepala aku. Lantak dial ah.
Kata Aku  :  Tengah marah, mmg lah kau cakap mcm ni. Tapi jap2 lagi mesti kau teringat kat dia kan. Mesti kau rasa rindu kan. Mesti kau nak dengar suara dia kan.
Kata A : Memanglah… mana tahan tak dengar suara dia. Rindu….
Kata Aku :  Hah! Ni lah perempuan. Klu dah syg… lemah longlai di buatnya. Konon nak merajuk. Tak nak call. Tapi nanti sendiri jugak yang tak tahan rindu, tak leh nak merajuk lama2.

  • Perempuan à Kata mulut biasanya tak sama dgn kata hati.

Kata B :  Yelah, tak yah lah  nak cakap benda yg sama byk2 kali. Aku tahu. Aku faham. Aku bukannya budak2.
Kata aku : Kau kena lah tegur n cakap kat dia, kau tak suka.
Kata B :  Aku dah cakap dia x nak dgr. Dia tak nak faham.
Kata aku :  Kau pun kalau nak tegur kenalah gayanya. Janganlah main terjah je. Tunggu lah time ok, time tgh seronok, tgh suka. Masa tu dalam gurauan kau cakap lah apa yang kau tak suka.
Kata B : Dah lah. Dia nak call dia call. Dia tak nak call sudah. Dia dah cakap tadi kan dia dah tak nak call aku lagi.
Kata aku :  Aku tanya… kau tlg jwb dgn ikhlas ye. Kau rasa dia tak akan call kau ke? Tak kan cari kau ke?
Kat B  :  Ye…. Dia tak kan call aku.
Kata aku  :  Lelaki… mmg ego kan. Kau blh tipu aku. Beribu kali pun kau blh tipu aku tp kau tak blh tipu diri kau sendiri. Kau jangan nak bohong aku n mengatakan itulah jawapan yg ada kat hati kau. Sebab hakikatnya hati kau jwb lain.
Kata B : Argh…. Malas lah aku nak pk….

  • Lelaki à  Ego korang mmg tinggi. Jarang sekali korang nak mengakuinya….

MUTIARA KATA

  •  Tak salah andai kita mengalah. Tak salah andai kita memujuk. Apa yg kita ingin kan, itu juga yg dia inginkan. Perlukah kita menunggu konon2 engharap ada yg memujuk. Sampai bila? Jangan panjangkan sesuatu yg  x sepatutnya.Untuk apa menahan seksa, tertonggeng menanggung rindu tetapi ego mengawal segalanya. Tak rasa sakitkah mengadap kemarahan dan kerinduan. Yang mana satu kah menjadi pilihan?
  • Sukarkah melafazkan kata maaf. Jatuhkah ego andai ucapan itu di lafazkan. Tanpa sedar sebenarnya perkataan itu suatu seni yg halus. Sampaikan cara kemaafaan itu sehalus yang boleh. Pasti si dia sendiri juga akan terasa jatuhnya ego dia. Dan automatik dia juga akan melafazkan maaf kerana terasa dirinya juga turut bersalah.
  • Jangan kita harap orang lain memahami diri kita. Andai kita sendiri tidak cuba memahami dirinya. Jangan kita harap orang lain akan pujuk diri kita. Belajarlah utk memujuk diri sendiri kerana andai apa yg kita inginkan tu tidak spt yg kita harapkan kelak ianya akan menjadi racun dlm diri kita sendiri. Sakitnya hanya kita yang rasa. Jesteru itu belajarlah untuk pujuk diri sendiri dan jangan mengharap sesuatu yg tak pasti.
  • Hargailah masa2 berharga bersama org2 yg tersayang kerana kita tak akan tahu apa yg akan berlaku di setiap minit hidup kita. Jangan sampai berlaku sesuatu hingga membuat kita kesal seumur hidup.  

Tuesday, May 4, 2010

Camana lah leh lupa....

Malam dah makin larut dan patut nya dah masuk tido dah aku ni. Tapi terlanjur aku berblog ni, aku nak tambah satu cite lawak tentang kealpaan aku sendiri. Peristiwa ni baru je berlaku petang semalam.

Jam dah menunjukkan pukul 5.30 ptg. Mana lak hubby aku ni. Msg x jwb, kol x angkat. Nak pesan srh ambik aku awal ni. Biasa lah awal bulan, budak2 ofis semua tak nak stay, semua nak cabut awal. Officer yg on duty dh pesan, pukul 5.50 ptg nak tutup ofis. Mmm.... tiba2 msg masuk, hubby kata dia ambik kul 6.30 ptg. So aku balas awal sikit boleh, dorang nak tutup ofis awal. Jwb hubby blk dia try secepat mungkin.

Pukul 6, aku dh tggu kat blkg ofis. X lama hubby msg 10 min lg dia sampai. So smbl menunggu dia tu, aku pun menyelak2 lah majalah jesayangan aku EH keluaran bulan Mei, baru je beli smlm. Nsb bwk gi ofis, dpt gak aku layan kan. Hubby sampai.... aku pun terus lompat duduk atas motor. Tiba2 aku rasa mcm kosong. Mcm ada yg x kena, mcm ada yg x cukup. Adesh... alamak..... Dgn suara ala2 cems tp ala2 manja... aku pun bersuara....  " Pa.... helmet lupa.... tinggal kat dalam....". Hubby jawab..." Hbs mcm mana ni?"
Aku : "Ntah".. (sambil angkat bahu). X leh nak ambik helmet. Pintu dah kunci. Alarm dh set. Kunci pun xde."
Dgn suara slow aku menjawab. Lama gak aku n hubby mendiamkan diri.

Pastu hubby ckp, jom lah redah je x yah pki helmet. Aku x nk. Aku tkt kena tahan nanti, malu je. Pastu dia cakap xpelah, kat depan tu ada kedai motor. Papa gi beli helmet jap. Pastu dia diam kejap n bersuara lg.
" Ma..... klu naik teksi brp ringgit?" aku jwb, x smp RM10. "Klu mcm tu, awk naik teksi je lah, srh teksi tu berenti kat masjid maluri, dari situ nk smp rmh, dh blh ikut jln dlm. X yah pki helmet pn xpe". sambung dia lagi. Aku pn jwb ok. So dia pn teman lah aku tggu teksi, Smp je teksi, masuk je teksi, Uncle teksi tu leh tanya aku. "Abg u tak hantar ke".  Aku jawab lah aku yg tertinggal helmet. So meredah lah aku jln jem bila naik teksi ni. nak di jadikn cerita, smp je ket masjid maluri, teksi x leh nak berenti. Aku dah nmpk hubby kat tepi jalan tp mmg teksi tu x dpt nak berenti. Ada jugak dlm 1km baru teksi tu turun kan aku. Aku pun telefon lah hubby nak bgthu dia, aku ada kat depan. Kol2 x dpat. Asyik masuk msg. Ler... apa kes lak ni. Nak jalan kaki rasa mcm jauh je. Smbl tu aku msg hubby. So sementara tu aku dok lah kat tembok tepi jalan tu.

Lama gak aku tggu, kol2 msh x dpt2. X lama aku di sapa kwn adik aku. "Ngah, abg Han kt blkg"...
Jwb aku. "Angah tahu, angah kol abg x dpt2". Lps jer aku ckp camtu terus kwn adik aku ni pecut motor dia patah balik gi kat hubby aku. X lama lps tu hubby muncul tersenyum2. Apa lagi bising lah aku, asal kol x dpt2. Jwbnya. "La... ye ker... ni mesti hp hbs batei ni". Aduhai jwpn. Betul2 mencabar sungguh. Aku pn jwb balik... " Pa... kan dah lama sgt tggu kat masjid tu, x kan lah x leh nak check hp". Dn dia hanya tersenyum je pandang aku. Alahai Pa..... Aku dh tak terkata. Nak marah pun, dah tentu awal2 mmg salah aku. Aku yg lalai. Aku yg lupa. So padan lah ngan muka aku sendiri kan. So x leh komplen aaaa.... Dok diam2 sudah. Lain kali ingat, jgn buat lagi. Pengajaran bagi aku. Lain kali jgn lupa benda plg penting tu tau.

p/s : Klu dah salah tu, ngaku je yg mmg kita salah... n jgn marah2 tau. Terima je lah dgn hati terbuka.... n pandai2 lah nak ayat supaya tak kena marah. He3x.....

Tari Tualang Tiga....

Alhamdullilah…. Berakhir sudah projek Tari Tualang Tiga aku ngan budak2 UITM Shah Alam. Berakhir jugak lah kesibukan aku selama sebulan hari tu. Hingga jarang aku berfb dan lama gak tak berkongsi cite kat blog ni.

Kepenatan berulang alik dari Ampang ke Shah Alam, seminggu 3-4 kali. Sampai rumah pukul 1 – 2 pagi. Kul 3-4 pagi baru nampak bantal n tilam. Esok nya nak gi kerja lagi. Mgg terasa sgt kepentannya. Rasa sakit2 satu badan. Rasa otak mcm blur je… x focus lansung. Penangan x cukup rehat.

Namun aku bersyukur sgt2. Projek tu berjalan dgn lancar. Mengenali adik2 baru, mengajar menari dan berkongsi pengalaman hidup, memberi kepuasan dlm diri aku.
Dan terharu sgt2 melihat mereka bersungguh2 berlatih bagi menjayakan projek ni.

Rentetan kenangan dan gambar2 semasa latihan dn show…


Pose akhir.... Hari terakhir training.... try ngan props n baju.....



Menunggu rehearsal, penari2 semua pki tudung, jenuh pk nk dandan kepala dorang mcmana. Last2 aku jahit je benda alah cucuk2 tu kat pala sorang2. He3x....  dh x leh nk sepitso aku jahit jelah kan. Janji x jatuh.



Sempat pose sblm masuk dewan.



Blkg pentas sblm show bermula. Wish them luck n pesan baca doa sama2....



My bestfren G (Ibu). Thanks coz byk sgt bantu Mama siapkan bdk2 nari ni. Tanpa Ibu lg huru hara lah Mama.



Bersama Abg Wadi, tunggak utama show ni. Abg yg byk bg idea apa yg perlu di buat n aku just touch up je. N jugak penari2 gadis2 ayu2 belaka.... Semuanya aku mekapkan tau..... Cantik x?



Ni pulak hero2 yg jd hulubalang2 aku. He3x....



Habis show. Bergambar beramai2 kt luar dewan. 

Itulah kisah aku dan projek aku ngan budak2 UITM tu. Tari Tualang Tiga. Satu lg kenangan yg x mungkin dpt aku lupakan. Satu lg kejayaan dalam hidup aku. Kepuasan yg x terluah dgn kata2. Terima kasih utk Abg Wadi, yg tlh memberi peluang utk aku mengajar bdk2 ni, terima kasih juga utk adik2 tersayang.... U all mmg best giler, sis xkn lupa kat korang n sis syg sgt2 kat korang. X lupa jugak buat hero2 ku. Hubby n Noan yg x jemu menemani aku, my bestfren G n K yg byk bg support kt aku. Terima kasih semua... Tiada apa lg yg mampu ku luah kan... Tanpa korang semua, kejayaan ini x mungkin akan ku capai. Puji2an yg kita terima slps show tu sgt2 lah berharga. Ianya akan jadi kenangan terindah dlm hidup aku.