" ...The beauty of a woman is not in the clothes she wears, the figure that she carries. or the way she combs her hair.... The beauty of a woman must be seen in her eyes, becouse that is the doorway to her heart, the place where loves resides...."

Followers

Tuesday, March 30, 2010

Cukai Jalan dan Polisi Inusran

Apa yg perlu anda lakukan bila Cukai Jalan anda akan tamat tempoh?


1. Perbaharuilah cukai jalan anda sekurang2nya 2 minggu dari tarikh tamat tempohnya.
- untuk mengelakkan dari terdapat saman2 yg belum sesesaikan. Jika ada saman dari pihak polis ataupun   JPJ, secara automatic nama anda telah di senarai hitam kan dari menhidupkan cukai jalan.

2. Sila semak dahulu di Cawangan Polis Trafik terdekat untuk mengetahui samaada nama anda telah di senarai hitamkan.
- Semak No kereta anda dan juga No I/c baru dan lama utk mengetahui secara terperinci segala saman yg tlh di keluar kan terhadap anda.

3. Selesaikan semua saman2 anda sebelum memperbaharui polisi insuran dan cukai jalan anda.
- Sekiranya saman anda belum selesai, tempoh laku polisi insurans adalah selama 7 hari berturut2. Jika lebih dari tempoh 7 hari, anda perlu membuat tambahan insuran.

Cara2 untuk anda menghidupkan polisi inusrans anda.

i Melalui bank2 dan syarikat2 insurans yg tlh di daftarkan
- Cara yang paling selamat adalah melalui bank2 dan syarikat2 insuran yg di daftarkan kerana jika kenderaan anda terlibat dlm kemalangan anda boleh terus menghubungi bank2 dn syarikat2 insurans ini tanpa perlu melalui orang tengah dan anda tidak perlu risau di tipu atau menghadapi masalah untuk membuat tuntutan (melalui prosedur yg betul).

ii Melalui agen
- Jika ingin melalui agen, sila pastikan agen anda betul2 kukuh dan bertanggungjawab. Agen mestilah menyelesaikan segala urusan berkaitan polisi insuran dan juga cukai jalan anda.
- Berhati2 apabila melalui agen. Pastikan anda tidak di tipu. Pastikan juga anda mendapat salinan polisi insuran dan cukai jalanan anda. Sila hubungi syarikat insuran dan pastikan yang polisi insurans anda wujud dan tidak di batalkan selepas anda mendapat cukai jalan.
- Pastikan juga agen anda tidak menggunakan mesin MYEG utk menghidupkan cukai jalan, bg mengelakkan dari geran anda tidak di kemaskini.

iii Melalui mesin MYEG
- Kebaikan mesin ini ialah anda boleh mendapat cukai jalan anda dgn cepat dan juga boleh memperbaharui cukai jalan anda tanpa menggunakan geran kereta.
- Keburukannya pula ialah bila anda memperbaharui cukai jalan anda tanpa mengemaskinikan geran kereta anda, anda akan menghadapi masalah apabila kenderaan anda terlibat dalam kemalangan. Syarikat Insuran akan meminta salinan geran kereta anda yg telah dikemaskini mengikut tahun akhir cukai jalan anda di perbaharui jika anda ingin membuat tuntutan. Jika geran kereta anda tidak di kemaskini, syarikat insuran tidak akan melayan tuntutan anda. Dan anda perlu merujuk ke JPJ utk mengemaskini geran kereta anda. Ini akan menyebabkan tuntutan anda tertangguh dan lambat selesai.

Apa yang perlu anda tahu tentang polisi insuran kenderaan anda?

1. Sila periksa tarikh polisi insuran anda. Pastikan ianya sama dgn cukai jalan anda, kecuali anda hanya memperbaharui cukai jalan anda selama 6 bulan.

2. Pastikan syarikat insurans anda itu ada menyediakan khidmat tunda kereta.

3. Hanya anda dan pemandu yg di beri kuasa sahaja yg boleh membuat tuntutan tanpa lebihan wajib.

4. Lebihan wajib
i - Lebihan sebanyak RM400 akn di kenakan sblm anda membuat tuntutan.
ii - Lebihan wajib ini akan dikenakan sekiranya :
- Mana2 pemandu di bawah umur 21 tahun (bayaran tambahan juga akn di kenakan utk pemandu di bwh umur 21 tahun)
- Mana2 pemandu yg memegang lesen L
- Mana2 pemandu yg tidak terdapat dlm polisi insuran

5. Pemecahan Kaca
- Lebih di galakkan anda mengambil insuran untuk pemecahan kaca ini supaya tuntutan yg di buat utk kerosakkan pada cermin anda tidak akn menjejaskan hak Anda untuk mendapatkan Diskaun tanpa tuntutan.

6. Diskaun tanpa tuntutan
- Selepas tahun pertama         - 25%
- Selepas tahun kedua            - 30%
- Selepas tahun ketiga            - 38.33%
- Selepas tahun keempat        - 45%
- Selepas tahun kelima           - 55%

7. Pastikan juga kenderaan anda di insuranskan secukupnya.

8. Pastikan juga anda faham dan membaca kandungan yang terdapat dalam polisi insuran anda.

2 comments:

fixrezzi said...

nice post...
siler ke blog saye
http//:melodikajiwasepi.blogspot.com

lana leopard said...

Thanks n InsyaAllah..