" ...The beauty of a woman is not in the clothes she wears, the figure that she carries. or the way she combs her hair.... The beauty of a woman must be seen in her eyes, becouse that is the doorway to her heart, the place where loves resides...."

Followers

Sunday, January 31, 2010

My Baby Sitter - Ibu Atie n Babah Atan


THE BEST BABY SITTER IN DE WORLD

Ibu Atie n Babah Atan. Pengasuh anak aku. Dari Noan baby sampai lah dah darjah 3 sekarang ni. Aku bersyukur sgt2 dpt baby sitter mcm ni. Dia sangat ikhlas jaga anak orang, mungkin sbb jiwa dia mmg suka kat budak2. Dah lama dia jadi baby sitter ni. Sampai ada anak yg dia bela dah kahwin dah pun. 

Kenapa aku iktiraf dia, baby sitter plg best? Byk sgt sbb nya....

1.  Dia ikhlas. Jaga budak bukan sbb duit semata2. 

2. Dia hebat. Sbb dia jaga budak mesti lbh dari 20 org. If ada yg berenti, x lama lps tu mesti ada budak baru. Ada je yg que nak hantar anak kat dia. Skrg ni dia jaga budak dlm 25 org. Ramai kan. Mesti korang terperanjat. Camna ek dia handle budak2 seramai tu. Tp dia ada sijil tau. Bkn main hentam cromox je nk jaga ramai2 mcm tu. Pastu rumah dia, rumah tepi sekali. So dia tambah rumah dia bg besar sikit. So ada ruang utk baby, utk letak buiaian n baby coat.

3. Dia cekap. Yelah boleh handle bdk2 ramai camtu. Mesti lah cekap kan. Bayangkan lah camna dia adjust masa dia. Pagi baby2 n budak yg lum sekolah sampai. Nak di mandi kan. Nak bg makan. Pastu time bdk2 sekolah tadika balik. N x lama pastu lak bdk2 sekolah rendah balik pulak. Semua tu nak kena mandi. Nak kena bg makan. Nak kena siapkan pulak mana yg nak gi sekolah agama. Fuuuhhh... Dapat aku byg kan kelam kabut nya camna. Camtu gak lah bila dorang dah balik sekolah agama. Terus gi ngaji. Pastu nak kena bg mandi n bg makan. Yelah semua2 mak bapak dorang dh nak balik ambik anak. N klu korang nak tahu, dia x kn bg bdk2 tu balik selagi dorang tak mandi n makan lg. Klu aku smp awal, Noan x siap lagi, mesti dia srh aku balik dulu. 

4. Dia pandai masak. Mmg best. Dah lah sedap, leh lak layan kerenah budak2 tu. Siap leh request lagi nak makan apa. Especially si Noan lah. Dia kan mmg kaki makan. Klu rasa teringin nak pape, nanti dia hint lah Ibu dia..." Ibu... dah lama lah ibu tak masak ........". Cakap je camni, klu ada bahan ptg tu gak dia masak. Klu xde, esok mesti ada menu tu. Time cuti sekolah lak lg best. Klu ramai2 mtk nasi lemak. Hah apa lg, kena tlg ibu ramai2 lah kopek ikan bilis. Hehehe pasal makan laju je bdk2 tu nolong. Lagi lah ramai2 kn. Noan ni klu time cuti, ptg2 dia main pun mesti dia singgah rumah ibu. Konon nak minum air tp sbnrnya nak tgk ibu ada masak apa. Hehehe...

5. Dia mmg baik. Klu bulan puasa, sesiapa saje anak jagaan dia yg puasa, mesti dia akan bekal kan laut utk berbuka. Katanya kesian kat budak2 tu tak dapat makan kat rumah dia. So hari2 lah aku akan dapat lauk, sejak Noan puasa dari unur dia 5 tahun lagi. So bila time bulan puasa, org kelam kabut balik masak, aku just beli kuih, murtabak or roti john je. Tu pn laling yg gi beli coz aku x suka gi pasar ramadhan. Sesak. Sakit pala aku nanti. Dan x nak buang masa. Bila laling beli, aku kat rumah boleh siapkan juadah n buat air. Lauk yg dia bg tu byk jugak Cukup sgt utk kita org bertiga. Lauk tu biasanya leh makan sampai sahur tau. Best kan.

7. Dia x berkira andai kita pun x berkira ngan dia. Yelah patut2 lh. Klu selalu balik lambat, hulur lah apa2 yg patut. Duit lebih ke, gift ke @ apa2 je lah kan. 

8. Dia prihatin. Actually Noan dr baby mmg agak sukar nak jaga. Bukan sbb dia lasak, tp dia ada sintom2 asma coz family aku mmg ada asma. Noan minum susu soya. X blh terima susu lembu. Dan setiap kali dia minum susu, kena standby sbb bila dia batuk je mesti susu tu akn keluar balik. Ikut hidung lg tau. Pastu dia sensitif dgn perubahan cuaca. Klu tiba2 hujan, tiba2 panas, mesti dia akn demam panas. Mandi pun kena mandi lps pukul 11 pagi dan sebelum 5 ptg. Noan prnh msk hospital sbb demam panas. Sbb tu mmg kena jg dia betul2 klu dia demam. Alhamdullilah, klu dia demam aku masih lg boleh gi kerja sbb Ibu lagi pandai jaga dia. Tp tu tak bermakna aku lepas tangan. Klu betul2 deman dia panas, mmg aku x kerja smp dia betul2 baik. Tp klu biasa je mmg aku htr rumah ibu n pesan kt ibu, apa2 tela ku. Tp x prnh lak aku dpt call kecemasan dari Ibu. Pernah Noan demam panas, masa tu laling aku outstation. Nasib Babah ada. Babh lah yg tlg htr Noan gi hospital. Nasib pulak Noan x kena tahan. Ibu n Babah jaga Noan mmg mcm anak sendiri. Noan pun rapat sgt ngan dorang.

9. Dan plg best dia selalu arrange bday party utk anak2 jagaan dia. Dlm setahun adalah 3-4 kali. Merata dah Noan sambut bday. Semua dah rasa. Mc'D, A&W, KFC, Pizza. Plg best A&W n Mc'D coz pandai organize party. But tahun ni Ibu alih arah pulak. Sbb dh bosan buat kat tmpt2 tu so tahun ni Ibu buat kat rumah dia lak. Cite tu nanti aku update lepas ni. Siap gambar sekali k.

10. Babah Atan pulak, guru kompang. Dan dorang xde anak laki. (Anak2 dorang 3 org perempuan). So anak aku ni dah macam anak dia dah. Ikut main kompang dari umur 4 tahun. Bila x ikut mana2 jemputan, mesti dorang tanya anak cikgu mana. Noan gi latihan kompang setiap hari Jumaat. Start kul 9 smp 11. Tp selalunya kul 1 baru dia balik rumah, sbb ikut Babah gi minum2 n borak2 dulu baru balik. So biasa malam jumaat ni mmg aku free hbs. Klu xde aktiviti mesti aku sangap kat rumah. 

So apa kata korang? Betul tak aku cakap, dia best baby sitter in de world. Yang penting anak aku membesar ngan org melayu gak. X lah aku kena cari mate warganegara lain. N yg pntg gak xde lah aku kena tukar2 baby sitter. Plg pntg, klu rasa baby sitter korang tu best, so jagalah hati dia. Nanti dia sendiri akan jd seronok bila jaga anak kita. Beli kan lah hadiah sekali sekala. Hargai dia yg membesarkan anak kita. Alhamdullilah, aku ngan family baby sitter aku ni dah jadi mcm family rapat dah. banyak lagi cerita pasal baby sitter aku ni tp aku rasa cukup lah sampai kat sii dulu. Ada masa nanti aku cerita lagi k.

No comments: