" ...The beauty of a woman is not in the clothes she wears, the figure that she carries. or the way she combs her hair.... The beauty of a woman must be seen in her eyes, becouse that is the doorway to her heart, the place where loves resides...."

Followers

Saturday, May 29, 2010

Majlis Jasamu Di Kenang - Guru2 SK Pandan Jaya.

Tajuk :  Majlis Makan Malam Jasamu Di Kenang - Guru2 SK Pandan Jaya
Anjuran : AJK PIBG
Tarikh : 21hb Mei 2010
Tempat : Bora Ombak, Ampang

Alhamdulillah.... Majlis Makan Malam ini dapat di laksanakan dgn jayanya. Bukan mudah nak menjayakan majlis seperti ini dengan budget yg kosong. Tapi sebab ingin menghargai jasa2 guru sekolah ini, Pihak PIBG berusaha juga utk menjayakan majlis ini. Mengedarkan surat meminta sumbangan tidak semudah apa yg tertera di surat tu. Dan tak semua yg dapat surat tu akan memberi sumbangan. Sumbangan mmg tak mencukupi utk meneruskan majlis ni. Hingga ada AJK PIBG minta mohon batalkan sahaja majlis ni. Tapi mengalah bukan prinsip aku dan org2 kuat yg ada dalam PIBG. Kata sepakat di capai, kami bersama2 turut menyumbang sedikit dr poket sendiri. Tak apalah kan, Apalah yg nak di pertikaikan, sumbangan tu bukan banyak sampai membebankan AJK. Lagipun kalau di banding dgn jasa2 guru ni, sebenarnya sumbangan tu hanya sekelumit sahaja. InsyaAllah jika ada umur yg panjang, dan guru2 gembira dgn majlis ini, mungkin majlis makan malam ini boleh di adakan setiap tahun.

Gambar2 yang sempat di rakam kan di majlis tersebut.

Terima kasih buat anak Kak Arena yg berusaha membuat banner ni. 


Committe member. Kak Arena dan En Kamarudin tiada dalam gambar. Kak Arena org kuat, bz sepanjang majlis. En. Kamaruddin pulak belum sampai masa ni. Tidak hadir En Punir, emergency wife masuk wad.


Tugas aku sambut tetamu n bg door gift. Maklumlah AJK perempuan ada dua org je kan.


Para guru2 yg di raikan.

Pn. Mintal - Guru Besar SKPJ

Bacaan doa dari Ustaz Hafiz, Guru kelas anak aku.


Senyuman kepuasan.

Bacaan sajak dari murid sekolah SKPJ


Lucky Draw
Guru2 yg terpilih utk main game. Kad merah tu di letakkan bwh kerusi. Kerusi sape yg ada kad merah ni, dia lah yg kena dtg depan.
Berusaha mengurat ni. Sbb game ni perempuan kena ngurat lelaki.


Cikgu Fadilah - Guru BI n Music. Sedap suara cikgu menyanyi.
Bakat2 cikgu. Hebat. Cikgu Fairos - Sains


Berbakat sungguh cikgu2 SKPJ ni. Boleh nyanyi live band lagi. Cikgu Rizal - BM.


Pocho2 time. SUke2 memeriahkan majlis. Bukan terel pun. Belasah je. 


Bersemangat Cikgu Halimah. Goyang Cikgu.... Goyang....
Senyuman ria guru2 SKPJ. Gembira ke?

Sessi bergamabr sebelum balik. Habislah Noan lepas ni Semua Cikgu dah cam muka dia. Hehe... Klu nakal cikgu2 rotan je dia.

Committee member sebelum balik.

Berbual2 dgn Cikgu Zairi -Maths, Cikgu Fav anak aku. Ni tgh dok bercite tentang perangai Noan lah ni. Kata Cikgu Zairi, Noan budak yg cerdik. Kata aku, mmg dia cerdik tp malasnya aduhai.. pening mama di buatnya. Tu yang Cikgu Zairi gelak besar tu. Dah tentu dia lebih tahu perangai anak aku kat sekolah mcm mana. Maklumlah perangai anak ni klu kat rumah lain, kat sekolah lain. Ngan mak ayah lain, ngan kawan2 pun lain. Jesteru kita tak boleh kata anak kita ni baik sbb kadang2 kita sbg ibu bapa pun x nampak true colour dia org yg sbnr.

Itulah gambar, rentetan dan kenangan yg dapat aku kongsi kan. Penat ke hulu ke hilir bagi menjayakan majlis ini, namun aku sangat berpuas hati. menerima ucapan tahniah, terima kasih, congrats sudah cukup membuatkan aku faham betapa seronok cikgu2 ni di hargai sebegini. Moga Pihak PIBG sekolah2 lain turut membuat majlis sebegini. Apalah sangat majlis yang kecil ini berbanding dengan jasa guru2 yg mengajar anak2 kita. Semoga Allah merahmati majlis ini. Dan moga tahun depan dan tahun2 akan datang majlis2 spt ini dapat di anjurkan lagi. InsyaAllah.

2 comments:

Unknown said...

salam malam minggu sis

syoknya layan blog sis ngan majlis tu,..
amis noan lepas nie...bak kata sis..rotan jer...kikikiki

sis...serius nak kata...tang baju n solekan tu..terbaik..cantik sungguh kakak ku.....
(bila nak jumpa nie???)

lana leopard said...

Thanks ayu... sudi jengah blog sis

Noan tu mmg, hbs cikgu2 dia ngadu dia malas nak buat kerja sekolah. Tp dia ni ketua kelas. Camne lah leh jd ketua kelas malas camni.

Thanks puji sis. Kembang kejap. He3x. Baju tu based dia singlet hitam n skirt duyung labuh je. N then blh padankan dgn apa2 baju pun n apa2 kaler pun. Mekap tu sis mekap sendiri. Sis mmg boleh mekap org. Sikit2 tu boleh lah.

InsyaAllah dalam tahun ni, sis akn cari masa gak turun sana k. Doa2 kan kita dapat jumpa. Muah...