" ...The beauty of a woman is not in the clothes she wears, the figure that she carries. or the way she combs her hair.... The beauty of a woman must be seen in her eyes, becouse that is the doorway to her heart, the place where loves resides...."

Followers

Friday, May 28, 2010

Maaf ye... Aku bukan sombong.

Aduh... lamanya aku tak berkarya. Tak menjenguk ke sini. Maaf ye pada kawan2 sbb aku tak berkesempatan menjelajah kat blog2 korang. Aku tahu ada mcm2 yg berlaku, mcm2 pertandingan yg di anjurkan berkenaan ngan blog oleh geng2 blogger, byk jugak info mcmana nak naikkan taraf blog pada sape2 yg baru berblogging ni. Bukan aku sombong atau berlagak bagus. Tak nak join korang atau tak nak ambil tahu . Tapi sungguh aku tak berkesempatan. Tak apalah, karya ku hanya luahan hati kau, akitiviti aku. Blog aku adalah cerita aku. Tak bertanding apa2 atau tak naik taraf pun xpe lah. Aku hanya suka2 menulis.

MALAS KAH AKU? Tidak... aku bukan malas utk berkarya @ membaca karya2 org lain. Banyak sebenarnya yang aku nak ceritakan. Tapi.... aku MALAS nak bukak laptop. Sbb aku tahu bila aku mula bukak laptop, berfb, berkarya, membaca dn mencari info2 kat tenet ni, bermakna aku akan jd sgt leka. 24 jam pun blh mengadap laptop. Jadi kerana aku tak nak itu berlaku, aku tak nak segala kerja2 aku yg lain terbengkalai, terpaksa lah aku pejam mata dan kuatkan hati utk tidak bukak laptop lansung.

Sebagai seorang Isteri, Ibu dan bekerja, masa itu sangat suntuk untuk aku lakukan semua perkara. Lebih2 lagi saat dan waktu ini, sudah dekat sebulan, hubby agak bz. Ada projek yg perlu di siap kan dan di kejar sblm dateline. Jadi aku lah superwoman yg perlu menguruskan semuanya. Memasak, membasuh, mengajar Noan, menemani dia ke kelas2 dn mcm2 lagi. Balik dari kerja rasa mcm melayang2 badan. Itu ini semua perlu di buat. Ya.. anak aku sorang je. Mungkin ada yg mengatakan buat apa lah aku sibuk nak masak klu setakat hanya aku n Noan je yg makan. Tp aku lbh percaya kata2 yg air tangan ibu tu lebih afdal untuk menyuap makanan pd anak. Supaya anak tu sentiasa dekat dan ingat pd ibunya. Begitu juga suami. Tambatlah ia dgn air tangan isteri. Tentu juga dia akan sentiasa ingat kat isterinya.

Bila habis semua kerja, sudah tentu jam akan mencecah lebih pukul 12 malam. Kadang2 rasa mata tu dah tak boleh nak bukak. Letak kepala atas bantal, kejap je aku dah lena. Kadang2 hubby balik pun aku tak perasan pukul berapa, walau kadang2 sedar. Tapi bukak mata sikit je lah, pastu pejam balik. Nasib lah dia faham. dan dia pun selalunya balik kepenatan. Tak nak berbual panjang. lepas mandi terus tido. Kesian kat Noan. Hanya dapat jumpa n berbual ngan Papa dia masa nak pergi sekolah. Sebab tu lah aku sentiasa berada dekat dengan dia, supaya dia tak rasa kesunyian. Ialah dah lah tak ada adik. Klu aku biar je, mesti dia sunyi n rasa diri tak siapa yang peduli. Sebab tu aku lebih rela lupakan laptop, fb, blog dari aku tak hiraukan hero aku tu. Aku tak nak dia kata aku lebih pentingkan laptop dari dia. Pedih statement tu kalau di dengar.

Apapun aku mohon maaf dari semua teman2. Jangan ada yang rasa aku sombong ye. Aku harap teman2 semua faham situasi aku. Andai ada masa aku pasti jengah blog2 kalian. dan pasti juga aku berkarya lagi.

2 comments:

Unknown said...

selamat pagi sis..

sis....tak semua orang boleh berblog dengan 100& didepan pc...

anggap sahaja blog sebagai 1 tempat luahan hatimu...

kalau ada masa update sesekali..itu sudah memadai adikmu mengetahui perkembanganmu yang terbaru

walau apa pun kita...family yang diutamakan..

ayu sentiasa sokong apa jua tindakan yang sis lakukan...sayang sis aidil...semoga 1 hari kita bertemu....amin

lana leopard said...

slmt mlm Ayu...

InsyaAllah... sesekali sis pasti muncul. Hilang terus tu tidak sama sekali.

Terima kasih sbb sudi jengah blog sis n amnil tahu perkembangan sis

Sayang Ayu.... doa sis juga InsyaAllah pasti kita akn bertemu satu hai nanti.....