" ...The beauty of a woman is not in the clothes she wears, the figure that she carries. or the way she combs her hair.... The beauty of a woman must be seen in her eyes, becouse that is the doorway to her heart, the place where loves resides...."

Followers

Wednesday, May 12, 2010

Nakalnya Aku....

Bila sendirian kadang2 terkenang zaman aku kecik2 dulu. Kalau korang kata korang nakal, aku rasa aku lagi nakal. Nakal yang aku sendiri pun tak sangka macam tu sekali aku ni. Bukan setakat nakal tapi lasak pun ye. Aku rasa hero cilik aku pun tak senakal aku.

 
Aku dlm pelukan abah. Comel x? Anak abah aku ni. Depan tu gambar kakak aku.


Kisah kenakalan dan kelasakan aku bermula sejak aku mula pandai bertatih lagi. Cerita mak, aku memang tak reti diam. Mak pernah terkena eksoz motor sebab nak halang aku dari terkam abah balik kerja. Sampai sekarang parut kat kaki mak sebab melecur tu masih ada. Kesian mak.... Cerita mak lagi, aku ni suka buat eksperimen. Antaranya..... Masa mak abah gi kerja, kakak sedara ambil alih jaga aku, kakak dan adik aku. Pagi2 mak akan buat kan air milo untuk abah. Biasanya abah akan minum sikit dan selebihnya dia akan simpan kat peti ais. Bila balik kerja nanti baru dia minum. Aku yang konon2 bijak pandai ni dah buat sesuatu kat air milo tu. He3x.... Abah balik je kerja, dia terus minum air tu. Dia rasa air tu pahit tapi dia telan gak  Dah nak habis baru dia tanya mak, nape air milo dia pahit. Mak pun rasa, n mak ternampak botol ubat mata atas peti ais. Bila mak pegang botol tu dah kosong. He3x... tulah kerja aku. Aku dah tuang ubat mata tu kat air milo abah. Kesian abah... Bertuah punya anak. Nasib abah tak sakit perut.

Tinggal di rumah setinggan di Kg Pandan Dalam, banyak betul kenangan kenakalan dan kelasakan aku ni. Nama je perempuan, perangai aduhai... mengalahkan budak laki. Tak tahu penat, tak tahu takut. Antara perkara yg paling mencabar jiwa mak abah aku ialah masa umur aku 7 tahun. Aku ajak adik aku yg berumur 3 tahun turun perigi. Perigi tu dalam, tp abah ada buat lekuk2 kat tepi perigi tu utk abah turun bila dia nak bersihkan perigi. Aku n adik turun dalam perigi tu, konon2 nak berenang macam kat pool. Air perigi tu tak lah dalam sangat. Bila kita org lama tak keluar dari bilik air, mak pun jenguklah kita org. Punyalah terkejut mak bila tengok kita org dalam perigi tu. Apa lagi kena balun lah lepas tu. Dengan getah paip lagi. Sakit oooo... Bukan satu line je birat dia tp 2 line setiap kali libas.

Lagi satu yg aku buat yg membahayakan nyawa adik aku... Aku ni dari kecik mmg suka menari. satu hari tu mak suruh aku jg adik aku yg no 4. Masa ni adik aku baru je belajar nak meniarap. Aku boleh letak adik aku kat atas mesin jahit, lepas tu aku menari depan dia. Konon mcm dia jadi penonton aku lah. Kan adik aku tu baru je belajar meniarap. masa tu dia baru nak mengiring kan badan dia, aku lak leka menari sambil nyanyi. Nasib baik mak nampak. Apa lagi terjeritlah mak di buatnya. Kalau tak mahu adik aku tu jatuh dari mesin jahit. Dan tak tahu lah jadi apa kat adik aku tu kalau dia jatuh.

Itu cerita yg leh membahayakan adik2 aku. Ni lak cite yg membahayakan aku. Antaranya....
Masa mak nak bersalin, adik aku yg no 5 @ yg bongsu, sebelum abah nak gi hospital tengok mak, abah dah pesan kat aku. Jgn buat benda bukan2. Jgn nak masak apa2. Tapi tak lama lepas abah keluar je, pala otak aku ni rasa nak masak telur goreng. Aku pun mulakan lah aktiviti memasak aku. Anak yg nakal, yg tak nak dengar nasihat org tua, Allah marah tau. Dia tunjukkan pada aku,jgn ingkar cakap ibu bapa. Masa aku tengah memasak tu tiba2 minyak meletup. Terpercik habis kat tangan aku. Apalagi melolong lah aku sorang2. Bila abah balki, punya lah abah bising. Satu pasal abah, dia jarang rotan anak2. Tapi semua takut kat abah. Abah jengil bijik mata je semua dah kecut. Bising2 pun dia sapu gak minyak kat tangan aku ni. He3x.... anak kesayangan kata kan.

Lagi satu, duduk rumah setinggan ni, air paip kena catu. Bukan sentiasa ada je. Setiap sebuah rumah di beri masa sejam sahaja setiap hari untuk pasang n tadah air. So bila tiba waktunya mak pun suruh lah aku pasang air. Aku pun menjalankan tugas aku dengan baik. Bila dah pasang air n waktu nak balik rumah, aku pegang kayu panjang sambil berlari2. Sekali tu kayu tu tersekat kat batu n melantun balik kat peha aku. Tercucuk kayu tu kat peha aku. Sipi2 nak terkena kat dotdotdot... Bila aku tarik keluar kayu tu, dgn isi2 peha aku keluar sekali. Adalah dalam seinci gak isi tu terkeluar. terkezut aku di buatnya. Yg peliknya darah x banyak keluar masa tu. Bila tgk isi tu mcm tu, aku pun berlari balik. Sampai rumah, terus aku jerit panggil mak. bila mak tengok mengucap panjang org tua tu. Masa tulah baru aku nangis. Mak cuci sekitar luka tu, ambik kain, balut kaki aku. Pastu mak srh aku tido sementara abah balik. Masa tu mana ada hp or telefon nak call abah. Bila abah balik je baru abah bawak gi klinik. Kat klinik apalagi melalak lah aku. Cerita abah, doktor tu cuci isi peha aku tadi, pastu dia masukkan balik isi tu. Pastu baru dia jahit. Sampai sekarang parut jahitan tu masih ada lagi. Ngeri bila di kenangkan. Kakak aku kata aku ni tak tahu dtg dari planet mana. Dia kata punyalah takut dia tgk peha aku tu. He3x... nak wat camna kan. Dah lasak.

Itulah antara cerita kenakalan dan kelasakan aku masa kecik. banyak lagi sebenanrnya tp sbb mata aku dah layu, aku ingat aku sambung lain kali je lah. Korang rasa aku nakal tak? Aku rasa Ya Allah.... nakalnya aku ni. Kesian mak abah aku kan. Tapi sekarang dah tak nakal lagi dah. Dah baik tau. Janji aku, aku dah tak nak buat apa2 yg blh buat mak abah pening ngan aku ni. Cukup2 lah ngan apa yg aku dah buat selama ni. Mak abah.... angah mintak ampun dan maaf banyak2 atas salah dan silap angah. Anak mak abah yg paling nakal ni. Angah sayang mak abah sgt2. Sebab mak abah lah yg byk ajar angah erti hidup. Kesabaran dan ketabahan. Dan mak abah lah antara yang paling istimewa dan paling membahagiakan hidup Angah. InsyaAllah Angah akan sentiasa cuba bahagiakn mak abah jugak. Amin....

2 comments:

Khairiah Jelani said...

salam, abis ar..nnt anak2 u dua kali nakal camana..he3..

lana leopard said...

InsyaAllah... harap2 tak lah... buat masa ni rasanya tak senakal mamanya....