Malam ni sunyinya lah aku rasa. Kenapa ek?
Sebab minggu ni minggu untuk aku mengatakan TIDAK pada TV dan Radio. Minggu ni minggu hero aku periksa. Jadi kenalah bagi tumpuan penuh kat dia. Bila time2 periksa ni, dah takde nak ulangkaji pelajaran lagi. Cara aku, aku bagi dia buat ujian. Macam2 buku latihan dan ujian yang aku belikan. Banyak jugak buku2 ni aku borong kat Pesta Buku hari tu. Setiap kali bila dia nak periksa, mesti aku yg akan bagi dia ujian dulu. Kadang2 dia komplen, soalan yang mama bagi tu lagi susah.
Pelajaran budak2 sekarang bagi aku, agak susah berbanding dulu. Ingat lagi sewaktu aku baru melangkah ke darjah satu. Masa tu baru kita nak mengenali huruf. Tapi sekarang, masuk darjah satu je dah kena tahu membaca. Kalau tak, alamatlah susah nak ikut pelajaran yang ada. Sekarang ni, hero aku dalam darjah tiga. Simpulan Bahasa, Peribahasa, Buat ayat berdasarkan gambar, Karangan pendek, Masa dan Waktu, Tumbuh2an, Bateri, Magnet dam macam2 lagi, yang aku rasa pelajaran tu aku belajar masa aku dah tahap 2. Sewaktu darjah 4 hingga 6. Kadang2 bila mengajar aku sendiri tak faham dan kena rujuk kat buku2 rujukan dan kamus. Tapi sedaya upaya aku akan cuba juga mengajar anak aku. Belum masanya untuk aku hantar dia pergi tuisyen. Sebab aku rasa aku masih mampu lagi untuk duduk sebelah dia dan belajar bersama2 nya. Lagipun kalau aku hantar dia tuisyen aku rasa kesian sangat. Masih kecil lagi dan penuh dengan aktiviti. Jadi aku mengatakan tidak untuk buat masa ini. Tahun depan macamana pun aku kena hantar jugak sebab dah masuk tahap 2. tahap yang tak boleh lagi nak buat sambil lewa.
Aku tak pernah mengharap keputusan yang sangat cemerlang dari hero aku tu. Dan bukan juga periksa No. 1 atau 2 atau 3. Tidak sama sekali. Pinta aku kalau boleh aku nak semuanya A. Dan aku berjanji jika itu yang dapat dia beri, maka aku juga akan beri hadiah padanya. Buat masa ni, pencapaian nya aku kategorikan kepada ok sahaja. Belum sama sekali memuas kan hati aku. Tapi aku tahu, InsyaAllah jika aku selalu dekat dan sama2 belajar dengannya, pasti dia akan dapat keputusan yang bagus. Selama ni aku tidak terlalu memberi penekanan dan jugak tidak terlalu memberi tumpuan. Sedikit leka kerana sangka ku dia masih muda. Tapi untuk tahun ni, aku agak bertegas sikit sebab aku nak dia betul2 bersedia bila dia naik ke tahap 2 nanti. Aku tak nak dia ketinggalan dan tak nak dia rasa susah dan berat untuk mengikuti pelajaran yang lebih sukar nanti. Aku tahu dia anak yang cerdik, jesteru itu tumpuan penuh sangat perlu aku beri pada nya. Maklum lah anak aku sorang tu je lah. Sedikit manja, jika aku tak duduk dan belajar sama, alamat dia pun ntah ke mana.
Anak lelaki kan. Susah sikit nak fokus pada sesuatu perkara. Apapun aku sentiasa mendoakan agar dia di kurniakan akal yg cerdik dan terang hatinya untuk menerima setiap sesuatu yg di pelajarinya. Dan moga dia mendaapat keberkatan dari Ilahi untuk apa jua yang di lakukannya. Amin.....
No comments:
Post a Comment