" ...The beauty of a woman is not in the clothes she wears, the figure that she carries. or the way she combs her hair.... The beauty of a woman must be seen in her eyes, becouse that is the doorway to her heart, the place where loves resides...."

Followers

Sunday, May 30, 2010

Kisah anak2 buah kesayangan aku


Kali ni aku nak bercerita tentang kisah anak2 buah kesayangan aku yang comel, nakal dan pintar. Minggu ni saje kedua2 nya (2 je lah anak buah yang aku ada), betul2 dah buat Umi dorang pening. 

Bermula dengan Shida (satu2 nya cucu perempuan mak), 11 tahun. Tinggal dengan mak aku kat Kampung. Pelajar harapan sekolah utk UPSR tahun depan. Sebelum ni dia mintak kakak aku belikan rekorder, kali ni dia mintak gitar pulak. Katanya nak jadi macam Yuna. Kata kakak aku, umur baru setahun jagung, napa lah tak tunggu 18 tahun ke. he3x... Besar sungguh pengaruh Yuna ni kan.

Cite anak buah kedua pulak. Iwan (cucu sulong mak), 13 tahun. Tahun ni baru masuk asrama kat Sekolah Menengah Sains Bagan Dato, Perak. Minggu ni cuti 3 hari. So budak2 asrama di benarkan pulang ke rumah, Bertuahnya anak buah aku ni, dia lansung tak telefon Umi dia. Dia boleh telefon tokwan dia pukul 12.30 malam khamis tu dan suruh tokwan dia ambik dia. Tokwan tu baru je keluar hospital. Pagi2 tokwan dah call Umi dia, membebel tp nak jugak gi ambik cucu dia tu. Kakak aku cakap tak yah ambik, biarkan je duduk kat asrama tu sorang2. Geram sbb anak dia tak call dia lansung. Waktu tu pulak abang ipar aku outstation. Kelam kabut lah kakak aku ni. Dok pk mcm mana nak ambik anak dia ni. Siap call adik2, sape yg blh tlg. Nasib adik yg no 4 tu free. Dia lah yg jadi mangsa gi ambik anak buah aku tu. 

Sepanjang perjalanan balik, bising lah Umi ni. Kakak aku pernah bgtahu, bila dia marah2 Iwan ni, Iwan boleh suruh ayah dia cari mak lain. Mak tiri yang tak garang. He3x... sabar je lah ek Umi... salah satu yg kakak aku bising kan pasal duit. Sbb Iwan kata dia tak call Umi sbb duit sde. So kakak aku tanya mana duit abang. Dia jawab abang beli listerine, minyak wangi follow me ngan bayar duit palang katil patah. Terkejut Umi dia. Siap tanya abang buat apa nak pakai listerine ngan minyak wangi tu. Abang nak pakai lah Umi. Abang rasa mulut ngan badan abg berbau lah. Ha3x... pecah perut kita org gelak. Tu tanda anak Umi dah nak jadi org bujang. Camana lak palang katil tu blh patah. Abang pun tak sedar, dorang kata abang ngigau masa tido. Adesh... ni mmg ikut tokwan ngan umi dia lah ni. Tokwan dia pernah ngigau samapi bersilat. Umi pulak pernah ngigau sampai nangis2. So nak salah kan sapelah tu kan. Lagi satu cite, bila Umi tabnya pelajaran mcmana. Dia jawab. Umi jangan risau lah. Abang dalam senarai 120 pelajar terbaik. Bila Umi tanya pelajar semua ada berapa org. Jawab Abang ngan selamba, 150 orang. Aduhai tersedak Umi dgr jwpn abang. Abang... Abang... mcm2 hal budak sorang ni. Ada je jwbnya bila di tanya. Jwpn yg x tercapai dek akal lak tu.

Tulah kisah anak2 buah aku. Walau nakal tapi alhamdullilah di kurniakan otak yg pintar. Dan sebagai hadiah atas kecemerlangan dorang dalam pelajaran, tahun lepas aku pun bawak dorang bercuti dan jalan2. Percutian yang sgt2 seronok kata dorang. Anak2 buah kesayangan Mak Ngah. Mak Ngah sentiasa doakan kejayaan korang. Abang Iwan n Adik Shidah lah contoh terbaik buat Noan. Sayang Iwan, Shidah n Noan. Muah!

Gambar kenangan dgn Noan n anak2 buah tersayang sewaktu bercuti di The Legend International Waterhomes.











No comments: